Part 10✅

1.3K 87 0
                                    

Baekhyun pula yang meloncat menuju ke belakang Jihyo akibat jeritannya. Bahu Jihyo dipeluknya dan matanya memandang sekeliling.

"Apa dia? Apa dia? Kau nampak apa?" soal Baekhyun, ketakutan.

Jihyo menolak tangan Baekhyun darinya dan melarikan dirinya dari Baekhyun.

"Ey, lepaslah. Kau! Kau- pergi!" Jihyo menutup matanya dengan baju yang dia pegang dari atas katil Baekhyun.

"Kau kenapa?" soal Baekhyun.

"P-pakai pakai baju sekarang! T-tak malu ke hah?" marah Jihyo.

Baekhyun yang tadinya gelabah terus menghela nafas lega. Tuala yang hampir terjatuh dari pinggangnya dibetulkan. Rambutnya yang basah itu dikuak ke atas.

"Aku nak pakai bajulah ini. Yang kau tutup mata kenapa?" soal Baekhyun.

"Ey! Kaulah. Aku keluar dulu" dengan mata tertutup dengan baju itu dia pun berjalan menuju ke pintu.

Sengihan nakal Baekhyun terukir di bibirnya. Dia menarik tangan Jihyo. Pinggang Jihyo dirangkulnya.

"Eh! A-apa ini?" baju di tangannya digunakan untuk memukul Baekhyun.

"Kau malu?"

Jihyo terdiam. Mukanya terasa berbahang. Dan jelas di mata Baekhyun, pipinya mula kemerahan. Tangan Jihyo cuba menolak dada Baekhyun.

"Lepaslah"

Pelukan itu makin dieratkan.

"Kalau aku taknak. Kau nak buat apa?"

Jihyo meronta-ronta minta dilepaskan. Tangannya menolak dada dan juga wajah Baekhyun tetapi tangan Baekhyun masih melekat pada pinggangnya.

"Baekhyun!!"

Baekhyun terus terhambur ketawa. Pinggangnya terus dilepaskan dan serupa apa Jihyo berlari keluar dari bilik lelaki itu. Dia terus masuk ke dalam biliknya dan pintu ditutup lalu dikunci. Badan tersandar di belakanh pintu dan dadanya dipegang.

Dup dap dup dap

Jantungnya bagaikan tidak keruan. Rasa nak pecah. Wajahnya juga terasa berpeluh. Pipinya dipegang dan ditampar perlahan.

"Tak! Tak! Kau tak nampak apa-apa, Jihyo. Kau tak nampak apa-apa"

Kepala Jihyo terbayang tubuh sasa milik Baekhyun. Tuala dililit diparas pinggang, rambutnya yang masih basah dan badannya masih ada titisan air. Seksi.

"Apa aku fikirkan ini? Jihyo!" pipinya sekali lagi ditampar.

Dia tersentak apabila pintunya diketuk dari luar. Siapa lagi kalau bukan Baekhyun.

"Kau kenapa cari aku tadi?" soal Baekhyun dari luar.

"Oh. Itu... itu... aku. Oh! Aku nak ajar kau turun makan tadi" jawab Jihyo dari dalam dan jelas suaranya terketar-ketar.

Itu membuatkan Baekhyun tersenyum. Dia gelabah dan pasti gadis itu malu.

"Kalau macam itu, jomlah turun makan" balas Baekhyun.

"Haa, kau turun dulu sekejap lagi aku turun"

"Hmm, okay" Baekhyun membalas dan kakinya berundur dari bilik Jihyo.

Setelah pasti Baekhyun tiada, Jihyo membuka pintu biliknya dan kepala terjengul keluar dari biliknya. Terkejut bukan kepalang apabila Baekhyun masih berdiri tegak di depan biliknya.

"Jom!" tangan Jihyo terus ditariknya.

"Eh. Lepaskan tangan aku!"

Baekhyun menghiraukan amaran Jihyo dan membawanya ke meja makan. Ditolaknya Jihyo agar duduk di atas kerusi. Dia pun melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Jihyo. Chopstick kayu dihulurkan kepada Jihyo dan dengan perlahan Jihyo mencapainya.

"Makan"

Jihyo tiba-tiba menjadi terkebil-kebil. Matanya hanya memandang Baekhyun yang sedang menjamu selera. Baekhyun mengangkat matanya daripada makanan kepada Jihyo. Makanan itu dikunyah dan ditelan.

"Kenapa kau tak makan?" soal Baekhyun.

"Ya. Nak makanlah ini" Jihyo pun mencapai makanan yang ada di hadapannya.

"Ke kau nak aku suap kau?" soal Baekhyun.

Jihyo dengan menyampahnya memandang lelaki itu. Baekhyun tersenyum nakal dan mengenyitkan matanya.

"Hei, aku cucuk mata kau dengan ini kang" Jihyo menuding chopstick di tangannya kepada Baekhyun.

"Hihihihihihi" Baekhyun ketawa melihat Jihyo gelabat dan malu malu kucing gituu.

Keadaan sunyi seketika dan masing-masing menjamah makanan yang dibeli itu dengan seleranya. Jihyo melihat Baekhyun mengalihkan timun dari makanannya.

"Kau tak makan ke tu?" Jihyo menuding ke timbunan timun di tepi itu.

Baekhyun menggelengkan kepala.

"Kenapa? Bak lah sini bagi aku" Baekhyun pun menghulurkan timun itu dan meletakkan di dalam mangkuk nasinya.

"Kenapa kau tak makan? Alergic ke memang tak makan?" soal Jihyo dan menyumbat lagi makanan ke dalam mulut.

"Tak makan. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak makan timun itu" jawabnya.

"Oh. Aku semua benda makan. Tak ada rasanya alah dengan apa-apa kecuali ubat. Aku alergic dengan ubat"

"Ubat?"

Jihyo mengangguk dengan mulut penuh dalam mulutnya mengundang senyuman pada Baekhyun.

"Jadi kalau aku sakit atau demam aku kena kuatkan diri je. Dah ubat tak boleh" sambungnya.

"Patutlah kau kuat" balas Baekhyun.

"Memang. Kalau kau langgar perjanjian kita lagi, siap kau" Jihyo menjegilkan matanya.

Baekhyun ketawa halus dan meletakkan chopsticknya di atas mangkuk. Tangan disatukan dan memandang Jihyo.

"Bila masa aku langgar?" soal Baekhyun.

"Tadi"

"Tadi? Aku buat apa?" sengaja dia menyoal Jihyo.

Jihyo mula terasa wajahnya kembali panas. Berbahang. Lelaki ini sengaja kenakan dia.

"Kau... kau ... kau sentuh akulah" jawab Jihyo.

"Aku sentuh kau? Aku buat apa? Bila pula aku buat?"

Tercengang Jihyo dengan soalan Baekhyun. Dia ini ada amnesia ke? Sekejap betul dah lupa apa yang dia dah buat.

"Kau... kau peluk aku! Takkan dah lupa kot" terus Jihyo melarikan pandangan daripada lelaki itu.

Terasa malu.

"Bila pula aku buat macam itu?" soalnya lagi kerana dia rasa seronok melihat Jihyo malu.

"Ey. Tadilah. Malas lah aku cakap dengan kau" Jihyo terus bangun dari kerusinya dan menuju ke sinki.

Tangannya dibasuh dan terus naik ke atas meninggalkan Baekhyun sendirian. Baekhyun terkekek kekek ketawakan Jihyo.

Jihyo bukan gadis kasar. Dia lembut dan sangat baik.

 Dia lembut dan sangat baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now