Part 6✅

1.6K 105 4
                                    

Akhirnya, hari yang ditunggu sudahpun tiba. Jihyo rasa jantungnya bagaikan nak pecah. Melihatkan dirinya di hadapan cermin membuatkan hatinya lagi berdetak laju. Betulkah ini dia? Kenapa dia kelihatan lain?

"Jihyo"

Kepala Jihyo teralih memandang seorang wanita dengan senyuman berjalan mendekatinya.

"Iya, mummy" Jihyo membalas senyuman Puan Song.

Puan Song tersenyum makin lebar apabila melihat wajah cantik anak gadisnya. Dia memegang rambut anaknya yang sudah di cantikkan kemas.

"Cantiknya anak mummy. Tak sangka anak mummy cantik begini"

Jihyo mengoyak senyuman lagi di bibirnya.

"Tak sangka anak mummy dah nak kahwin. Kahwin muda pula itu" balasnya lagi.

"Apa mummy ini" Jihyo ketawa kecil.

Puan Song juga ketawa kecil dan duduk di hadapannya. Tangan sejuk Jihyo dicapai dan digenggam erat olehnya. Mata wanita itu sudahpun kemerahan. Dia mahu menangis.

"Tak semua lelaki macam daddy, Jihyo. Tak semua"

Jihyo menundukkan wajahnya. Dia juga terasa ingin menangis.

"Ingat. Jangan lupa tanggung jawab sebagai seorang isteri. Jaga makan minum dia. Baekhyun lelaki yang baik. Jangan samakan dia dengan daddy" sambung Puan Song.

"Ya. Jihyo tahu" balasnya.

Sejujurnya dahulu, hidup mereka aman damai bersama. Tetapi kehadiran seorang wanita dalam hidup mereka membuatkan daddynya lupa akibat terlalu gilakan wanita itu. Sehingga daddy selalu belasah mummy, selalu mengabaikan mummy. Daddy sakiti mummy. Disebabkan itu Jihyo gagahkan dirinya tak mahu dipandang lemah oleh golongan yang digelar lelaki.

"Selamat pengantin baru, Jihyo"

Akhirnya air mata Jihyo gugur juga. Terus dia ditarik ke dalam pelukan hangat mummynya. Jujur dia takut. Dia tak mahu dia terima nasib malang sama seperti mummy. Tetapi tak semestinya semua lelaki sama. Pasti dalam kalangan 10 orang ada seorang yang baik sempurna.

***

Dia diiringi oleh abangnya, Song Joong Ki. Setelah hampir tiba di hadapan Baekhyun, tangan diganti. Tangannya dipegang oleh Baekhyun. Baekhyun tersenyum elok ke arahnya dan Jihyo membalas. Mereka berdiri antara satu sama lain.

"Baiklah. Semua dah ada marilah kita mulakan sahaja"

Apa yang di katakan oleh paderi dari mula sampailah akhir dipekakkan sahaja. Jihyo hanya kaku berdiri di hadapan semua khalayak ramai dan hadapan Baekhyun. Betulkah pilihan yang dia buat? Bahagiakah dia dengan pilihan ini?

Matanya mencari seseorang dan dia terpandang Puan Song. Wajah ceria Puan Song mengiyakan semua pertanyaannya tadi.

Ya. Dia pasti bahagia asalkan mummy juga bahagia. Dia yakin dia akan bahagia walaupun perkahwinan ini hanya aturan dan kepura-puraan antara dia dan Baekhyun.

"Maka tibalah saatnya untuk merasmikan perkahwinan saudara. Sekarang berikanlah tangan kepada seorang yang lain. Saya persilakan saudara masing-masing menjawab pertanyaan saya"

Akhirnya Jihyo kembali menumpukan perhatian bila tiba masanya. Mata diangkat dan matanya bertembung dengan mata hitam milik lelaki itu.

"Mahukah saudari menikah dengan Song Ji Hyo yang hadir di sini dan mencintainya dengan setia seumur hidup, baik dalam suka mahupun dalam duka?"

"Ya, Saya mahu" jawab Baekhyun, pantas.

Kini giliran Jihyo pula.

"Mahukah saudari menikah dengan Byun Baekhyun yang hadir di sini dan mencintainya dengan setia seumur hidup, baik dalam suka mahupun dalam duka?"

[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now