Bab 18

6.9K 148 0
                                    

Kasih janganlah engkau bersedih
ku pergi dan akan kembali
Ku berharap kau mampu menungguku
Sampaiku kembali tuk menjemputmu
Aku berjanji akan setia padamu
Tak mungkin bisa ku lupakan dirimu
selama ku masih bernyawa
Hanya kau permata dalam hatiku
Kerna kau cinta sejatiku
Sukar bagiku tuk melupakan mu
Walau terbentang jarak di antara kita
Kau tetap milik ku selamanya
Ingin ku berjumpa dengan dirimu
Akan ku peluk erat tubuhmu
walaupun hanya sesaat waktumu
Dalam mimpi ku

           " Mira. Kau jaga diri elok elok tau. Tunggu aku balik. Dengar ni.  Aku nak kahwin dengan kau. Aku nak kau tunggu aku. Lagi satu.  Kau jaga anak kita tau. Jangan buat kerja berat berat. Tak senang duduk aku nanti kalau apa apa jadi. Dengar tak? " Bebel Tengku Syahmin. Kepala Amira kemas melentok dibahunya. Tangan wanita itu digenggam erat. Seakan tidak mahu dilepaskan lagi.

              " Ya, aku dengarlah. Kuat bebelnyalah kau ni kan? Kau jangan risau. Aku ingat pesan kau yang penuh syahdu tu. Pandai pandailah aku jaga diri. Kau balik cepat tau. Lagi satu, kau jangan menggatal pulak dekat sana. Aku tahulah gadis gadis dekat Amsterdam tu semua lawa lawa.  "

            " Yalah yalah. Aku tahulah aku ni handsome. Lepas je habis belajar, aku nak jumpa abah dengan umi. Aku nak kahwin dengan kau. Aku tak nak pedulik apa umi dengan abah cakap nanti. Aku tetap akan kahwin dengan kau. "

         Kata kata Tengku Syahmin sangat bermakna untuk dia dan anaknya. Sudah setahun lebih lelaki itu pergi meninggalkanya. Sementara dia pula? Menangis meratapi semua pesan pesan Tengku Syahmin. Dia baru sahaja terjaga daripada tidur. Dia dikhabarkan oleh Juliana bahawa anaknya telah meninggal dunia.
     
        Bagaimana hendak dia meneruskan hidup setelah dibuang dari keluarga sendiri ? Abahnya sendiri membuangnya seperti anjing kurap.

       " Kau berambus! Aku taknak tengok muka kau lagi! Kau bawak anak haram kau tu keluar dari rumah ni. Aku hantar kau belajar jauh jauh bukannya untuk malukan aku! Perempuan tak tahu malu! " Tengking En Rusli. Hatinya seperti dipaksa mendidih dengan kayu bara. Geram hatinya. Anak bongsu yang selama ini disanjung pulang dalam keadaan mengandung lima bulan! Tidak sedar diuntung !

          Hati orang tua mana yang tidak berkecai? Remuk hatinya. Anggap sahaja dia tidak pernah wujud. Selama ini diberi didikan agama yang cukup. Itu pun anak bongsunya itu tidak mahu memakai tudung. Kali ini dalam keadaan seperti itu! Malu ! Mana hendak diletakan muka ? Penat membelanya dari kecik sehingga besar berharap menjadi anak yang berguna. Namun apa yang ditaburkan hanyalah tahi nafsu cinta semata mata.

           " Abah! Maafkan adik abah ! Jangan halau adik. Jangan buat macam ni abah ! " Ronta Amira. Alongya sendiri mengheretnya kesini. Untuk menjawab semua kerisauan abah dan umi. Tiba tiba sahaja abangnya datang kerumahnya tanpa memberitahu apa apa. Akhirnya dia seperti nangka busuk yang gugur menghempap tanah.

           " Kau cakap dengan abang, adik! Siapa punya kerja ni? Cakap dengan abang ! Patutlah selama ni abah dengan umi suruh kau balik, kau bagi banyak alasan. Kalau abang tak pergi rumah kau, dik. Abang tak tahu sampai bila kau nak sorok dari abah dengan umi ! " Marah Nadzmi. Adik yang selama ini dimanja dengan penuh kasih tergamak menabur malu.

