Biar saja Cinta pergi ....
Sekali ini ....
Biar saja ...
nanti pun datang lagi ....
Biar saja tanpa rindu ....
Sekali ini ...
Biar saja ....
sementara sendiri ...Tengku Syahril hanya memandang sepi telefon bimbitnya. Nurul Nadhia. Dia hanya memerhati lemah screen telefon bimbitnya. Sepi. Sama seperti sepinya dia akan ditunangkan dengan sepupu sendiri. Sepi sungguh ! Mana awak Nadhia ? Saya dah balik Kl semata mata nak jumpa awak.
" Terima kasih sebab dah tolong saya. Kalau tak ada Encik ..... " Nurul Nadhia terdiam. Tidak tahu apa yang ingin disampaikan. Nama lelaki yang menyelamatkanya daripada menjadi mangsa pelacur dikelab malam lagi. Dia tidak mahu kesana !
" Syahril. Panggil je Syahril. Tak payahlah nak berencik encik sangat. Siapa yang kejar awak tadi Cik .... ? " Balas Tengku Syahril perlahan. Wajah wanita dihadapanya itu begitu polos. Wajah bersih wanita itu menarik minatnya ingin tahu apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya.
" Nurul Nadia. Panggil saya Dhia pun dah cukup. Ermm sebenarnya mereka tadi tu kejar saya sebab mungkin mereka nak buat tak baik pada saya. Terima kasih Syahril sebab selamatkan saya. " Nurul Nadhia ketap bibir. Dia terpaksa menipu ! Dia tidak mahu menjadi buruan lelaki lelaki itu lagi hanya kerana dia cuba melarikan diri sekali lagi. Tidak !
" Saya hantar awak balik ? " Ujar Tengku Syahril perlahan. Wanita dihadapanya direnung tajam. Betul ke apa dia cakap ? Siapa perempuan ni ? Pakai baju kurung bagai. Darimana ? Dari kampung ke ?
" Ermm tak palah. Saya boleh balik sendiri. Saya tak nak susahkan awak. Lagipun saya tak suka susahkan orang. Maafkan saya. Saya minta diri dulu. " Nurul Nadhia beredar dengan segera. Sudahlah dia datang ke Kuala Lumpur secara paksaan dan diheret oleh ayahnya sendiri. Semua gara gara ingin menjadikan dia sebagai pelacur dikelab malam kerana kalah judi dan berhutang. Ibunya pula sudah lama meninggal dunia. Abangnya pula entah kemana. Hilang tanpa khabar.
" Dhia ! Tunggu ! " Jerit Tengku Syahril. Namun bayangan wanita itu terus menghilang. Gaya wanita itu seolah olah tidak mahu dikenali. Aku tak kira ! Aku akan carik kau jugak ! Nurul Nadhia.
Pertemuan itu seolah olah tiada penghujung. Sekali lagi dia menemui wanita itu dikejar sekali lagi oleh beberapa lelaki. Sama pada waktu pertama mereka bertemu dahulu. Sejak dari hari itu, dia menjaga wanita itu. Diletakkan wanita itu dirumah kawan baiknya, Khalisha.
Mereka berkawan dan akhirnya berkahwin dalam senyap. Namun ditentang oleh mamanya sendiri Tengku Liyana. Dan dari itu semuanya terbongkar. Wanita itu adalah seorang pelacur. Namun selepas lama dia kehilangan jejak langkah wanita itu, dia sendiri membuat keputusan untuk berjumpa dengan orang yang telah membelinya sebagai wanita simpanan.
Segala galanya sudah terlambat. Dia sendiri terluka apabila mendapat tahu wanita itu dijual oleh ayah kandungnya sendiri dan dipaksa menjadi pelacur. Namun dia tidak tahu sama ada wanita itu tidak mencintainya wanita itu mengaku kerana terpaksa. Dia memang suami yang tidak baik untuk Nurul Nadhia.
" Aih ngah, kau termenung ni kenapa ? Ceritalah apa apa dengan along. Dah lama rasanya tak cerita cerita dengan kau. " Sapa Tengku Syahmin perlahan menepuk bahu adiknya sehingga terkejut. Mengelamun lah tu. Baru balik takkan ada masalah pulak ?
" Nak cerita apa. Angah tak da benda nak cerita. Kau long asal baru nak kahwin dengan minah tomboy tu ? Bukan dulu korang selalu bergaduh ke ? " Tanya Tengku Syahril perlahan. Tergelak bila wanita yang digeruni dikolej kini bakal menjadi kakak iparnya. Di kolej dahulu pun, pernah dua kali sahaja dia bersembang dengan wanita bernama Amira itu kerana berkawan rapat dengan Ameen. Namun selepas sebulan dikolej itu dia membawa diri ke negara Jerman.
" Panjang cerita dia ngah. Ingat senang ke nak dapat dia ? Tapi tulah. Sayang. Dia accident then she lost her memories. Tu yang terpaksa abang pikat dia balik tu. Itu pun perangai tak berubah. Tetap brutal macam dulu dekat kolej. " Luah Tengku Syahmin sambil ketawa. Brutal dia, dia adalah segala galanya bagi aku sekarang.
" Patutlah hari tu terserempak dia tak kenal angah langsung. Pelik jugak. Tiba tiba dia ingat dekat along tapi dia tak ingat dekat angah. Angah dengan dia pun bukanya selalu lepak sama. Sebab tulah dia tak ingat. Rupanya amnesia. " Balas Tengku Syahril melemparkan senyuman. Tak sangka abangnya dapat menemui semula wanita itu. Sedangkan dia ? Tidak dapat menemui wanita yang menghilangkan diri tanpa khabar berita. Parah hidupnya kini.
" Angah ni. Lepas Amira tu tak moveon ke ? " Duga Tengku Syahmin. Pelik. Adiknya itu kacak dan bergaya sepertinya. Ramai yang meminati adiknya itu dek sikap peramah dan pemalu adiknya. Namun mungkin adiknya itu terlalu memilih.
" Nadhia. Along tak ingat ke mama tentang kami dulu ? Angah dah lama moveon dengan Amira. Angah tak boleh moveon dengan Nadhia. Tu je. Angah pun tak tahu mana nak cari isteri angah tu. " Balas Tengku Syahril perlahan. Dia mengetap bibir. Hancur hatinya membuka semula kisah silamnya bersama wanita itu. Dia yang bertindak bodoh melepaskan wanita sebaik Nurul Nadhia. Wanita yang sanggup berkorban apa saja demi keluarga.
" Sabarlah ngah. Kalau ada jodoh korang, jumpa jugak nanti. Angah sabarlah. " Pesan Tengku Syahmin penuh mendalam maknanya.
Mungkin perjalanan cinta setiap manusia dimuka bumi adalah berbeza. Namun cinta tidak pernah kejam sebenarnya.
YOU ARE READING
Cinta Dosa Semalam (Completed)
RomanceKecewa dimasa lalu mengajarnya tentang cinta yang ikhlas tidak pernah pudar seperti kenangan. " Mangkuk punya Syahmin ! Sajalah tu ! Hishh tak habis habis nak kenakan aku. Siap kau nanti ! " - Nur Amira Alia " Woi woi...