Part 7✅

1.5K 116 4
                                    

Baekhyun memandang  Jihyo geram. Tangannya memegang sebungkus ais dan diletakkan di pipinya. Jihyo menjelingnya geram dan menulis sesuatu dikertas.

"Sikit pun tak boleh?" soal Baekhyun lagi dan lagi.

"Kau janji dengan aku apa haritu? Kita kan dah deal haritu" jawab Jihyo.

Baekhyun mencebik dan memandang arah lain. Susahlah kalau tak mendapat macam ini. Haih, malang sungguh nasibnya.

"Nah! Baca dan sign" kertas yang ditulis panjang lebar itu dihulurkan kepada Baekhyun.

Baekhyun mencapai dan membacanya dengan tekun. Haish, sebijik dengan apa yang dia kata haritu. Baekhyun menolak kembali kepadanya.

"Apa? Aku suruh kau sign kan!"

"Aku taknak. Tak hingin aku buat kerja bodoh ini. Eh! Kau itu isteri aku kenapa pula aku tak boleh sentuh kau?" balas Baekhyun.

"Memang lah. Tapi ini semua yang kita dah janji kan. Kau jangan nak mungkir pulak" jawab Jihyo.

"Aish, iyalah" dia menarik semula kertas itu dan terus menconteng kononnya tanda tangannya di kertas itu.

"Puas?"

Jihyo tersenyum puas dan mengambil kertas kononnya surat perjanjian mereka itu.

"Kalau aku langgar apa kau buat?" soal Baekhyun sengaja.

"Aku tumbuk kau" balas Jihyo dan Baekhyun hanya ketawakan dia.

"Lagi? Selain tumbuk aku?" soal Baekhyun.

"Aku belasah kau, Baekhyun" gertak Jihyo.

Baekhyun makin galak ketawakan Jihyo. Mungkin dia tak takut agaknya.

"Yah, kau tahu aku lelaki kan?"

Jihyo mengangguk.

"Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa apa-apa kalau kau sebilik dengan aku. Tipulah kalau aku cakap aku tak rasa nakkan kau selepas kita jadi suami isteri" ujar Baekhyun.

Jihyo terdiam. Mereka bermain mata seolah-olah berkomunikasi melalui mata sahaja.

"Dahlah. Aku nak tidur. Aku penat sangat melayan telatah tetamu tadi. Sakit dah badan-badan aku ini" Baekhyun pun bangun dari kerusinya dan kaki melangkah ke katil.

Dia mengeliat terlebih dahulu sebelum melompat di atas katil itu.

"Eh! Aku?"

"Kau kata taknak tidur sekatil dengan aku kan. Kau tidur lah bawah" balas Baekhyun, dengan sengihan.

Jihyo mencebik. Dia menarik balik surat itu dan memotong ayat yang mengatakan tentang tidur sekatil itu. Baekhyun membuka sebelah mata dan tersenyum puas. Jihyo menunjukkan kepada Baekhyun.

"Dah! Aku dah buang syarat itu. Jadi tinggalkan ruang di sebelah untuk aku" kata Jihyo.

Baekhyun pun mengesot sedikit ke tepi dan menepuk katil disebelahnya menyuruh Jihyo berbaring di situ. Jihyo hanya menjeling dan melipat kertas penting itu. Kertas yang dilipat itu dimasukkan ke dalam beg milik Jihyo. Kaki berjalan mendekati katil milik lelaki itu. Lampu tidur terlebih dahulu ditutup. Badan perlahan-lahan dibaringkan di atas katil dan terus mengiring ke arah kiri tak mahu memandang lelaki itu.

"Kau nak tidur hala aku atau aku yang paksa kau tidur hala aku"

Jihyo dengar malas-malas memusingkan badannya menghadap Baekhyun. Entah kenapa, badannya akur sahaja dengan kata-kata Baekhyun tadi. Baekhyun tersenyum puas. Badannya didekatkan dengan Jihyo.

"Eh! Apa ini? Jauh"

Baekhyun menghiraukan dan memejamkan matanya. Jihyo pula cuba menjarakkan dirinya tetapi Baekhyun terus meletakkan tangannya di atas pinggang gadis itu.

"Baekhyun! Kita dah janji kan"

"Shh"

Baekhyun hanya memejamkan matanya. Jihyo pada mulanya rasa nak marah tetapi dilupakannya dan dia juga memejamkan mata. Lama kelamaan, mereka berdua diulit mimpi lena akibat kepenatan.

***

Jihyo keluar dari bilik tidur dan menuju ke bawah. Kepala terjengul ke luar dan melihat Puan Byun dan sedang menyiapkan sarapan di atas meja. Perlahan-lahan Jihyo mendekatiny di dapur.

"Selamat pagi, mama" tegur Jihyo.

Puan Byun terus memusingkan badannya dan mendekati Jihyo dengan senyuman.

"Jihyo, awalnya kamu bangun. Kenapa? Tidur tak lena ke semalam?" soal Puan Byun penuh prihatin.

"Eh! Takdelah. Lena. Cuma Jihyo nak turun bawah tengok mama. Mesti mama tengah siapkan sarapan untuk kita kan? Boleh Jihyo tolong" jawabnya.

Makin lebar senyuman Puan Byun.

"Takpelah. Jihyo duduk teman mama je dekat sini" tangan Jihyo ditarik dan dibawa ke meja makan.

Puan Byun menarik kerusi untuk Jihyo menyuruh Jihyo duduk di situ.

"Biarlah Jihyo tolong mama"

"Eh! Takpe. Mama dah biasa buat seorang diri. Lagipun kamu mesti penat kan. Mama faham. Biasalah pengantin baru mesti penat" sambung Puan Byun dengan senyuman tetapi Jihyo boleh tak faham apa yang dia maksudkan.

"Baekhyun tak bangun lagi ke?" soal Puan Byun dan kaki melangkah menyiapkan makanan.

"Tadi masa Jihyo turun, dia dah bangun mandi. Sekejap lagi dia turunlah kot" jawab Jihyo.

"Takpelah. Sementara tunggu suami kita turun, kita borak-borak dulu"

Jihyo mengangguk dan berjalan mendekati Puan Byun. Ringan tangannya mencapai pisau dan menolong Puan Byun memasak walaupun ditegahnya.

Berbeza sikap Puan Byun dengan mummy. Mummy wanita yang sangat lembut manakala mama wanita yang kuat. Tetapi mama buatkan hati Jihyo selesa dengannya kerana dia banyak benda mahu bercerita.

***

"Ada apa papa nak jumpa Baekhyun?"

Seusai sahaja mandi, dia ingin turun ke bawah tetapi papanya, Tuan Byun memanggilnya terlebih dahulu.

Tuan Byun duduk di hadapan Baekhyun dan satu gugus kunci dihulurkan kepada anaknya.

"Kunci apa ini?"

"Itu kunci rumah untuk kau dan isteri kau. Papa tahu kau perlukan ruang dengan dia. Lagipun kamu berdua masih sekolah. Pasti tiada sesiapa yang tahu hubungan kamu berdua kan?"

Baekhyun mengangguk.

"Jadi, ambillah rumah itu sebagai hadiah dari papa untuk kau. Duduk disana dan mulakan hidup dengan baik. Kalau ada apa-apa telefon sahaja papa. Papa akan tolong kalau kau perlukan"

Baekhyun tersenyum nipis dan mengangguk.

"Terima kasih, papa"

"Terima kasih, papa"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now