Bab 33

7K 141 0
                                    

Alia membuka kelopak matanya perlahan lahan. Kelihatan Tengku Syahmin sedang bermain dengan telefon pintarnya. Dia yang baru perasankan berbaring di dada suaminya terus bingkas bangun. Terkejut !

       " Macam mana aku boleh tiba tiba dekat tepi kau ni ? Ni mesti kau ada .... "

       " Ada apa ? Kau tu hah yang tidur berterabur. Kejap sana. Kejap dekat aku. Herghh. Dah kau elok je melekat tidur, tak sampai hati pulak nak kejut. Aku bukanya kejam. " Kata Tengku Syahmin perlahan. Ikutkan hati nak je aku cium kau tu biar senyap. Letih aku macam ni.

       " Dahlah. Senyaplah. " Alia menginjut sedikit dari Tengku Syahmin dan menarik selimut kembali. Bangun bangun je kena bebel. Ingatkan dapat morning kiss ke apa. Alia merungut dalam hati. Dicampakan bantal kecil disisinya tepat ke wajah Tengku Syahmin. Dihamburkan semua kegeraman pada Tengku Syahmin.

         " Eh eh. Pergi mandi. Tak elok sambung tidur balik. Dah aku cakap sekali je ni kau pergi mandi. Lepas tuh tolong umi apa yang patut. " Arah Tengku Syahmin sambil menarik narik selimut isterinya yang degil.

Amira Alia menepis tangan Tengku Syahmin. Rimas betul bila ada orang arah dia itu ini. Awal lagi ni. Baru pukul berapa nak mandi. Sibuk jelah ! Rungut Amira Alia dalam hati penuh benci dan geram.

       " Bangunlah ! Kau dah bocor ni.... " Sakat Tengku Syahmin. Sengaja ingin memaksa isterinya yang degil itu bangun dan mandi.

       " Kau keluarlah. Rimaslah aku dengan kau ni. Keluar keluar. Aku nak pergi mandilah ni. " Amira Alia menghalau suaminya. Malu sekiranya apa yang dikatakan oleh suaminya itu betul. Nak taknak halau jelah. Malu pulak kalau dia nampak apa apa.

Tengku Syahmin turun daripada katil. Dia tersengih jahat didalam hati. Aku buat macam tu baru nak bangun. Degil nak mampus bini aku ni ! Haishh. Tulah kau. Kau layan dia macam tu macam mana dia nak berlembut dengan kau ? Haduh !

        " Mangkuk punya Syahmin ! Sajalah tu ! Hishh tak habis habis nak kenakan aku. Siap kau nanti ! " Amira Alia geram. Akhirnya diturutkan sahaja permintaan suaminya agar dia mandi pada jam seawal enam setengah. Nasib baiklah dapat bernafas sikit bila dah halau dia keluar.

Amira Alia mendekati suaminya dan abahnya diruang tamu sedang menonton televisyen di awal pagi. Dia melabuhkan dirinya sebelah En Rusli. Dipeluk lengan orang tua itu erat.

        Manjanya. Geram pulak aku tengok. Getus hati Tengku Syahmin. Tengku Syahmin terus beredar keluar rumah untuk mencari udara segar. Macam pencemaran udara pulak tengok bini depan mata. Tak menyegarkan langsung.

Tengku Syahmin mendepakan kedua dua belah tanganya. Dia terpaku dengan keindahan pagi dikampung yang nyaman dan damai. Keindahan sawah padi yang terbentang membuat Tengku Syahmin tenang.

       " Kau sengaja nak kenakan aku tadi kan ? Jahat doh kau ni. " Sapa Amira Alia sambil mencubit pinggang Tengku Syahmin perlahan.

        " Aduh sakitlah ! Kau ni apa cubit cubit aku ni ? Mana ada aku kenakan kau. " Tengku Syahmin menggosok gosok bekas cubitan isterinya. Aduh. Pagi pagi lagi kena cubit. Kalau peluk aku ke, cium aku ke, takpalah jugak. Tak pun cubit dengan penuh kasih sayang. Ni tak. Cubit aku macam nak bunuh suami sendiri. Ngomel Tengku Syahmin.

        " Habis kalau tak kenakan aku apa ? Gurau ? Tu gurau ? Simpan jelah gurau kau tu buat main dengan budak budak. " Balas Amira Alia sambil berpeluk tubuh. Bibirnya diketap. Gurau ke macam tu ?

