Part 20✅

1.1K 70 2
                                    

Jihyo tiba-tib terjaga dari tidurnya. Dia melihat Baekhyun masing dalam mimpinya. Dia mengangkat perlahan-lahan tangan Baekhyun yang berada di pinggangnya. Dia bangun dari baringnya dan mencapai telefonnya.

22.00 malam.

Jihyo meraup wajahnya. Dah malam rupanya tetapi dia masih berada di sini. Jihyo melihat Baekhyun yang masih lena di katilnya. Dia tersenyum. Dia bangun dari duduknya dan mencapai baju sejuknya, beanie dan beg sandangnya.

Kemudian, dia mendekati Baekhyun. Gebar ditarik sehingga menutup tubuh Baekhyun. Lampu tidur dibuka. Dia berjalan menuju ke pintu dan suis lampu ditutup. Dia menutup pintu bilik itu perlahan-lahan dan menuju ke biliknya.

Dia terus mencapai tuala untuk membersihkan dirinya. Terasa badannya terlalu melekit. Lalu dia pun masuk ke bilik air untuk membersihkan badannya.

Selepas 20 minit berperang di dalam bilik air, jubah mandi tersarung ditubuhnya. Rambutnya yang basah dibilas menggunakan tuala. Baru sahaja dia mahu membuka jubah mandinya, pintu biliknya diketuk.

"Mesti Baekhyun. Dia terjaga dari tidur ke?"

Jihyo tetap meluru ke pintu biliknya dan pintu dibuka. Baekhyun.

"Apa awak nak?" soal Jihyo.

Terbuntang mata Baekhyun memandang Jihyo. Dengan rambutnya yang masih basah bersama jubah mandi yang sudah terbuka sedikit di bahagian dadanya. Jihyo tersedar lalu terus menarik jubah mandi itu menutup bahagian dadanya yang hampir terdedah. Riak wajah cuba dikekalkan.

"Saya terjaga dari tidur tengok awak takde kat sebelah. Saya ingatkan awak pergi mana tadi" ujarnya.

"Oh. Saya masuk bilik sayalah. Kenapa? Awak tak okay lagi ke?" soal Jihyo.

"Tak. Saya dah okay" jawabnya.

"Okay" itu sahaja jawapan Jihyo.

"Emm, okay" balas Baekhyun juga.

Lama mereka mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa. Terasa sangatlah canggung ketika ini.

"Hmm, takpelah. Saya masuk dulu" ucap Jihyo mengelak rasa kekok antara mereka.

"Oh! Yelah. Pergilah" 

Jihyo mengangguk dan perlahan lahan ingin menutup pintu. Tetapi pintunya tiba-tiba ditahan oleh Baekhyun.

"Boleh saya masuk?"

***

Jihyo masih dengan jubah mandinya di tubuh. Rasa segan nak menukar pakaian sekarang. Baekhyun pula hanya berdiri tegak di depan katilnya.

"E-hem"

Jihyo terus mengangkat wajah memandangnya.

"Saya ganggu masa awak ke?" soal Baekhyun.

"Takdalah. Saya pun baru nak masuk tidur" jawab Jihyo.

Jihyo duduk di atas katilnya dengan rasa 90% ketidakselesaan. Macam mana nak rasa selesa dengan jubah mandi di tubuh. Dalam bilik pula. Berdua-duaan dengan dia.

"Boleh saya duduk?" soal Baekhyun.

"Ha. Duduklah" jawab Jihyo.

Baekhyun pun duduk di atas katil tetapi kedudukan mereka agak jauh. Kekok. Suasana sunyi untuk seketika. Berpeluh-peluh dahi Jihyo padahal dia baru sahaja mandi.

"Saya suka awak yang sekarang"

Jihyo terus memalingkan kepala memandangnya. Kening diangkat.

"Takdelah. Kita bersaya awak macam ini. Mula rasa kekok tetapi saya rasa seronok sebab dengar macam kita ini cute sangat" balas Baekhyun.

