Part 3✅

1.8K 129 0
                                    

Baekhyun jalan menonong laju meninggalkan gadis itu di belakang.

"Hei!"

Kaki berhenti melangkah dan memusing ke belakang memandang gadis itu yang sepertinya rimas dengan benda di kakinya. Heels.

"Kau ini lembaplah" dia terus berjalan menuju ke kereta yang disediakan oleh mamanya tadi.

Ada seorang driver didalam menantikan mereka berdua. Pesan Puan Byun dia menyuruh Baekhyun untuk menghantar gadis yang bukan serupa gadis ini pulang ke rumah.

Pintu kereta dibuka tetapi gadis itu tidak lagi tiba di kereta. Dahlah nak kena lintas jalan lagi. Baekhyun hanya memandang gadis itu yang asyik berjalan tanpa melihat kiri kanan. Baekhyun menjelingnya dan memandang tempat lain.

Ada sebuah kereta laju dipandu meluru ke arah Jihyo. Terbuntang mata Baekhyun apabila Jihyo masih tidak perasan.

"Weh! Song Jihyo!"

Jihyo mendongak memandangnya. Baekhyun terus berlari mendapatkannya. Tangan gadis itu ditarik olehnya dan nasib mereka baik apabila Baekhyun berjaya menyelamatkan gadis itu. Badannya terjatuh ke tepi jalan dan badan kecil Jihyo menghempab badannya. Mata Jihyo dibuka dan dia terbaring di atas dada bidang lelaki itu.

"Baekhyun"

Mata lelaki itu tidak terbuka. Jihyo mula rasa resah. Mati dah ke lelaki ini. Dia menampar-nampar pipi Baekhyun.

"Hey, bangunlah. Kau okay tak?"

Jihyo ingin bangun dari dada lelaki itu tetapi lelaki itu terus merangkul pinggangnya membuatkan Jihyo menjerit kecil.

"Ahh!"

Mata Baekhyun terbuka perlahan-lahan dan mata mereka bertembung. Dari situ, Jihyo dapat rasa degupan jantung Baekhyun. Laju berdegup.

"B-baekhyun?"

Baekhyun terpegun dengan kecantikan natural milik gadis tak serupa gadis ini. Dia cantik. Tetapi kenapa dia memilih untuk menjadi kasar padahal wataknya yang lembut lebih menawan.

"B-baekhyun? K-kau okay?" soal Jihyo lagi.

"Kau cantik" ucapnya secara tiba-tiba.

"Ha?" soal Jihyo lagi.

Baekhyun tersedar dari lamunan. Terus sahaja dia menolak Jihyo kasar sehingga badan gadis itu terbaring di sebelah.

"Au. Sakitlah" belakang badannya ditampar kuat oleh Jihyo.

Baekhyun tidak memandangnya. Entah kenapa dia terasa malu. Dia memandang ke arah Jihyo tetapi dengan pantas dia berpaling kembali. Jihyo sedang elok terkangkang dengan dress di tubuhnya. Dress bajunya terselak sehingga ke pahanya.

"Kau ini kan!" Baekhyun bangun dari duduknya dan baju kot sekolahnya ditanggal dari tubuh.

Jihyo bangun dari baringnya dan menepuk-nepuk baju dressnya. Baekhyun cangkung di hadapannya dan mengikat bajunya di pinggang Jihyo. Tubuh Jihyo mengeras.

Wajah mereka berdua begitu rapat. Jihyo mengerling sekilas ke arah Baekhyun. Muka budak-budak. Tapi hensem. Tersenyum kecil juga dia apabila teringat lelaki ini yang dia belasah tadi.

"Done staring at me?" soal Baekhyun.

Sekali lagi mata mereka bertamu.

"K-kau lah ini" muka Baekhyun terus ditepuknya supaya jauh darinya.

"Aduh!"

Dia segera bangun dari jalan itu. Wajahnya dilarikan kerana rasa malu bersemuka dengan lelaki itu. Entah kenapa perasaan itu tiba-tiba bertamu di hati.

"Kau ini kenapa eh? Tangan itu cepat je naikkan. Mesti selalu pukul orang kan" tegur Baekhyun yang baru sahaja berdiri di hadapannya.

"Kenapa? Nak kena belasah ke?" soal Jihyo.

"Jom! Aku hantar kau balik" Baekhyun berjalan lagi meninggalkannya.

Jihyo mencebik dan mengekor Baekhyun tetapi dia berheels. Terpaksanya berjalan macam siput. Tiba-tiba Baekhyun kembali ke arahnya semula.

"Kenapa?" soal Jihyo.

"Aku minta maaf" ucap Baekhyun tiba-tiba.

"Ha? Kena- Ahhh!!" Jihyo menjerit apabila kakinya tidak menyentuh lantai.

Baekhyun mencempung tubuhnya dan dengan pantas kaki melangkah ke kereta.

"Apa ini? Lepaslah. Turunkan aku" marah Jihyo.

Baekhyun hanya mendiamkan diri dan tubuh Jihyo disumbat masuk ke dalam kereta. Pintu terus ditutup. Baekhyun pun masuk ke pintu sebelah sana.

"Kau diam. Aku taknak dengar apa-apa dari mulut kau" cantas Baekhyun belum sempat Jihyo bersuara.

***

Jihyo membuka pintu kereta apabila kereta ini elok berhenti di hadapan rumahnya. Tingkap kereta diketuk dan Baekhyun menurunkan tingkap keretanya.

"Terima kasih" ucap Jihyo.

"Untuk?" kening Baekhyun diangkat.

"Sebab selamatkan aku. Sebab hantar aku balik. Terima kasih" ucap Jihyo lagi.

"Tak ada apalah. Lagipun omma aku yang suruh. Kalau tak aku taknak pun hantar kau. Aku tinggalkan je kau dekat sana tadi" balasnya.

Jihyo menunjukkan penumbuknya pada Baekhyun membuatkan bibir Baekhyun ternaik.

"Dah lah pergilah balik. Malas aku bercakap dengan kau" halau Jihyo dan kaki ingin melangkah masuk ke dalam rumah.

"Tunggu sekejap!"

Jihyo memalingkan wajahnya ke belakang dengan riak malas.

"Biarlah aku jujur dengan kau"

Jihyo memusingkan badannya menghadap Baekhyun.

"Kalau orangtua kita nak jodohkan aku dengan kau. Aku setuju" sambungnya.

Terbuntang mata Jihyo mendengarnya.

"Tunggu. Jangan cakap apa-apa. Aku ada sebab buat macam itu. Sebabnya aku tak boleh cakap sekarang. Esok dekat sekolah kita bincang" sambungnya lagi.

Jihyo hanya mengzip mulutnya.

"Oh ada satu lagi"

"Apa lagi?" soal Jihyo.

"Kau cantik"

Hilang riak malas di muka Jihyo. Terkejut tetapi riaknya cuba dikekalkan.

"Aku blah dulu"

Kemudian, kereta yang dipandu driver itu dibawa pergi. Jihyo pula masih tercegat di situ.

"Dia cakap aku cantik?"

"Dia cakap aku cantik?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now