"Kau buat apa dekat di sini?" soal Jihyo terus.
"Aku cari kau" Baekhyun melabuh punggung di lantai sebelah Jihyo.
Jihyo pun mengalihkan pandangannya daripada Baekhyun.
"Kau apasal? Hari ini kau nampak lain je. Ada masalah ke?" soal Baekhyun.
"Haah. Aku pening fikirkan tentang masalah kita" jawab Jihyo.
"Masalah kita? Apa benda?" soal Baekhyun.
Jihyo memandang Baekhyun. Muka lelaki itu benar-benar menunjukkan yang dia tak tahu. Jihyo bangun dari baringnya dan berdiri menuju ke balkoni rooftop itu.
"Pasal kitalah. Aku cuba bagitahu mummy aku yang kita taknak dengan aturan ini. Tapi susah. Mummy nampak betul-betul kecewa" jawab Jihyo.
Baekhyun mengeluh dan berdiri, memandang Jihyo dari belakang. Angin bertiup menolak rambut panjang gadis itu. Dan ia kelihatan sangat cantik.
Jujur gadis ini sangatlah cantik. Dia tidak memakai sebarang makeup di sekolah. Kulitnya putih bersih dan terlalu natural. Dia terlalu cantik untuk jadi tomboy. Nampaknya aku kena ubah dia. Bisik hati Baekhyun.
"Kau cakap dengan orang tua kau macam mana? Dia okay ke kalau kita tolak aturan ini?" soal Jihyo.
Baekhyun hanya mengeluh berat. Tangan di masukkan ke dalam poket seluar. Dia menghiraukan soalan Jihyo.
"Baekhyun?" badan Jihyo berpusing 180 darjah memandang Baekhyun di belakang.
"Kau dengar aku cakap tak?" soal Jihyo sekali lagi.
"Dengar" jawab Baekhyun.
"Then, macam mana?" soal Jihyo.
"Aku dah cakap haritu. Aku terima untuk berkahwin dengan kau" lancar Baekhyun berkata.
Jihyo diam. Dia pikir lelaki itu bermain ketika itu. Kaki Baekhyun melangkah mendekati gadis itu. Apabila sudah berdiri betul-betul di hadapan gadis itu tangan di letakkan dia kiri dan kanan Jihyo. Tersentak Jihyo dengan kelakuannya.
"K-kau kenapa? Nak kena tumbuk dengan aku ke?" marah Jihyo apabila Baekhyun merapatkan dirinya dengannya.
"Aku nak kahwin dengan kau sebab orang tua kita. Aku rasa dah penat. Mereka akan tetap desak mereka macam-macam selagi kita tak ikut cakap mereka. Jadi aku rasa kali ini kita ikut jelah"
"Aku pun penat juga. Tetapi tak ada jalan lain ke? Aku taknak kahwin dengan kau" balas Jihyo.
"Aku pun taknak kahwin dengan perempuan tak serupa perempuan macam kau" balas Baekhyun dan tak semena-mena perutnya ditumbuk kuat oleh Jihyo.
"Auuuuu!" Baekhyun memegang perutnya. Senak weh!!
"Kau jangan nak macam-macam eh" balas Jihyo.
"Kau ini ganas sangat kenapa?" Muka lelaki itu kemerahan menahan sakit.
"Okay kita kahwin. Tapi ada syaratnya"
Baekhyun membetulkan badannya dan tegakkan badannya memandang Jihyo.
"Aku taknak sesiapa pun tahu tentang perkahwinan kita termasuklah kawan-kawan kita" sambung Jihyo.
"No problem. Lagi?" soal Baekhyun.
"Aku tak suka kau buat macam tadi. Jangan dekat dengan aku. Peluk, cium, pegang tangan. Semua itu tak boleh. Kau tak boleh melintasi garisan itu" sambung Jihyo.
Bibir Baekhyun ternaik. Wajah nakalnya timbul dimukanya.
"Kau tak suka ke kau malu?" soal Baekhyun.