Jihyo tersenyum. Mengangguk.

"Awak pun rasa macam itu. Saya ingat saya seorang je. Tak biasa nak bersaya awak dengan awak. Tetapi sampai bila pula kita nak berkasar kan?"

Baekhyun pula mengangguk kali ini.

"Awak terjaga tadi sebab saya ke? Saya minta maaflah. Saya rasa tadi saya dah keluar bilik tak keluar satu bunyi pun" ujar Jihyo.

"Haah. Saya tak boleh tidur tak ada awak dekat sebelah"

Jihyo terasa malu. Dia terus memalingkan wajahnya. Terasa panas di pipinya.

"Jihyo"

"Hmm" sahutnya.

"Saya rasa sangat bertuah sebab dapat isteri macam awak. Memang awak kasar tapi awak baik sangat. Betullah mummy cakap, hanya orang tertentu sahaja yang boleh nampak sikap sebenar awak"

Jihyo menundukkan wajahnya. Memandang jari jemarinya. Mummy ada cakap dengan Baekhyun? Pasal aku?

Jari jemarinya tiba-tiba disentuh oleh satu jari jemari lain. Entah bila Baekhyun merangkak mendekatinya, dia sendiri tak sedar.

"Jihyo"

Jihyo melangut dan memandang Baekhyun. Matanya penuh dengan satu rasa. Rasa cinta.

"Saya tak tipu dengan apa yang saya maksudkan. Saya tak main-main. Saya betul-betul jatuh cinta dengan awak. Berikan saya satu peluang untuk bahagiakan awak sebagai seorang suami. Saya nak berikan sepenuh perhatian kepada awak. Saya janji yang saya akan sentiasa ada dengan awak. Pegang kata-kata saya" tangan Jihyo di genggam erat olehnya.

"Baekhyun, saya jujur dengan awak. Saya pun ada perasaan sama macam awak"

Baekhyun tersenyum.

"Saya berikan sepenuh kepercayaan pada awak" sambung Jihyo.

Mereka berbalas senyuman. Baekhyun mengucup lembut tangan Jihyo. Mata mereka bersabung. Lama. Jantung makin pantas berdegup.

Tangan Baekhyun naik dan memegang wajah Jihyo. Matanya menurun memandang bibir merah Jihyo.

"Macam yang saya cakap sebelum ini. I'm addicted to your red lip" ucapnya.

Jari jemarinya turun pada sekitar leher Jihyo. Jihyo hanya diam membisu membiarkan Baekhyun. Mata Baekhyun naik dan bertembung dengan mata Jihyo.

"Saya izinkan, Baekhyun. Jangan risau. Saya sepenuhnya milik awak"

Baekhyun mendekatkan wajah dengan wajah Jihyo. Perlahan-lahan mata Jihyo dipejam. Nafas mereka bersatu. Tangan Baekhyun memegang belakang leher Jihyo. Ciuman Baekhyun makin mendalam. Jihyo terus memeluk lehernya erat.

Baekhyun dengan pantas membuka bajunya. Perlahan-lahan tubuh mereka naik ke atas katil. Tubuh Baekhyun menindih tubuh kecil Jihyo. Ciuman Baekhyun perlahan-lahan menuju ke leher jinjang Jihyo. Ciuman bertalu-talu diberikan di situ. Dia naik ke atas dan mata mereka kembali bertemu.

"I love you so much, Jihyo"

Jihyo tersenyum membalas luahan Baekhyun. Tangan Baekhyun turun pada tali jubah mandi Jihyo. Tali itu ditarik. Maka simpulan itu terlepas.

"You don't make any sound earlier. So, please shout my name start from now, Song Jihyo. You're totally mine!"

Pada malam itu, segalanya berubah. Malam yang dingin menghangatkan suasana mereka. Malam bermakna bagi mereka sebagai suami isteri.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[Latest Version] My Tomboy Wife Where stories live. Discover now