       " Yelah yelah aku simpan. Tapi kalau nak main dengan budak budak pun, kaulah mummy dia. Tapi nak buat macam mana en, orang tu tak boleh. Kenalah tunggu. Tu yang gurau dengan mummy dia dulu " Balas Tengku Syahmin perlahan sambil tersenyum. Ada aja nak melawan bini aku nilah.

Amira Alia melepaskan keluhan. Nada suaminya seakan terasa dengan perlakuanya. Amira Alia mendekati suaminya dan ditarik tangan suaminya perlahan.

        " Jom aku bawak kau ronda ronda. Udara pagi ni segar tau. Lagi lagi kalau kau tak menolak lah. " Amira Alia menghulurkan kunci motor kepada suaminya. Dia memang tidak pandai membawa motor. Sekali dah kena penangan motor, cukuplah sekali. Taubat tak nak bawak dah.

Amira Alia menunjukkan beberapa kawasan yamg menarik. Lagi lagi dihiasi dengan sawah padi terbentang besar disitu. Naik motor pulak dengan suami. Mana tak best ? Dapat pulak suami bajet duduk kota ni apa semua benda pasal kampung pun dia tak tahu. So nak belagaklah sikit depan suami sendiri. Tak salah pun kan ?

        " Anak papa suka jalan jalan ? " Tengku Syahmin memandang sekilas isterinya pada cermin kanan motor sambil memegang anak mereka yang baru berumur dua tahun itu. Tersentuh hatinya apabila dapat meluangkan masa bersama anak dan isterinya itu dikampung buat kali pertama.

        " Dari tadi dia asyik gelak je tak reti duduk diam. Hah abang tengoklah kaki dia ni asyik meloncat loncat je. " Balas Amira Alia sambil ketawa.

       " Woi, kau pahal gelak sorang sorang ? Kau ni betul ke tak betul ? " Tegur Tengku Syahmin mematikan lamunan Amira Alia. Makin lama makin pelik je bini aku ni aku tengok.. Aku bawak bini ke hantu pagi ni ?

       " Tak. Mana ada apa apa. Aih, gelak pun salah ke ? " Balas Amira Alia malu dengan sikapnya. Dah berapa kali kena tangkap berangan. Berangan dengan suami takpa kan ? Apa ni ? Kau ni asyik berangan jeh. Penyakit apa kau dapat ni ? Makin parah je aku tengok diri aku ni. Arghh malu !

       " Kaki siapa yang loncat loncat ? Engkau ? Hish kau ni. Menakutkan aku betulah. Seram je aku naik motor dengan kau nih. Macam bawak hantu pagi bersiar siar je aku tengok kau ni. " Marah Tengku Syahmin. Makin lama makin teruk berangan bini aku ni. Nak kata demam elok jeh gelak. Herm.

       " Tak ada apalah. " Amira Alia terus masuk kedalam rumah tanpa menghiraukan kata kata suaminya. Ergh. Balik balik aku je yang terkena. Kenapa dengan aku ni ? Apa masalahnya asyik berangan dengan Syahmin ni ? Dahlah ada anak pulak tu. Loncat loncat ? Apa ni !

Amira Alia membebel tanpa sedar airmatanya turun. Kenapa Syahmin layan aku macam ni ? Tak sweet langsung. Wani cakap dia cintakan aku. Tapi dia layan aku macam nak taknak je. Malukan aku lagi adalah !

       " Bencilah. Kenapa Syahmin layan aku macam ni ? Lepas kahwin pun tak sweet langsung. Suka kenakan aku. Menyesal buat laki tapi dah jadi laki aku dah pun. Bencilah macam ni. " Luah Amira Alia teresak esak. Disembamkan wajahnya ke patung biri biri gemuknya.

Tengku Syahmin tersenyum. Dalam kasar ada manjanya. Ada merajuknya. Bini aku ni pun. Teruk sangat ke aku layan bini aku ni ? Tengok dia dah merajuk. Terpaksalah pujuk. Tengku Syahmin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Didekati isterinya itu perlahan.

        " Dah taknak lah nangis macam ni. Aku bukanya reti pujuk. Buruklah muka bini aku ni bila nangis. " Sapa Tengku Syahmin perlahan membawa isterinya kedakapan. Alolololo~

        " Biarlah buruk. Buruk buruk pun isteri kau jugak. " Amira Alia menolak kasar tubuh suaminya kebelakang. Malu kena tangkap terkantoi nangis. Tengku Syahmin menarik isterinya kedalam dakapan semula.

Bukan niatnya ingin membuat isterinya itu menangis. Akhirnya berjaya juga dia memujuk isternya. Malu dengan sanak saudara.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now