"And last one, aku nak bilik asing. Aku taknak sekatil, sebilik, sebantal dengan kau" sampuk Jihyo.
"Ops! Ini tak boleh. Kau isteri aku, mana boleh kita tidur asing. Nanti apa mama aku cakap" balas Baekhyun.
"Kita carilah rumah sendiri. Takkanlah nak duduk serumah dengan mereka" jawab Jihyo.
Baekhyun menganggukkan kepalanya sahaja. Tangan Jihyo dihulur.
"Deal?"
Baekhyun memandang huluran Jihyo dan dengan senyuman dia menyambut tangan Jihyo.
"Deal"
***
Mata Jihyo bosan melihat katalog baju pengantin ini. Selepas sahaja dia beritahu yang dia setuju untuk berkahwin, Puan Song beria-ria meminta dia mencari gaun pengantin. Dan sekarang dia pula yang terpaksa memilih dah lah tak tahu apa-apa.
Tetapi, dia senyum juga melihat semua gaun itu. Cantik dimatanya. Cuma kalau dia pakai agak-agaknya sesuai kah? Cantik ke di mata semua orang?
Kemudian ada seseorang melabuhkan punggung di sebelahnya. Jihyo hanya menghiraukannya.
"Lambat lagi ke? Kau pilih jelah yang mana, itu pun susah ke?"
Jihyo menjeling ke arah Baekhyun dengan pandangan tajam sehingga Baekhyun menelan air liurnya takut.
"Kau diam je boleh? Sibuk!" dia kembali menyelak katalog itu, kasar.
"Jihyo" suara lembut Puan Song menerpa telinga.
"Ya, mummy" Jihyo mengangkat kepala memandang Puan Song.
Baekhyun tercengang sekejap dengan Jihyo. Wow, dia tidaklah sekasar yang aku sangka. Bila dengan munmy dia, dia jadi .... lain.
"Mummy dah pilihkan dress untuk Jihyo. Tengok ini" gaun di tangannya ditunjukkan kepada Jihyo.
Jihyo memandangnya dan tersenyum manis. Lagi terkedu Baekhyun dibuatnya.
"Cantik" puji Jihyo.
"Pergilah try" Puan Song meletakkan gaun itu di atas paha Jihyo.
Jihyo mengangguk dan bangun meninggalkan mereka. Diikuti oleh dua orang perempuan kerana Jihyo sendiri tak tahu nak pakai macam mana gaun putih itu. Puan Song duduk di sebelah Baekhyun.
"Kamu betul-betul setuju nak kahwin dengan anak aunty?" soal Puan Song tiba-tiba.
Baekhyun senyum dan menegakkan badannya.
"Saya setuju. Lagipun ini sahajalah masanya untuk membalas jasa mama saya. Ini harapan dia jadi saya ikutkan sahaja niatnya"
"Baguslah. Aunty minta sangat kamu jaga anak ahjumma elok-elok. Dia dah tiada sesiapa selain abang dan aunty. Kalau aunty pergi sekurang-kurangnya dia dah ada suami yang jaga dia" ujar Puan Song.
Baekhyun hanya diam. Kata-kata wanita ini penuh tersirat. Kemudian, seorang perempuan meletakkan sedulang berisi empat cawan air.
"Jemput minum"
Mereka berdua mengangguk. Puan Song mencapai secawan air itu begitu juga dengan Baekhyun.
"Shin Hye, tengok anak perempuan awak" suara Puan Byun menarik perhatian mereka.
Jihyo dengan wajah muram mendekati mereka. Bibir Puan Song mengoyak senyuman. Baekhyun yang tadi sedang minum air terus terpancur kembali air itu dari mulut dia.
Ini kali kedua dia terkejut dengan kecantikkan semulajadi gadis bernama Song Jihyo.
YOU ARE READING
[Latest Version] My Tomboy Wife
RomanceKorean Love Story "I don't know but I think I fall in love with you, tomboy" New Version of My Tomboy Wife New Storyline New Character New Cast Cast: Byun Baekhyun Song Jihyo Update: 24/02/22 Last: 11/3/22