Part 8✅

1.4K 97 4
                                    

Jihyo turun daripada bas dan terus menuju ke sekolah. Entahlah sejak dia bertemu dengan Baekhyun, dia jadi lain pula. Perangainya yang dahulu kasar perlahan-lahan menjadi lembut. Kenapa? Entah dia sendiri tidak tahu.

"Jihyo" bahunya disentuh.

Terus Jihyo berpusing dan melihat Chan tinggi itu berdiri di sebelahnya. Mendongak sedikit kepalanya.

"Iya?"

"Awak nampak tergesa-gesa. Nak kemana? Awal lagi kalau awak nak masuk kelas pun"

Jihyo hanya senyum nipis dan kaki melangkah pergi. Chan pula berjalan di sebelahnya membuatkan Jihyo tidak berasa selesa sedikit.

"Awak dua hari tak datang sekolah? Kenapa? Awak tak sihat ke?" soal Chan.

"Haah. Aku tak berapa sihat" jawab Jihyo.

"Awak dah pergi klinik? Sekarang dah okay ke?" soal Chan lagi.

Naik rimas Jihyo dibuatnya. Jujur ini kali pertama ada orang berani tegur dia selain kawan-kawannya ataupun dia yang sengaja menegur orang.

"Aku dah okay. Boleh tak jangan kacau aku. Aku rimas" Jihyo menjelingnya dan kaki laju pergi meninggalkan Chan keseorangan.

"Chan!"

Chan berpaling apabila namanya diseru. Wajah ketat Baekhyun menyapa pandangannya.

"Baek! Kau pergi mana? Dua hari tak datang sekolah? Kau ponteng ke? Ke kau tak sihat?" soal Chan.

Baekhyun hanya memandang bayang Jihyo yang makin lama hilang dari pandangannya.

"Kau borak apa dengan Jihyo?" soal Baekhyun, ingin tahu.

"Jihyo? Oh. Aku saja tegur dia. Aku tak tahulah kenapa aku berani nak tegur dia. Orang cakap dia tomboy tapi penampilan dia takdelah serupa lelaki pun. Rambut panjang je"

Baekhyun hanya menganggguk.

"Tapi dia cantik" sambung Chan dan Baekhyun terus memandangnya.

"Apa kau cakap?" soal Baekhyun, marah.

"Jihyo tu cantik. Aku rasa aku nak mengurat dia" jawab Chan.

"Kau tak payah nak mengarutlah" Baekhyun jalan pergi meninggalkan lelaki yang masih terpinga-pinga itu.

"Eh! Tunggulah" kaki panjang lelaki itu terus mengejar kawannya.

Bahu Baekhyun terus dipautnya dan mereka sama-sama berjalan masuk ke dalam kelas.

"Kau kenapa tak datang sekolah? Dua hari pula itu? Kau sakit ke bro?" soal Chan dah serupa detektif.

"Aku ada hal nak kena selesaikan. Kenapa? Musnah ke sekolah ini aku takde semalam?" soal Baekhyun, menyampah.

Entah kenapa dia rasa nak belasah sahaja lelaki yang cuba mendekati isterinya itu. Memang dia takda perasaan pada gadis tomboy itu tetapi dia suami. Pasti dia akan terasa bila isterinya didekati lelaki lain.

"Takdelah. Aku tanya je. Kalau kau nak tahu, Jihyo pun takdatang juga. Kejap! Ke kau orang berdua tak datang sebab alasan yang sama?" Chan berhenti melangkah.

Baekhyun memusingkan badan memandang Chan yang memandangnya dengan riak musykil.

"Dah? Habis merepek?" soal Baekhyun, tenang dan terus meninggalkan lelaki itu.

***

Masuk sahaja kelas, Jihyo melihat Taera dan kawan-kawannya sedang duduk di meja mereka yang penuh dengan barang makeup. Naik menyampah dia tengok. Apa yang mereka suka sangat dengan benda yang menepek di muka itu?

Dia berjalan mendekati mereka dan tangannya mencapai satu benda panjang.

"Hei, yang kau ambil tanpa izin itu dah kenapa? Bak sini" Taera cuba merampas kembali tetapi Jihyo malah melarikan benda itu.

"Sabar boleh? Aku cuma nak tahu apa benda ini. Kejap lagi aku bagi lah balik" mata Jihyo membaca apa yang tertulis pada benda itu.

Liptint?

Apa itu liptint? Benda itu dipusing dan benda panjang dikeluarkan dari benda itu. Warna merah. Hidung didekatkan pada hujung benda itu. Hmm, wangi.

"Apa benda ini?" soal Jihyo.

Dan itu hanya mengundang tawa pada mereka. Taera bangun dari duduknya dan berdiri di hadapannya.

"Kenapa? Kau nak cantik macam kitorang pula ke? Tak payah beranganlah. Kau bukan serupa perempuan pun nak pakai benda macam ini" terus benda panjang itu dirampas oleh Taera.

Jihyo tersenyum sinis.

"Apa kau merepek ini? Aku tanya je yang nak emo sangat kenapa? Oh! Aku tahu. Sebab kau tercabar kan? Kalau aku pakai benda-benda ini aku akan jadi dua kali ganda lagi cantik dari kau orang lah terutamanya kau!" badan Taera dilanggarnya dan dia terus berjalan menuju ke mejanya di belakang.

"Tak guna. Aku tak cari pasal nak cari pasal dengan aku"

Kemudian, Baekhyun dan Chan tiba di dalam dan Taera terus menerpa ke arah Baekhyun. Tersentak lelaki itu apabila gadis itu memegang lengannya.

"Baekhyun. Awak kemana semalam? Dua hari awak tak datang sekolah. Awak okay ke? Tak sihat eh?" soal Taera dan tangannya menghinggap di dahi licin Baekhyun.

Baekhyun menolak tangan gadis itu dari dahinya.

"Eh! Saya okay. Saya ada hal" jawab Baekhyun.

"Hal? Kenapa? Mesti penting kan? Hm, kesiannya awak"

"Hm, kesiannya awak" Jihyo mula memimikkan wajah mengikut riak gedik Taera tadi.

"Menyampah aku" sambungnya lagi dan tangan disilangkan pada tubuh.

"Kau kenapa eh? Dari tadi lagi kau cari hal dengan aku. Apa yang kau tak puas hati?" soal Taera.

"Aku cuma menyampah dengan kau" dengan mudah Jihyo membalas.

"Baekhyun. Tengok dia. Saya tak buat apa pun pada dia" mengadu Taera pada Baekhyun.

Baekhyun memandang Jihyo dan gadis itu menjegilkan mata kepadanya tak mahu dia masuk campur.

"Haa. Saya nak duduk tempat saya" Baekhyun menolak tangan gadis itu dan terus meluru ke tempat duduknya.

Jihyo tersenyum kemenangan. Padan muka. Sesuka hati kau je nak dekat dengan dia. Tak tahu ke dia dah jadi milik aku? Lempang kang apa pun tak dapat.

Eh! Aku dah kenapa?

Cemburu ke?

Cemburu ke?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now