Part 16✅

1.2K 83 1
                                        

Sudah seminggu kejadian itu berlaku. Jihyo masih mengelakkan dirinya untuk ke sekolah. Baekhyun juga dia jauhkan diri. Dia malas nak menghadap lelaki itu. Semua manusia sama sahaja. Tak pernah nak cuba kenal orang. Main tuduh yang bukan-bukan.

Dan harini, bermula cuti sekolah untuk musim sejuk. Cuti sebulan. Apa nak buat melainkan melepak dalam bilik sahaja.

Tok! Tok!

Jihyo yang sedang berselubung dengan selimut mengangkat kepala.

"Siapa?" soal Jihyo, kuat.

"Aku"

Jihyo mencebik. Dengar sahaja suara itu, dia tahu milik siapa. Dia pun bangun dengan selimut ditubuh dan berjalan menuju ke pintu biliknya. Pintu bilik dibuka dan wajah kacak lelaki itu mula dilihat.

"Hmm, nak apa?" soal Jihyo.

Baekhyun menghulurkan satu surat kepada Jihyo. Jihyo memandangnya seketika sebelum surat itu dicapainya.

"Apa ini?" soal Jihyo dan membuka lipatan surat itu.

"Musim sejuk ini, aku nak ajak kau bercuti. Mungkin atau erti kata lain berbulan madu"

Mata Jihyo membulat memandang surat itu lalu mengangkat wajah memandang Baekhyun.

"Apa? Berbulan madu?"

"Ya. Honeymoon. Kita tak dapat nak pergi sebelum ini. Jadi, aku dah sediakan untuk kita hujung minggu ini. Kita ke sana untuk tenangkan fikiran dan berbincang" jawabnya panjang lebar.

Jihyo hanya diam. Berbincang? Berbincang tentang apa? Tentang apa yang dah jadi? Tak perlulah. Nasi dah jadi bubur dah pun.

"Jihyo, aku taknak kita macam ini lagi. Kita kena jadi matang dan mulakan hidup baru sebagai suami isteri"

"Aku rindukan kau" sambungnya.

Jihyo tersentak dengan pengakuan Baekhyun. Baekhyun pula seakan-akan terlepas cakap terus mengelengkan kepala.

"Takpelah. Aku pergi dulu. Jangan lupa hujung minggu ini"

Jihyo tidak menggeleng mahupun mengangguk. Baekhyun pun terus pergi meninggalkan Jihyo. Jihyo masuk dan pintu biliknya ditutup rapat. Surat itu kembali dilihatnya.

Melbourne.

Salah satu tempat yang paling Jihyo mahu pergi. Tak sangka Baekhyun akan membawa dia ke sana untuk berbulan madu.

***

Setelah hampir tujuh jam di dalam kapal terbang, akhirnya mereka tiba di Lapangan Terbang Melbourne. Badan-badan terlalu sakit. Terasa mahu patah-patah tulang akibat terlalu lama duduk di dalam kapal terbang.

"Kita check in dululah. Malam nanti baru kita keluar cari makan" kata Baekhyun.

Jihyo menganggukkan kepalanya sahaja. Kereta ditempah oleh Baekhyun dan mereka pun menuju ke hotel tempat mereka menginap. Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam sahaja. Jihyo hanya melihat ke luar tingkap. Mereka sampai tepat jam 6 petang. Jadi permandangan di luar sangatlah cantik.

[Latest Version] My Tomboy Wife Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang