Part 15✅

1.3K 88 3
                                    

Baekhyun hanya pekakkan telinganya mendengar apa yang pelajar-pelajar bualkan tentang dia dan Jihyo. Panas juga telinga mendengar. Tapi apakan daya takkan dia nak menyerang pula.

Kemudian, kerusi hadapannya diduduki oleh seseorang. Baekhyun mendongak. Taera. Apa pula dia ini nak.

"Baekhyun, awak okay?"

Baekhyun hanya mengangguk. Malas melayan gadis ini.

"Saya tahu mesti awak tak okay kan? Mesti awak rasa menyesal kenal Jihyo kan? Tak pasal-pasal nama awak dingumpat orang"

Baekhyun memandang Taera tak faham apa yang dimaksudkam gadis ini.

"Jihyo itu bukan gadis yang sesuai untuk awak. Awak baik tetapi kenapa awak boleh pilih dia sebagai teman wanita awak"

"Macam mana pula awak tahu saya tak sesuai dengan dia?" soal Baekhyun, tidak puas hati.

"Jihyo itu kasar. Dia tomboy, Baekhyun. Takkan awak tak ingat dia pernah belasah awak sebelum ini? Dia jahat. Dia selalu belasah orang sesuka hati dia. Pasti dia ugut awak untuk jadi teman lelaki dia kan?"

"Bukan macam itu. Memang saya suka-"

"Takpa. Saya faham awak cuba nak backup Jihyo. Tak payahlah bela perempuan yang tak serupa perempuan itu. Saya tahu dia mesti buat sesuatu dekat awak"

Baekhyun hanya menggeleng menidakkan kata-kata Taera yang merepek ini. Tiba-tiba kerusi Taera ditendang kuat.

"Woi! Kau cakap apa pasal Jihyo hah?"

Taera terkejut melihat wajah dingin Yeon. Yeon mengerling ke arah Baekhyun.

"Kau! Kau betul ke bercinta dengan Jihyo? Kalau kau betul bercinta dengan dia yang kau tergedik-gedik dengan betina ini apahal?" tengking Yeon.

Baekhyun tersentak.

"Satu lagi kau. Kalau semua yang budak-budak ini cakap tak betul asal kau tak pertahankan Jihyo? Kau dengar jelah apa yang dorang cakap pasal Jihyo?" marah Yeon lagi.

Baekhyun terdiam sahaja. Mengiyakan kata-kata Yeon. Patutlah Jihyo tak mahu kesekolah. Pasti dia dah tahu apa yang bakal terjadi harini.

"Kau, Taera. Kau jangan cari pasal dengan Jihyo. Kau nak kena dengan aku ke? Kalau aku dengar ada orang mengata pasal Jihyo lagi memang kena dengan aku. Jihyo mungkin boleh diam, tapi aku sebagai kawan dia tak mungkin diamkan diri macam itu je"

Semua pelajar hanya mendiamkan diri mendengar amaran dari Yeon. Yeon merupakan kawan rapat Jihyo dan perangai lebih kasar dari kawannya.

Yeon terus beredar dari situ setelah lepas segala amarahnya. Baekhyun terus meraup wajahnya. Penat. Rasa bersalah. Nampaknya dia kena betulkan keadaan. Nasib baiklah cuti musim sejuk bakal tiba tak lama lagi. Dapatlah gosip ini pudar sebelum sekolah buka semula.

***

Baekhyun terus ke rumah Puan Song seusai sahaja sekolah tamat. Namun, apabila dia tiba Jihyo sudah tiada.

"Jihyo dah balik. Dia kata dia nak balik rumah sebab ada kerja nak buat. Dia tak bagitahu Baekhyun ke?"

Baekhyun mengeluarkan telefonnya. Tiada. Dia tersenyum hambar kepada Puan Song.

"Oh. Ada. Baekhyun tak buka telefon pula tadi" dengan terpaksa dia menipu Puan Song.

"Takpelah, mummy. Baekhyun balik dululah" dia pun meminta diri untuk pulang.

"Baekhyun"

Baekhyun memalingkan wajah manis Puan Song.

"Anak mummy bukan seperti yang kamu fikirkan. Jihyo seorang gadis yang sangat lembut kalau kamu nak tahu. Dia bukan kasar. Dia cuma melindungi diri dia. Hanya orang tertentu sahaja yang dapat faham dia. Kalau kamu rasa tak suka dengan dia, pulangkan pada mummy dengan cara yang baik"

Baekhyun tersentak. Pulangkan kepada mummy? Tak. Dia takkan lepaskan gadis itu. Jihyo miliknya tak kira apa pun yang terjadi. Melainkan ajal memisahkan kami.

"Mummy, Baekhyun minta maaf kalau Baekhyun tak dapat jaga anak mummy dengan baik. Tapi, untuk berpisah dengan dia"

Baekhyun menggelengkan kepala.

"Tak boleh mummy. Bercerai adalah pilihan terakhir untuk Baekhyun" sambungnya.

"Mummy percayakan Baekhyun"

***

Jihyo hanya mendengar apa yang disampaikan oleh Yeon. Memang panas mendengarnya tapi apakan daya dia tahankan juga.

"Betul ke?"

Jihyo mendiamkan sahaja.

"Kau bercinta dengan Baekhyun? Kau tahu kan Taera itu macam sukakan Baekhyun" sambung Yeon.

"Tahu" jawab Jihyo.

"Then? Kenapa? Kau tak ada lelaki lain ke yang kau nak. Dia bukannya baik sangat pun. Dia boleh diam je bila semua bercakap pasal kau. Lelaki jenis apa dia itu" marah Yeon.

Jihyo hanya diam. Iced Americano miliknya dihirup sedikit menghilangkan rasa pahit di tekak.

"Kau tahu Chan. Dia berusaha sungguh nak buang gosip pasal kau. Dua tiga orang jugalah kena penumbuk dia. Hahahahhaha"

Tersenyum Jihyo mendengar cerita dari Yeon.

"Aku rasa dia ada hati dengan kau" sambung Yeon.

"Apa kau ini? Mengarut je"

"Iya. Aku tengok dia berusaha nak berbual dengan kau. Kau je yang jual mahal dengan dia. Mungkin sebab kau dah dengan lelaki bernama Baekhyun"

"Haih, kau semua tak faham apa yang berlaku sebenarnya tau" Jihyo memegang pelipis dahinya.

"Apa sebenarnya yang berlaku?" soal Yeon.

"Aku tak tahu nak beritahu kau macam mana. Kau perlu tahu satu je"

"Apa?" soalnya lagi.

"Aku terpaksa" jawab Jihyo.

"Terpaksa? Apa dia? Terpaksa bercinta dengan dia? Terpaksa jual diri kat dia?" soal Yeon, ingin tahu.

"Jual diri? Apa kau ini? Takkan lah aku nak buat macam itu" balas Jihyo, dingin.

"Habistu? Kenapa? Cakaplah kenapa"

"Nanti kau tahu. Bukan kau je yang terkejut satu sekolah pun akan terkejut dengan apa yang berlaku"

Yeon menjuihkan bibirnya. Jihyo hanya tersenyum hambar dan airnya dihirupnya lagi.

 Jihyo hanya tersenyum hambar dan airnya dihirupnya lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now