Part 13✅

1.3K 90 3
                                    

Jihyo sibuk memilih makanan. Apabila dia jumpa makanan kegemarannya terus dia sumbat ke dalam troli. Troli makanan itu penuh dengan makanan sahaja. Baekhyun yang menjadi penolak troli tidak berbayar itu hanya mengekor sahaja. Tangan menampung dagunya memandang isterinya yang sibuk berbelanja.

"Eh! Berapa lama lagi kita dekat sini?" soal Baekhyun.

"Sabarlah. Bukankah ke kau kata nak melawat mummy. Jadi aku tengah pilih buah tangan untuk mummy"

"Buah tangan. Ini bukan buah tangan untuk mummy, ini buah tangan untuk kau semua" balas Baekhyun.

Jihyo bercekak pinggang dan memandang Baekhyun. Baekhyun menelam air liurnya ketakutan.

"Kau jangan nak sibuk boleh. Dah alang-alang kita dekat luar apa salahnya kita beli barang makan dekat rumah sekali. Nanti kau juga membebel kalau tak ada makanan kan" balas Jihyo.

Baekhyun hanya diam kerana apa yang dikatakan gadis itu benar sama sekali. Malas nak berperang mulut dengan dia. Pasti dia akan kalah.

"Kau suka yang mana satu?" soal Jihyo.

Baekhyun memandang rak yang dipenuhi dengan bermacam-macam jenis ramyeon.

"Ambil jelah yang mana kau nak. Aku makan apa pun" jawab Baekhyun.

"Okay!" maka Jihyo pun mencapai beberapa paket ramyeon dari lain lain jenis.

Baekhyun hanya mampu menggelengkan kepala.

"Pelik. Kasar tapi sama je macam perempuan lain. Suka bershooping juga"

Jihyo terus memusingkan badan memandang Baekhyun. Baekhyun menayangkan riak selamba. Dia ingat Jihyo tak dengar agaknya apa yang dia cakap tadi.

"Apa?"

Jihyo menjelingnya dan berjalan meninggalkan Baekhyun.

"Eh! Tunggu" Baekhyun pun mengejarnya sambil menolak troli.

Kemudian, Jihyo berhenti apabila ternampak satu benda yang dia kenal. Dia berjalan mendekatinya dan benda panjang itu diambilnya. Sama. Sebiji macam yang Taera pegang haritu.

"Kau cari apa?" soal Baekhyun.

Jihyo menunjukkan kepada Baekhyun.

"Apa?" soal Baekhyun balik.

"Kau tahu apa benda ini?" soal Jihyo.

"Tahu. Liptint kan?" jawab Baekhyun.

"Liptint. Apa tu?" soal Jihyo lagi.

Terbuntang mata Baekhyun mendengar soalan baginya bodoh daripada seorang perempuan. Oh, Jihyo bukan gadis seperti itu.

"Ini setahu aku perempuan gunakan untuk lembapkan bibir mereka sekali merahkan bibir" terang Baekhyun.

"Kalau aku pakai, pelik tak?" soal Jihyo.

"Tak. Apa yang pelik. Kau perempuan Jihyo. Pasti cantik kalau kau pakai" jawab Baekhyun.

Tersenyum Jihyo mendengar jawapan Baekhyun yang manis itu.

"Aku nak belilah" dia terus meletakkan liptint itu ke dalam troli.

"Eh! Kau jangan ambil yang itu. Itu merah sangat" tegur Baekhyun.

Jihyo pun mengeluarkan semula liptint itu dari troli dan berdiri sebelah Baekhyun. Baekhyun mencapai satu lagi liptint lain.

"Cuba try ini. Ini warna nude. Takpon rose. Merah itu macam terang sangat"

Jihyo hanya mengangguk. Baekhyun membuka penutup liptint itu.

[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now