Part 12✅

1.3K 84 0
                                    

Wajah Jihyo dipegang dan ditarik kedepan. Nafas mereka bersatu. Jihyo cuba menolak tubuh Baekhyun tetapi Baekhyun memegang tangannya di dinding.

Baekhyun menjarakkan wajahnya dengan Jihyo untuk mencari nafas. Muka Jihyo kemerahan dan terasa panas apabila memandang wajah Baekhyun. Jarak mereka terlalu rapat dan nafas tercungap cungap.

Baekhyun memandang bibir merah Jihyo dan sekali lagi mencium bibirnya. Kali ini Jihyo memegang erat tangan Baekhyun dan matanya dipejamkan.

Tangan Baekhyun memegang belakang leher Jihyo dan menariknya makin dekat. Agresif ciuman Baekhyun kepada Jihyo dan cukup mengatakan tiada sesiapa boleh melawannya dan Jihyo miliknya.

Baekhyun menjarakkan wajahnya dan mata dibuka. Mata mereka bertembung satu sama lain. Muka masing-masing kemerahan. Menahan rasa malu Baekhyun berdehem.

"E-hem" badannya dijarakkan daripada Jihyo.

Jihyo memusingkan badannya daripada menghadap Baekhyun.

"Hmm, aku... aku keluar dulu. Nanti kalau kau dengar dah takda orang, kau keluarlah" ujarnya tanpa memandang Baekhyun.

"Hmm" itu sahaja sahutan dari Baekhyun.

Jihyo pun terus keluar dari bilik persalinan itu. Baekhyun terus menekup wajahnya. Tidak percaya dengan apa yang dia baru buat tadi.

"Bodohnya kau. Nampak sangat kau tak boleh tahan" bibirnya ditampar perlahan.

"Bodoh. Kau memalukan aku"

***

Jihyo langsung tidak keluar dari biliknya. Begitu juga dengan Baekhyun. Masing-masing terasa malu dengan kejadian pagi tadi disekolah. Mereka tak mahu bertembung di luar bilik.

Jihyo menatap wajahnya didepan cermin. Bibirnya jelas kelihatan sedikit kemerahan dan bengkak. Ini ke kesan dari ciuman. Jihyo memegang pelipis dahinya.

"Apa aku buat tadi? Memalukanlah" dia menekup wajahnya.

Dia mula teringat yang dia memegang erat tangan Baekhyun serta matanya dipejam membalas ciuman hangat suaminya itu. Sungguh dia tak percaya yang dia juga mahukan itu.

Ini bukan dirinya. Dia sepatutnya tumbuk takpun belasah lelaki itu. Tetapi kenapa bila berhadapan dengannya, dia jadi akur dan lemah. Seakan-akan dia sudah terjatuh pada lelaki itu.

Jihyo tersentak apabila terdengar bunyi kilat dari luar. Langsir tingkap di selak dan jelas hujan turun membasahi bumi. Jihyo terus menekup telinganya bila terdengar bunyi kilat menyambar.

Dia takut.

Bunyi kilat itu sungguh kuat sehingga membuatkan dia hampir menangis. Dia pun naik ke atas katil dan menyelubung dirinya di dalam selimut.

"Ahhh!"

Bunyi kilat makin kuat menyambar membuatkan dia menjerit kuat. Telinganya ditekup dan kemudian dia terdengar pintu biliknya diketuk.

"Jihyo?"

Jihyo dengan pantas turun dari katil dan membuka pintunya. Wajah Baekhyun menyapa pandangannya.

"Kau okay? Aku dengar kau menjerit tadi" jelas riak risau di wajahnya.

Jihyo menggelengkan kepala dan telinga kembali ditekup apabila kilat menyambar. Baekhyun memegang tubuhnya yang hampir terjatuh.

"Baekhyun, teman aku. Aku takut kilat" ujarnya.

Baekhyun mengangguk. Tangan Jihyo ditarik membawa ke dalam bilik. Selimut Jihyo ditarik dan tubuh Jihyo terbaring di atas katilnya. Baekhyun menyelimutkan badan Jihyo sepenuhnya.

[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now