As life goes on I'm starting to learn
More and more about Responsibility
And I realize that Everything I do is
Affecting the people around me
So I want to take this time out
To apologize for thing that I've done
Things that haven't occurred yet
And things that they don't want
To take responsibility for
I'm sorry for the times that I left you home
I was on the road and you we're alone
I'm sorry for the times that I had to go
I'm sorry for the the fact that I did not know
That you were sitting home just wishing we
Could go back to when it was just you and me
I'm sorry for the for the times I would neglect
I'm sorry for the time I disrespect
I'm sorry for the wrong things that I've done
I'm sorry I'm not always there for my sons
I'm sorry for the fact that I'm not aware
That you can't sleep at night when I am not here
Because I'm in the streets like everyday
I'm sorry for the thing that I did not say
Like how your are the best thing in my world
And how I'm so proud to call you my girl
I understand that there's some problems
And I'm not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can't apologize for being wrong
Then it's just a shame on me
Ill be the reason for your pain
And you can put the blame on me
You can put the blame on me
You can put the blame on meLirik lagu itu menerangkan keadaan Tengku Syahmin yang teramat merindui anak dan isterinya. Entah dimana anak dan isterinya itu kini. Resah. Risau. Dia tidak mampu perbuat apa apa sedangkan untuk mencari wanita itu pun dia tidak mampu dengan keadaan lumpuh seperti itu. Serupa mayat hidup sahaja selepas jatuh bergolek ke atas lantai.
Mengharap setiap kepulangan isterinya dalam setiap titis air matanya. Mengharap isterinya ada bersamanya dalam keadaan dia seperti ini. Dia ingin menjerit bahawa hanya wanita itu sahaja yang dicintainya. Hanya wanita itu sahaja isteri dunia akhiratnya. Dia sanggup menjatuhkan airmukanya didepan semua orang hanya ingin kembali bersama wanita itu.
Lari daripada perkahwinan yang akhirnya membawa dia kepada kemalangan ini. Kemalangan yang meruntun banyak simpati orang. Harapanya hanya ingin isterinya itu kembali ke pangkuanya. Ingin bersama sama membesarkan anak sulong mereka Tengku Aiman.
" Alia, baliklah. Abang rindukan sayang dengan anak kita. Sayang tak sayangkan abang ke ? Kenapa sayang sanggup buat abang macam ni ? " Rintih Tengku Syahmin. Dipandang kakinya yang tidak langsung boleh bergerak. Menitis air matanya setiap kali merenung nasibnya tanpa isteri dan anak mereka disisi.
Tengku Syahmin mencapai serpihan kaca gelas yang pecah yang cuba dicapai tadi untuk minum. Aku taknak hidup macam ni ! Aku nak isteri dengan anak aku ! Ni semua sebab ego kau Syahmin ! Kalau bukan sebab kau, isteri kau takkan pergi tinggalkan kau, kau tahu tak ! Baik aku mati je !
" Syahmin ! Jangan macam ni Syahmin ! " Jerit Tengku Liyana merampas serpihan kaca pada tangan anaknya ingin menoreh tangan kirinya. Dibaling serpihan gelas kaca itu disatu sudut bilik.
" Syahmin nak Alia ma ! Syahmin tak kuat ma ! Syahmin tak kuat ! Syahmin nak Alia ! Mama cariklah Alia ma. Syahmin nak isteri Syahmin. Syahmin nak anak Syahmin. " Rintih Tengku Syahmin. Airmatanya laju mengalir. Kesal dengan kakinya yang tidak dapat bergerak dan buat apa apa. Bodoh dan dirinya terasa kerdil dimata semua orang. Suami yang tidak pernah memberikan kebahagian kepada hidup isteri dan anaknya.
" Mengucap Syahmin. Mengucap ! " Jerit Tengku Liyana. Sudah menangis melihat keadaan anak sulongnya seperti itu. Hati ibu mana yang kuat melihat anak mereka seperti itu ? Hatinya juga tidak kuat melihat anaknya yang hanya diam merintih dan mengalirkan airmata menginginkan isteri dan anaknya.
" Ma, carilah isteri dengan anak Syahmin untuk Syahmin. Syahmin rindu, ma. Syahmin rindu ..... " Rintih Tengku Syahmin lagi setelah dia berada di atas katil semula selepas dibantu oleh Tengku Zahid dan Tengku Syahril untuk mengangkat Tengku Syahmin ke atas.
" Long, bagilah masa dekat Alia. Angah yakin dia akan balik jugak. Angah tahu dia takkan tergamak buat kau macam ni. Kau sabar lah. " Kata Tengku Syahril perlahan. Airmata abang sulongnya itu tidak pernah berhenti mengalir dan dia sendiri tidak tahu bila ia akan berhenti.
" Leave me all alone. " Ujar Tengku Syahmin perlahan. Dia terus memejamkan matanya. Gelap. Itulah yang dirasai sepanjang hidupnya bergelar mayat hidup. Hampa dan pudar. Namun hanya isterinya sahaja yang selalu menerangi jiwa dan hidupnya.
Terkadang kepahitan itulah yang banyak mengajarnya erti ketabahan dan kekuatan dalam mencari erti hidup yang sebenar. Kapal layar perkahwinanya dilandai ombak besar dilautan pergaduhan sewaktu dia hampir berjaya membina bahtera kehidupan yang bahagia dengan isteri dan anaknya.
Mengenangkan sisa pahit hidupnya bergelar mayat hidup terkadang menyakiti hatinya sendiri. Mungkin ketikaketiadaan isteri dan anaknya disisi ya dia membenarkan kebencian dan amarah menguasai dirinya. Namun apabila menemukan anak dan isterinya itu perlahan lahan hatinya membenarkan semula cinta isteri dan anaknya mengetuk pintu salam pada kasih hatinya.
Itu sahaja yang dia minta. Kasih sayang isterinya itu sememangnya menghalang dia daripada terus menidakkan kebencian didalam hatinya. Yang benar pun menjadi salah jika benci dan marah sahaja yang menguasai diri. Jadi dia perlu bersikap lebih terbuka dan menerima ini juga adalah salahnya jika dia terus berahsia dan tidak pernah jujur pada isterinya. Dia akan jujur !
" Kenapa kau tak pernah jujur dengan Mira, Min ? Kalau kau tak jujur dengan dia, sampai bila kau nak seksa jiwa perasaan dia ? Dia kena tahu. Biar pintu dia terbukak untuk kau lagi. " Pesan Wani.
Mengenai anaknya yang sudah meninggal. Status sebenarnya dia dengan Tengku Amira. Segala galanya perlu dijujurkan. Tentang perbuatan terkutuknya dulu juga perlu dijujurkan kepada kedua dua pihak. Dia sudah penat untuk hidup tidak jujur selama ini. Dia tidak mahu nanti Tengku Aiman membesar menjadi seorang tidak jujur sepertinya.
YOU ARE READING
Cinta Dosa Semalam (Completed)
RomanceKecewa dimasa lalu mengajarnya tentang cinta yang ikhlas tidak pernah pudar seperti kenangan. " Mangkuk punya Syahmin ! Sajalah tu ! Hishh tak habis habis nak kenakan aku. Siap kau nanti ! " - Nur Amira Alia " Woi woi...