Bab 52

7.1K 95 0
                                    

Alia hanya diam didalam kereta sementara Azwan yang memandu kereta . Keretanya ditinggalkan dirumah Azwan . Dia tidak mahu suaminya menjejakinya nanti . Azwan dan Fatihah benar benar risau dengan keadaan kawan baiknya apatah lagi ingin memandu ke Johor dalam keadaan seperti itu.

         Sebelum itu dia singgah di kedai topup untuk membeli nombor baru . Dia benar tidak mahu sesiapa menjejakinya . Dia mendail nombor alongnya. Minta tolong dan berharap perasaanya akan tenang jauh dari mereka yang menyakiti. Cukuplah. Lagipun rindu pada abang Nadzmi adalah salah satu alasan dia mengheretkan kaki ke Johor. Akhirnya panggilannya bersambut .

         '' Along , adik ni . Adik tengah ontheway . Ni nombor baru adik . Adik mintak sangat dengan along jangan bagitahu sesiapa pun termasuk abah dengan umi '' Pesan Alia kepada abangnya walaupun malam tadi dia sudah berpesan kepada abangnya itu. Takut pula abangnya terlupa. Bocor rahsia atau ingin mengheret dia kembali ke Kuala Lumpur semula. Tidak mungkin !
           
           '' Okay dik , along tunggu . Ya along tak bagitahu sesiapa '' Adiknya itu benar benar merisaukannya . Dia terlupa pula hendak menayakan sama ada adiknya itu kesini memandu seorang diri ataupun sebaliknya.

Kau ni dik. Buat risau abang jelah. Dahlah pergi baru nak bagitahu. Semua orang risau dekat kau kot. Sampai bila kau nak macam ni, dik. Pening along dengan kau ni. Bisik hati Nadzmi perlahan.

Talian dimatikan. Alongnya sudah tahu tentang kejadian yang menimpanya. Dia sendiri yang mendail nombor abangnya itu . Dia tidak sabar untuk menemui abangnya yang sudah hampir setahun tidak berjumpa . Rindu !
       
      '' Abang kau cakap apa ? Kau memang tak nak langsung ke bagitahu abah dengan umi kau ? '' Tanya Fatihah yang sedang menyusukan Rayyan anak mereka yang baru berusia setahun lima bulan itu. Memang benar benar seiras Azwan . Comel.

Alia menggeleng.

        '' Aku taknak susahkan sesiapa , Teah . Aku dah penat sangat asyik bergantung dengan orang . Biarlah kali ni aku mengalah . Lagipun dekat sana nanti aku kerja . En Nazri dah terima aku balik then aku suruh dia tukarkan aku dekat Johor  '' Balas Alia sambil tersenyum.

Dia benar benar sudah bertekad untuk menjauhkan diri dari semua orang . Hatinya benar benar terlalu kecewa .
        
         Azwan hanya memandang kawan baiknya dan isterinya dari cermin hadapan. Dia tahu kawan baiknya itu seorang yang kuat dan bakal menjadi ibu yang kuat juga . Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk kawan baiknya itu . Jika kawan baiknya itu dulu tidak menolak cintanya , pasti dia tidak akan mensia siakan wanita itu .

          " Tak pa ke kau sorang ? Kitaorang ni jauh. Kau boleh jaga diri kan ? Aku risaulah dengan kau ni. Muka pucat lesi macam mayat hidup. Kau okey ke tak ni ? " Tanya Azwan penuh prihatin. Risau sangat menghimpit perasaanya. Sudah lama dia tidak menemui kawanya itu sejak dia berpindah dan berkahwin. Susah hatinya.

         " Aku okeylah. Tak pa. Aku boleh jaga diri. Alah, takda hal. Teah, kau tengoklah laki kau ni. Risau sangat aku pergi jauh. " Balas Alia sengaja bergurau. Dari hari pertama mereka berjumpa di Syarikat Fajar Enterprise lagi mereka bertiga sememangnya rapat. Cuma hanya Wani sahaja yang sering menemaninya. Ameen pula baru kali pertama dia menemui lelaki itu. Juliana ? Dia baru tahu yang dia ada kawan baik lagi. Namun entah kemana wanita itu membawa diri.

Fatihah menyambut dengan ketawa. Dia melemparkan senyuman kepada Alia. Sudah lama mereka tidak bergurau bertiga sejak masing masing sibuk dengan kehidupan masing masing.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now