Bab 70

7.4K 109 2
                                    

Tengku Syahmin melihat dari jauh isterinya menghantar anaknya ke tadika. Dia gembira melihat kedua duanya bahagia . Entah bila dia dapat bersatu dengan anak dan isterinya itu . Entah bila . Rindu yang ditahan sejak lama membuatkannya menjadi seorang yang lemah dengan airmata.
      Ingin mencium anak dan isterinya pada setiap pagi dan menghantar anaknya ke tadika. Dia juga mahu dicium setiap pagi oleh anaknya seperti anaknya mencium pipi mummynya.
           
        '' Entah bila abang dapat kumpul macam dulu dengan sayang dan Aiman '' Dia mengeluh panjang . Dia sendiri tidak tahu apa lagi mampu dibuatnya untuk menyatukan keluarganya semula . Dia sendiri buntu . Mungkin juga dia perlu merendahkan egonya untuk itu .

        '' Aiman , selalunya Aiman tak pernah buat perangai macam ni . Please kali ni dengar cakap mummy ? Mummy nak nak jumpa adik ni , sayang . Nanti kak Wani ambil Aiman okay ? '' Pujuk Alia lagi . Entah kenapa anaknya itu tidak mahu bangun pagi seperti biasanya.
      
        " Aiman dengan cikgu ya hari ni ? Kesian mummy. " Pujuk cikgu Nadhia perlahan. Namun anak kecil itu tetap menggeleng.

Anaknya itu juga tidak mahu mandi sendiri dan makan sarapan pun perlu disuapkan . Entah apa angin yang membuatkan anak kesayangannya itu merajuk tidak mahu pergi ke tadika. Merajuk lebih lebih pula kali ini.

        '' Aiman taknak pergi tadika. Aiman nak jumpa adik jugak. Aiman tak nak dengar cakap mummy '' Balas Tengku Aiman pula dengan kasar sambil membaling beg sekolahnya . Aiman terus berpeluk tubuh .
      
         '' Aiman , janganlah buat mummy macam ni. Nanti siapa yang nak jaga Aiman ? '' Pujuk Alia risau sejak akhir akhir ini anaknya itu sangat nakal. Dia pula perlu terus memantau keadaan anak keduanya Tengku affiq yang baru sembuh daripada permindahan jantung pada bulan lepas.

         '' Takpa. Abang boleh jaga Aiman '' Sampuk Tengku Syahmin sambil mengutip semula beg sekolah ultraman anaknya yang dicampakan tadi. Dia mencangkung sambil menghulurkan beg sekolah anaknya kepada anaknya .
       
          '' Abang buat apa dekat sini ? Abang bukan sepatutnya kerja ke ? Jangan cakap abang nak bawak dia pergi office ? '' Alia terkejut dengan kedatangan suaminya yang tiba tiba sahaja muncul dihadapannya. 'Agaknya dia dengar ke tak pasal Affiq tadi ?' Duga hati kecil Alia. Cuak.

          '' Nope . Abang ambil cuti hari ni. Aiman akan masuk tadika macam biasa. Biar abang teman dia, boleh kan kak saya teman Aiman belajar hari ni ? '' Balas Tengku Syahmin selamba. Kak Nadhia mengangguk kepadanya '' Okay Aiman , salam mummy. Mummy nak pergi kerja dah ''

Tengku Aiman yang monyok kini sudah ceria semula . Bahagia bersama papanya. Alia hanya diam tidak terkata . Tengku Syahmin memang pandai memujuk . Kini dia sudah lega anaknya itu ingin pergi ke tadika.
       
         '' Salam mummy , sayang '' Kata Tengku Syahmin kepada Tengku Aiman . Bahagia dapat membuat anaknya yang monyok tadi kembali ceria . Bahagia dapat meluangkan masa bersama anaknya walaupun hakikatnya anaknya itu masih memanggilnya dengan panggilan 'uncle'.

Senyuman yang terukir dibibirnya tidak lengkang dari tadi . Bahagia menyapa hatinya yang sekian lama mendambakan kebahagian bersama sama keluarga tercinta . Namun hakikatnya dia sedar , masih banyak persefahaman yang perlu disemai dalam kebahagiaan yang harus dia kutip bagi sebuah pengakhiran penantiannya .

Anak kecil itu mencapai tangan mummynya . Tengku Aiman terus memimpin tangan anaknya masuk ketadika . Alia hanya mengukirkan senyuman . Dia sendiri tidak menyangka Tengku Syahmin ada dihadapannya sama sama memujuk anak mereka yang tidak ingin pergi ketadika hari ini.
          Dia dihimpit rasa bersalah kerana memisahkan Tengku Syahmin dari anaknya . Dia tidak sepatutnya merahsiakan tentang siapa Tengku Syahmin kepada Tengku Aiman. Dia takut anaknya itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia akan berpisah dengan lelaki itu .

