Part 19✅

1.1K 92 2
                                    

Jihyo sibuk melihat segala rakaman dan hasil gambar yang dia tangkap untuk hari ini. Walaupun mereka hanya pergi beberapa tempat tetapi hampir penuh memori telefonnya. Tersenyum wajahnya apabila dia merakam gelagat Baekhyun ketika memetik strawberry. Kelakar.

"I don't know but I think I fall in love with you, tomboy"

Jihyo terus termenung. Mengingatkan luahan daripada Baekhyun. Benarkah apa yang dia cakap? Atau dia sekadar bermain-main? Betul ke dia ada hati dengan aku?

Dup dap dup dap

Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Jihyo memegang dadanya. Apa maksud semua ini? Adakah aku juga sudah kemaruk cinta dengannya? Tidak. Tak mungkin semudah itu. Bisik hati Jihyo.

Pipinya ditampar perlahan. Tak mungkin. Dia bangun dan terbaring di atas katil. Kepalanya melangut memandang siling.

"Aku serius Jihyo. Izinkan aku untuk cintai kau. Izinkan aku untuk sayangi kau. Bagi aku peluang untuk ada dalam hati kau"

Bibirnya mengoyak senyuman. Entah kenapa pipinya terasa hangat padahal cuaca sangat sejuk ketika ini.

"My pleasure. Aku sanggup buat apa sahaja untuk isteri aku. Asalkan dia bahagia, aku pun bahagia"

Jihyo terus menekup wajahnya dengan bantal. Malu sangat bila teringat apa yang dikatakan Baekhyun. Badannya meniarap dan kepala ditekup pada bantal. Kaki tertendang tendang angin. Kepala dipusing mencari udara manakala senyuman masih tidak pudar dari bibirnya.

"Aku mula sukakan kau. Aku jatuh cinta dengan kau"

Jihyo tersengih seorang diri bila memikirkannya. Jantung masih kekal rentak. Dia menekup wajahnya malu. Ini rupanya rasa kalau jatuh cinta. Berkibar-kibar rasanya. Terasa berada di kayangan.

"So, kau kena tidur. Esok dia nak ajak kau keluar kan. Tidur" gebar tebal itu ditarik sehingga ke parasa dadanya.

Mata dipejam. Akhirnya dia pun lena akibat terlalu penat.

***

Tok! Tok!

Pintu bilik dibuka. Baekhyun terus memusingkan badan apabila pintu bilik Jihyo sudah terbuka. Mereka terkejut dan memandang baju masing-masing. Kemudian mereka tersenyum.

"What? Kau panggil baju sama warna dengan aku? Kau nak tiru aku ke?" gurau Baekhyun.

"Mana adalah. Perasan" Jihyo menutup pintu biliknya dan mendekati Baekhyun.

"Ready?"

Jihyo mengangguk ceria.

"Let's go" mereka pun mula berjalan meninggalkan hotel.

"Kita nak pergi mana?" soal Jihyo.

"Luna Park" jawab Baekhyun.

Tersenyum riang terus Jihyo. Tangan Baekhyun ditarik, tak percaya.

"Biar betul? Awak nak bawa saya pergi taman tema?" soal Jihyo.

"Ya" Baekhyun mengangguk.

Kemudian, dia terperasan sesuatu. Dia kembali memandang Jihyo.

"Kau panggil aku apa tadi?" soalnya, tidak percaya.

"Jomlah" Jihyo terasa malu dan terus berjalan terlebih dahulu.

Baekhyun masih tercegat. Dia seakan tidak percaya Jihyo mula bersaya awak dengannya. Bila dengar dia terasa sangat lain. Wanita itu bercakap dengan sangat lembut. Ketar lututnya mendengar.

"Baekhyun! Cepatlah"

Baekhyun tersedar dan melihat Jihyo tiada di hadapannya.

"Aku... Eh! Saya datang"

[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now