Part 22✅

1K 69 2
                                    

Setelah sebulan, sekolah kembali dibuka seperti biasa. Dan kinilah masanya untuk menunjukkan kebenaran. Jihyo melihat dirinya di cermin dan rambutnya disikat kemas. Rambutnya yang selalunya diikat dilepaskan panjang sehingga ke paras pinggang. Cekak rambut berwarna biru muda diambil lalu diletakkan di atas kepala. Liptint yang dibelikan oleh Baekhyun haritu diambil lalu dicalitkan sedikit di bibirnya.

"Princess?"

Baekhyun yang baru keluar dari kamar mandi terus memandangnya. Jihyo tersenyum melalui pantulan cermin. Dia berdiri lalu mendepakan tangannya.

"Tadaa. Cantik tak macam ini?" soal Jihyo.

Baekhyun menayangkan muka tidak puas hati. Dia mendekati Jihyo lalu cekak rambut itu terus ditarik dari kepalanya.

"Au! Sakitlah. Kenapa?" soal Jihyo dengan marah.

"Cantik-cantik macam ini nak kemana? Nak bagi Chan tergoda tengok ke?" balas Baekhyun.

Jihyo ketawa kecil.

"Kenapa nama Chan juga nak disebut? Awak sendiri kata saya kena belajar beranikan diri. So I want to be a new Song Ji Hyo. Saya kenalah tunjukkan yang awak bertuah dapat isteri cantik macam saya. Barulah mereka akan cemburu" balas Jihyo.

"No. Takpayah. Biar saya je yang tahu betapa cantiknya isteri saya. Ikat rambut itu. Liptint itu tanggalkan" Baekhyun terus berlalu dan memakai uniform sekolah.

"Taknak" Jihyo mengambil semula cekak di tangan Baekhyun lalu terus berlari keluar dari bilik.

"Song Jihyo!!"

***

"What happen here?"

"Itu Song Jihyo dengan Byun Baekhyun?"

"Aku dengar dorang pergi bercuti berdua haritu"

"Kenapa sepadan pula aku nampak dorang?"

"Diam! Diam! Kita usha je"

Bermacam-macam yang dia dengar dari mulut pelajar. Ada yang baik, ada juga yang buruk. Biasalah mulut orang kita tak boleh tutupkan. Jadi nak taknak kena hadap.

"Don't worry. You have me, princess" bisik Baekhyun pada telinga Jihyo.

Jihyo tersenyum hambar lalu mengangguk. Tangan mereka berpaut dan berjalan menuju ke kelas. Mereka seratus peratus menjadi tumpuan para pelajar disitu.

Masuk sahaja kelas, mereka melihat beberapa pelajar sudahpun berada di dalam kelas memandang ke arah mereka macam mereka ini hantu. Tanpa pedulikan mereka, Jihyo hanya terus meluru ke tempat duduknya.

"Baekhyun"

Baekhyun memandang Taera yang tergedik-gedik mendekatinya. Dia duduk di kerusinya.

"Lama tak jumpa dengan awak. Awak sihat? Saya dengar awak baru balik bercuti dari Melbourne. Betul ke?" soal Taera dan duduk kerusi di hadapan Baekhyun.

Baekhyun mengerling ke arah Jihyo yang sedang sibuk berbual dengan Yeon dan Yuri. Kemudian dia tersenyum pahit kepada Taera.

"Haah. Kenapa?" soal Baekhyun.

"Dan saya dengar juga, awak pergi... pergi dengan perempuan itu" bisik Taera lalu menuding ke arah Jihyo.

"Haah. Saya pergi dengan Jihyo. Berseronok dengan girlfriend. Apa salahnya kan?" Baekhyun tersenyum puas.

"Berseronok? Betul ke awak berseronok? Awak kena paksa je kan dengan Jihyo?" soal Taera, sengaja memanaskan lagi keadaan.

Baekhyun mengeluh kasar.

[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now