Tengku Syahmin memerhati Tengku Aiman yang sedang menyambungkan titik titik bulatan sehingga membentuk menjadi nombor dibuku latihannya . Dia teruja kerana anak kecil itu sudah pandai mengira dan membaca walaupun tidak begitu lancar untuk menulis dengan baik . Beberapa minit kemudian dia dipanggil oleh kak Syaz. Kak Syaz adalah ketua pemilik tadika disini. Nadhia pula pembantunya.
     
        '' Tak pernah nampak pun encik dekat sini . Encik ni siapa pada Aiman ? '' Tanya kak Syaz lembut . Sebelum ini dia tidak pernah melihat lelaki ini bersama dengan mereka berdua anak beranak. Namun dia hairan .

      '' Saya Syahmin , pakcik dia '' Tipu Tengku Syahmin. 'Macam ada benda penting je dia nak bagitahu ?' Teka tengku Syahmin.
         
'' Bagus jugak encik Syahmin ada sekali temankan si Aiman tu . Kadang kadang kak Syaz kesiankan Aiman tu . Tiap kali nak hantar pergi tadika mesti taknak '' Luah kak Syaz .

       '' Kenapa pulak ? ''
          
      '' Kadang kadang kawan kawan dia selalu kata dia tak ada ayah ''

Tengku Syahmin sentap . Hati anak kecil yang sememangnya inginkan kasih sayang seorang bapa . Jika dia diberi peluang , dia tidak akan mensia siakan kehidupan anaknya itu . Namun takdir jalanya bukan indah seperti yang diimpikan setiap pasangan yang bersama .
         Dia terpaksa mengguris hati isterinya demi permintaan keluarganya yang inginkan dia bersama Tengku Amira . Hanya dia sahaja yang tahu betapa perih hatinya .

      '' Kalau ada encik Syahmin , terubat sikit hati dia '' Luah kak Syaz lembut . Dia benar benar gembira apabila kanak kanak itu sudah ada minat ingin belajar dan bergaul dengan kawan kawan tadikanya . Kalau dahulu kanak kanak itu selalu bertanya kenapa ayahnya tidak seperti ayah kawan kawanya yang lain .
        
       '' Aiman tu budak yang baik . Kalau ada ayah dia mesti hari hari dia nak pergi tadika .... '' Sambung kak Syaz lagi . Setelah itu dia meminta diri sebentar . Lega hatinya Aiman ingin ke tadika .

Tengku Syahmin hanya diam tidak menjawab . Hatinya seperti dihiris hiris saat mendengar segala yang diluahkan oleh kak Syaz tadi . Dia tidak menyangka anaknya itu juga menderita merindukan dia .

Tengku Aiman diam tidak berkutik didalam kereta tak seperti biasanya . Kenapa bukan uncle Syahmin aja papa aku ? Kenapa papa dengan mummy tak duduk sama sama ? Aku iri tengok orang lain mak bapak dia ambik pergi dengan balik sekolah . Aku ni ? Dahlah mummy sibuk . Papa memang tak sayang aku. Rungut Tengku Aiman dalam hati . Mulutnya terkumat kamit berbicara sendirian .
       
       '' Aiman merungut apa tu ? Dari tadi uncle tengok mulut Aiman gerak gerak tu kenapa ? Cakaplah dengan uncle . Manalah tahu uncle boleh ikut sama macam Aiman '' Gurau Tengku Syahmin . Kenapa dengan anak aku ni ? Gaya macam tengah kutuk orang aja .

      '' Uncle , kan bagus kalau uncle jadi papa Aiman . Hari hari uncle boleh ambil Aiman pergi tadika . Tak macam papa Aiman . Dia tak pernah ambil peduli pun pasal Aiman . Aiman tak suka papa buat mummy sedih '' Luah Tengku Aiman . Alangkah baiknya jika uncle Syahmi adalah papanya .
        
         '' Siapa cakap papa Aiman tak peduli pasal Aiman ? Tak baik cakap macam tu . Dosa '' Tegur Tengku Syahmin lembut . Dia berjauh hati anaknya berkatanya sebegitu . Sungguh dia menyayangi anaknya itu . Dia tahu dia banyak menyakiti hati anak dan isterinya .

       '' Dosa tu apa uncle ? Makanan ke ? Sedap tak macam mummy masak ? '' Tanya Tengku Aiman kehairanan .
       
       '' Dosa tu perkara jahat yang kita buat . Kalau Aiman buat , Allah marah . Mummy dengan papa Aiman pun marah . Tak elok cakap papa Aiman macam tu . Kalau papa takada , Aiman pun tak wujud tau '' Dia hampir tergelak dengan pertanyaan anaknya itu namun tawanya disimpan .

       '' Maknanya papa pun berdosa jugaklah kan ? '' Jawab Aiman lagi sambil tersengih .

Tengku Syahmin agak berjauh hati dengan kata kata anaknya itu . Berdosakah dia pada anak dan isterinya ? Saat hati dan perasaanya lumpuh , dia sering merindukan isteri dan anaknya . Demi mereka juga semangatnya pulih untuk mencari erti kehidupannya yang sudah pudar . Namun kini , anaknya katakan dia berdosa. Tidak mungkin dia sanggup menzalimi anak dan isterinya.

           

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now