Part 1✅

5.9K 176 0
                                    

Inspirit High School

Jam sudah menunjukkan 7.55 pagi. Masih ramai pelajar yang baru hadir dan ada pelajar yang dah lama hadir.Tidak lama kemudian, loceng berbunyi dan itu bermakna para pelajar diminta untuk berada di dalam kelas masing-masing.

Selang beberapa minit, terdapat tiga pelajar perempuan yang baru sahaja masuk ke sekolah. Pengawas yang bertugas sepatutnya menulis nama mereka malah memberi mereka masuk dengan mudah walaupun sepatutnya nama mereka ditulis dan diberikan kepada guru disiplin. Pelajar perempuan itu semestinya Jihyo, ketua mereka dan dua orang lain adalah Yeon dan Yuri.

Tiba di kelas, Puan Song sudahpun masuk ke kelas untuk memulakan pembelajaran. Di hadapan kelas, terdapat dua pelajar baharu. Mereka bertiga hanya menyerbu masuk tanpa mengetuk pintu.

"Ha! Bukan main lama saya tak nampak kamu bertiga. Pergi kemana? Baru ingat jalan ke sekolah ke?" tegur Puan Song.

Mereka hanya menghiraukan teguran itu dan menuju ke belakang kelas tempat mereka. Tiba-tiba, kaki Jihyo disadung oleh seseorang membuatkan dia hampir terjatuh. Telinganya menangkap suara perempuan ketawakannya.

"Oh, Jihyo yah. I'm sorry. Kaki aku lenguh tak perasan kau nak lalu" katanya atau lebih jelas sengaja. Siapa lagi kalau bukan perempuan yang dengkikannya, Taera.

Jihyo mengerlingnya dengan muka geram. Perempuan itu hanya menahan ketawa memandangnya. Jihyo hanya tersenyum sinis dan beredar dari situ.

"Baiklah. Hari ini kita ada pelajar baru. Perkenalkan diri kamu berdua"

Tumpuan diberikan di hadapan. Ada dua pelajar lelaki yang kacak.

"Hello. Nama saya Park Chan. Selamat berkenalan"

"Nama saya Byun Baekhyun. Saya dari Incheon. Sila beri tunjuk ajar" ucap lelaki bernama Baekhyun

"Baiklah. Chan dan Baekhyun. Kamu berdua boleh duduk di belakang sana. Ada dua tempat kosong" arah Puan Song.

"Baik puan" mereka pun menuju ke belakang.

Taera sempat lagi mengenyitkan mata gedik kepada dua jejaka itu tetapi satu pun tidak dilayan. Dan itu menjadi bahan lawak kepada tiga perempuan nakal itu.

"Baiklah. Kita mulakan pembelajaran kita"

Semua pelajar mula mengeluarkan buku masing-masing. Tetapi tidak Jihyo. Dia mengumpulkan kertas kosong lalu dironyokkannya. Dibalingnya kepada gadis gedik, Taera.

Apabila Taera memusingkan badan, Jihyo hanya menayangkan wajah selamba lalu menunjukkan penumbuknya. Taera memusingkan badan ke hadapan semula. Dan sekali lagi Jihyo membalingkan bola kertas itu dan tepat kena ke kepalanya.

Kelakuannya diperhatikan oleh seorang pelajar baharu itu. Jihyo dan dua orang lagi rakannya hanya ketawa puas mengenakan perempuan itu. Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya. Tidak puas hati.

***

"Baiklah. Sampai sini sahaja pembelajaran kita hari ini. Terima kasih semua"

Keluar sahaja Puan Song dari kelas, Taera terus menuju ke meja belakang. Meja Jihyo dan rakannya.
Meja wanita itu dihentaknya.

"Hei! Apa masalah kau dengan aku?"

"Kenapa pula kau ini?" soal Yeon.

"Kau diam. Aku tak cakap dengan kaulah" balas Taera.

"Kau nak apa?" soal Jihyo.

Taera membaling kertas bola yang dibaling Jihyo tadi.

"Wow"

"Kau yang baling kan? Apa yang kau tak puas hati dengan aku?"

Jihyo terus berdiri dari duduknya. Pelajar lain hanya menghiraukan mereka kerana mereka tahu kalau mereka masuk campur Jihyo pasti takkan lepaskan mereka.

"Mana kau tahu aku yang baling? Ada bukti ke?" soal Jihyo balik.

"Siapa lagi yang dengkikan aku kalau bukan kau!" bahu Jihyo ditolak Taera.

"Wow. Ini dah lebih. Aku ada sentuh kau ke?" marah Jihyo.

"Kau yang mula dulu" balas Taera.

"Aku takkan cari pasal kalau orang tak cari pasal dengan aku. Lagipun aku tak baling benda ini dekat kaulah" balas Jihyo.

"Kau!"

"Apa? Kau ada bukti ke?" balas Jihyo lagi.

Kemudian, budak baharu yang bernama Byun Baekhyun bersuara.

"Aku nampak kau baling kertas itu dekat dia"

Semua pelajar seakan terkejut dengan Baekhyun. Mata Jihyo terus tertala kepadanya. Senyuman sinis diberikan.

"Kau masuk campur ke sekarang?" soalnya.

Baekhyun berdiri dan mendekati mereka berdua.

"Ye. Aku nampak kau yang baling dekat dia" Baekhyun nuding ke Jihyo.

Jihyo ketawa sinis.

"Wah! Ada hero pula sekarang" ejek Jihyo.

Yeon dan Yuri juga ketawa. Tak sangka budak baharu ini masuk campur dalam urusan mereka.

"Yah budak baru. Baik kau jangan masuk campur kalau kau tak nak kena dengan aku"

"Dan baik kau minta maaf dekat dia kalau kau taknak aku laporkan pada guru kelas" ugut Baekhyun pula.

Makin galak Jihyo dan gengnya ketawa. Nampaknya budak baharu ini memang tak kenal aku siapa. Bisik hati Jihyo.

"Jap. Kau cakap apa? Nak beritahu guru kelas? Bagitahulah kau ingat aku takut ke?" balas Jihyo.

Baekhyun dan Jihyo bertentangan mata. Atau lebih dikatakan bersabung.

"Puan Ji dah sampai"

Para pelajar mula duduk di tempat masing-masing. Baekhyun dan Taera juga. Jihyo masih menjeling ke arah Baekhyun.

"Nampaknya budak itu kena diajar"

"Nampaknya budak itu kena diajar"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now