Part 9✅

1.4K 94 1
                                    

Seperti biasa, Jihyo akan naik ke rooftop sekolah dan duduk melepak di sana ketika kelas petang bermula. Entah kenapa dia asyik memikirkan benda yang dia pegang milik Taera tadi. Dia pernah juga nampak gadis itu mencalit benda panjang itu di bibirnya dan bibirnya terus menjadi merah.

"Mungkin itu fungsi dia. Merahkan bibir" Jihyo mengemam bibirnya dan menjilat bibirnya.

Teringin pula dia rasa ingin mencalit benda merah itu dibibirnya. Kemudian, pintu dibuka dan semestinya bunyi kuat terhasil. Kepala Jihyo terteleng melihat siapa gerangan yang naik ke tempatnya.

"Kau buat apa kat sini?"

Jihyo menghiraukan soalan itu dan mata kembali menatap ke langit. Baekhyun pun melangkah mendekatinya dan berdiri di sebelahnya.

"Kau takde kerja lain ke selain mengekor aku kemana aku pergi?" soal Jihyo.

"Aku bosan. Kalau dengan kau ada benda nak berborak" jawab Baekhyun.

"Berborak? Apa dia?" soal Jihyo lagi.

"Bukanlah. Kalau dengan kau aku rasa selesa. Mungkin sebab kau ini bukan hipokrit macam orang lain. You just be yourself" jawab Baekhyun.

Jihyo menundukkan wajah memandang bawah. Senyuman nipi terukir di bibirnya.

"Aku pun tak tahu diri aku yang sebenar kau pula yang pandai-pandai cakap aku jadi diri sendiri" ujar Jihyo.

"Kadang-kadang kita tak sedar apa yang ada pada diri kita. Tapi aku nampak kau macam mana"

"Merepek betullah kau ini" Jihyo dan Baekhyun ketawa kecil.

Benarlah juga. Hanya orang terdekat sahaja yang tahu kita macam mana. Mummy terlebih kenal dengan perangai anaknya tetapi dia sendiri tak tahu apa yang dia buat.

"Baekhyun"

"Hmm"

"Kau nampak aku macam mana?" soal Jihyo.

Baekhyun memandang Jihyo. Pelik dengan soalan yang diajukan.

"Aku nampak kau macam mana? Maksud kau?" soal Baekhyun balik.

"Orang panggil aku tomboy. Tetapi aku sendiri tak tahu apa benda itu sebenarnya. Kau nampak aku macam itu ke?" soal Jihyo dan memandang Baekhyun.

Mata mereka bertemu. Tidak. Jihyo bukan tomboy. Dia bukan sejenis yang begitu. Dia cantik, rambutnya lembut dan panjang, hidungnya mancung dan bibirnya kemerahan natural bukan kerana dicalit apa-apa.

"Tak. Kau tak nampak macam itu" jawab Baekhyun.

"Kenapa orang panggil aku macam itu? Setahu aku tomboy itu perempuan yang berperangai lelaki. Tetapi aku tak macam itu. Ya, aku memang kasar tetapi aku tidak berpakaian seperti lelaki. Rambut aku masih panjang. Aku tak suka berambut pendek. Pakaian aku juga tidak serupa lelaki cuma aku tidak rasa selesa untuk memakai skirt, dress, heel. Itu sahaja. Tapi kenapa mereka berikan gelaran itu untuk aku?" soal Jihyo selepas panjang lebar membebel.

Baekhyun diam manakala Jihyo mengeluh mengenang nasibnya. Sejujurnya dia tidak suka dengan gelaran itu. Terlalu tidak suka. Dia bukan gadis begitu. Sukanya masih pada jantina lain.

"Because they didn't want to know you better, Jihyo"

Jihyo memandang Baekhyun.

"Mereka taknak tahu tentang kau. Aku yang jelas nampak. Kau bukan seperti yang mereka fikirkan. Kau kasar pada orang lain tetapi bukan pada mummy kau. Kalau mereka nampak cara kau layan mummy kau, aku yakin mereka akan terkejut beruk macam aku" sambung Baekhyun dengan matanya yang bulat dan itu membuatkan Jihyo ketawa kecil.

"Serius. Aku terkejut tengok betapa lembutnya kau dengan mummy kau, Jihyo"

Jihyo tersenyum sahaja. Mengiyakan kata kata lelaki itu. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia begitu. Mungkin kerana wanita itu ibunya. Takkan dia nak layan kasar-kasar.

"Kau tak payahlah dengar apa yang yang lain tu cakap. One day, you will have a guy who will know you well and treat you like a princess" katanya.

Jihyo menganggukkan kepalanya sahaja. Baekhyun pula memandangnya tekun. Entah kenapa jantungnya berdegup laju melihat senyuman di wajah gadis itu.

"Hmm, aku turun dululah" dengan kelam kabut dia pergi meninggalkan Jihyo sendirian.

"Eh! Kejap" belum sempat Jihyo bersuara Baekhyun telah hilang dari pandangannya.

***

Jihyo menghidang makanan yang dibeli oleh Baekhyun tadi. Kemudian, dia melihat ke luar mencari Baekhyun.

"Mana pula dia ini"

Jihyo menbasuh tangannya dan menapak ke tangga. Bilik Baekhyun yang bertentangan dengan biliknya didekati. Tangan mengetuk pintu biliknya.

"Baekhyun! Kau taknak makan ke?" soal Jihyo.

Tiada sahutan.

Sekali lagi dia mengetuk pintu biliknya.

"Byun Baekhyun!"

Tiada sahutan juga. Tangannya turun pada tombol pintu dan cuba dipusingnya. Ops, tak berkunci. Pintu bilik itu pun dibuka. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik lelaki itu.

Ini bilik ke stor baju? Baju milik Baekhyun berterabur di atas lantai. Jihyo pun mengutip satu persatu baju kotor itu dan dimasukkan ke dalam bakul yang ada di hujung almari.

Ini apa?

Tangannya mengambil satu kain kecil. Dibuka dan terbuntang matanya. Ini seluar kecil Baekhyun. Terus dicampak seluar kecil milik Baekhyun itu jauh darinya.

Klak!

"Kau buat apa dalam bilik  aku?"

Jihyo menusingkan tubuhnya memandang Baekhyun. Terbuntang matanya melihat Baekhyun.

"Ahhh!" matanya ditekup dengan tangan.

"Ahhh!" matanya ditekup dengan tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now