         Amira senyap. Hanya air matanya sahaja yang mampu menjawab semua persoalan abang dan abahnya. Uminya pula hanya mendiamkan diri dengan air mata. Mana mungkin dia akan menyebut nama Tengku Syahmin? Pasti abah dan keluarganya akan membenci lelaki itu. Tidak ! Ini semua hanya mimpi ngeri !

       " Umi kecewa dengan adik. Kenapa adik? Kasih sayang yang umi dengan abah bagi tak cukup ke buat adik? Kasih sayang abang long tak cukup ke buat adik sampai adik tergamak buat kami macam ni? Jawab adik ! Jawab pertanyaan umi ! "

Baru kali ini Pn Noraini bersuara. Entahlah. Lemah semua sendinya. Hendak sahaja dipukul terajang anaknya itu yang hanya mendiamkan diri !  Sepatah yang disoal hanya tahu menangis bagi jawapan ! Anak tak tahu malu!

         En Rusli meluru kebiliknya dan mengambil senapang lama. Diacukan ke arah Amira. Hatinya kini benar benar telah dirasuk syaitan ! Hidup anaknya tidak berguna lagi! Menyusahkan aku saja !

         " Kau berambus dari sini! Kalau aku tembak kepala otak kau , sekali dengan anak haram kau bersepai nanti ! Berambus ! Aku tak nak tengok muka kau ! Jijiklah ! Anak tak tahu malu ! Memalukan orang tua ! Berambus kau dari sini ! " Herdik En Rusli.

         " Abah ! Jangan buat adik macam ni abah! " Rayu Amira. Tangisanya menjadi jadi. Meraung tidak berlagu. Apa yang ditakuti kini telah menghadap dirinya.

          " Aku kira sampai tiga. Kau tak berambus dari sini, aku tembak kepala otak kau ! " Herdik En Rusli lagi. Wajah anak bongsunya itu sama seperti bangkai anjing yang busuk! Tidak pernah membawa untung !

Amira meraung lagi. Dia mendapatkan kaki uminya. Dipeluk kaki itu minta belas kasihan. Namun uminya malah menarik narik tanganya daripada memegang kakinya.

           " Kau jangan pegang pegang aku ! " Jerit Pn Noraini. Dia menolak anaknya sehingga terlentang mencium lantai. Sakit hatinya !

             " Satu ! " Jerit En Rusli.

Tangisan Amira  makin kuat. Makin kuat juga dia meraung. " Abang, tolong adik! Jangan buang adik! " Rayu Amira pula pada abangnya, Nadzmi.

            " Dua ! " Sambung En Rusli. Dia terus memacukan senapang pada kepala anaknya. Biar mati didepan matanya sekarang juga !

Makin lama makin kuat jeritan Amira. Air matanya seakan tidak mahu berhenti. Andai sahaja ini hanya mimpi ngeri , pasti dia akan bangun sekarang juga !

            " Ti... " En Rusli bagai dirasuk!

               " Baik ! Adik keluar dari rumah ni. Adik takkan jejakkan kaki adik dalam rumah ni lagi ! Anggap je adik dah mati kena gilis dengan kereta api ! Anggap je abah dengan umi tak ada anak macam adik ! Adik ni cuba pembawa sial dalam hidup abah dengan umi ! " Jerit Amira memintas perkiraan En Rusli. Daripada dia mati disini, dia lebih rela mati didalam hati abah dan uminya.

Amira menggagahkan diri untuk bangun melangkah keluar dari rumah itu. Entah kemana arah kakinya kini dia tidak tahu dan dia tidak akan mahu ambik tahu lagi tentang dirinya. Semuanya sudah hancur musnah dalam sekelip mata. Abahnya sendiri mahu membunuhnya. Mahu melihat otaknya bersepai. Manakan pula hatinya menahan untuk sakit itu ?

         

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now