Bab 14

6.6K 156 1
                                    

          " Kau dah sedar ? " Sapa Wani sambil membantu Amira bangun perlahan lahan bersandar disofa. Entah mengapa kawan baiknya itu tiba tiba sahaja pengsan. Mujur juga pengsan dihadapan rumah. Risau menghimpit perasaan Wani.

          " Wani ! " Jerit Amira memeluk kawannya. Tangisannya dihemburkan pada bahu kawanya. Berharap segala kesedihanya akan hilang. Berharap dia baru terbangun dari satu mimpi ngeri dan dia tidak akan ingat apa apa lagi !

Hatinya kini luluh. Luluh seperti perasaanya yang cukup remuk. Selama ini dengan lelaki itu dia dapat rasa dilindungi setiap masa. Namun apa yang dirasakan kini hanyalah dusta. Lelaki itu penuh dengan janji janji. Kata katanya hanyalah mainan kata. Ucapan cinta selama ini hanyalah lakonan semata mata.

         " Cakaplah kau kenapa ni? Mana Syahmin ? Asal dia tak hantar kau balik ? Dia ada apa apakan kau ke? " Bertalu talu persoalan yang dilemparkan bersulam kerisauan pada kawan baiknya itu. Pasti ada kena mengena dengan mamat tu! Tadi elok je Mira keluar dengan dia. Kenapa pulak Mira balik tiba tiba naik teksi ni?

             " Syahmin game aku ! Syahmin game aku, Wani ! " Luah Amira. Tangisanya pecah memenuhi ruang rumah. Amira menyumpah nyumpah Tengku Syahmin.

Damn You, Syahmin ! Damn You ! Kenapa kau buat aku macam ni ? Kau dah hancurkan perasaan aku ! Aku dah serah semua yang aku ada. Sekarang kau buang aku macam lampin pakai buang je !

         Wani mengucap panjang. Terkejut. Dia dah agak dah! Mamat tu memang tak habis habis nak mainkan perasaan orang! Wani memujuk lembut Amira yang menangis teresak esak. Bahu kawanya itu diusap usap perlahan. Bersimpati dengan nasib yang menimpa kawan baiknya itu. Benar kata Raimi. Tengku Syahmin ada niat tak baik!

         " Kan aku dah cakap dengan kau. Jauhkan diri daripada dia. Aku bukan selalu ada nak tengok tengokan kau. Aku busy. Dah lama aku pesan tapi kau tak nak dengar cakap aku. Kau degil jugak " Marah Wani.

Tak habis fikir betul aku dengan Mira ni. Aku dah cakap dah yang Syahmin tu ada niat tak baik. Kenapa susah sangat nak dengar ni? Sekarang kau kena games kau jugak yang merana. Matilah kalau abah dengan umi kau tahu ni. Kutuk Wani dalam hati.

         " Wani, aku cintakan Syahmin. Aku dah serahkan segala galanya pada dia. Tolong jangan cakap pape dekat umi dengan abah. Aku malu ! " Luah Amira. Nafasnya tersekat sekat dengan esakan. Tak terluah dengan kata kata. Hanya air matanya sahaja yang berbicara ketika itu.

Wani terus beredar masuk kebiliknya. Tak sangka dengan tekaanya selama ini. Kawan baiknya itu telah berlayar dengan asyikan cinta palsu yang tidak sudah. Sudah tidak bermakna hendak menasihati lagi. Lama kelamaan perut kawannya itu akan kelihatan juga. Hatinya benar benar tawar. Biarlah buat masa ini Amira sendirian. Dia hanya ingin memberi ruang untuk kawan baiknya itu berfikir.

             Amira mendail nombor Tengku Syahmin. Namun tidak bersambut. Akhirnya dibaling telefon bimbitnya sehingga berkecai isi dalamnya. Sama seperti isi hatinya yamg kini remuk dan pecah! Fikiranya pula berserabut! Terngiang ngiang nasihat Wani dan keluarganya. Dia gagal. Dia adalah seorang pecundang dalam percintaan.

Tengku Syahmin hanya memandang sepi kelibat wanita itu pergi dari pandangan matanya. Entahlah. Seakan bebanan besar sudah hilang dari bahunya. Tapi ada sebahagian gembiranya hilang bersama langkah wanita itu. Hatinya berasa puas. Namun dilubuk kecil hatinya, dia sendiri tidak tahu betapa dia merasai kehilangan wanita itu. Rasa kecewa wanita itu benar benar mencucuk relung hatinya.

         " Hish ! Pahal ni ? Kau sepatutnya lega. Kau dah berjaya buat dia jatuh cinta dengan kau. Akan ada anak dengan kau. Tak kan kau nak cakap fikiran kau berserabut sebab nampak dia menangis je kowt ? Hish ! Comeonlah Syahmin ! " Bisik akal busuk Tengku Syahmin. Dia mengusap kepalanya berkali kali. Kakinya ingin mengejar Amira. Namun hatinya seperti dihempap batu. Berat untuk melangkah.

         Apa yang tak kena dengan aku ni ? Dah berapa banyak perempuan aku dah game tak pernah pun ada feeling macam ni? Hish ! Serabutlah otak aku macam ni. Nope Syahmin! Jangan cakap kau dah jatuh cinta dengan dia ? No Syahmin! No! Arghh !

       Tengku Syahmin terus memandu keretanya tanpa arah tuju. Tapi sampai sampai sahaja rumah Amira Alia juga kereta itu berhenti. Entah apa yang membuat dirinya menjadi begini. Tengku Syahmin keluar dari perut kereta. Dia terus merapati grill  sederhana pintu rumah Amira. Dihalakan pandangan matanya pada tingkap bilik wanita itu yang sudah gelap gelita.

          Tenang menyapa hatinya.

Maafkan aku, Mira. Aku tahu aku terlalu cintakan kau atas nafsu aku. Atas duit semata mata. Aku gagal dalam menilai cinta kau pada aku selama ni. Tapi aku tak boleh bersama kau. Aku tak boleh teman kau. Bulan depan aku akan pergi luar negara. Aku harap kau jaga diri kau baik baik. Aku tak ada niat pun nak hancurkan harapan kita. Tapi... Aku sedar. Aku tak dapat ada lagi untuk kau.

           Tak mungkin aku akan cintakan kau Semuanya mustahil Mira. Maafkan aku. Kau jaga pregnancy kau baik baik. Kenapa kau susah sangat nak gugurkan dia? Kenapa kau berkeras hati jugak nak simpan anak tu? Kenapa kau degil sangat Mira ? Aku taknak sebab anak tu, kau menderita nanti. Aku taknak abah dengan umi buang kau. Kenapa susah sangat kau dengar cakap aku?

Bukannya kalau kau buang dia, kau tak boleh pregnant lagi? Kenapa kau suka susahkan hidup aku dengan benda benda macam ni? Gugurkan jelah dia. Aku tak mungkin terima anak tu. Aku harap kau faham Mira. Aku akan paksa kau lagi walau apa pun yang jadi. Aku taknak sebab anak tu, kau susah.

        

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now