RE31

5.9K 149 0
                                    

'Hai Azee!' seorang perempuan menegur Azeerah semasa dia sibuk membeli barang dapur bersama Faziy. 'Oh my god! Cici, is that you?' tanya Azeerah. Mereka berpeluk-pelukan. 'Wah, makin berseri-seri kau ni aku tengok' kata Azeerah. Cici tersenyum malu. 'Terima kasih. Alaa maklumlah, lagi 2 minggu aku kan nak kahwin dah' jawab Cici. Cici terlihat akan Faziy. Dia tersenyum sinis. 'Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya' kata Cici. 'Jumpa apa?' tanya Azeerah pelik. 'Tu' Cici memuncungkan mulutnya ke arah Faziy. 'Apa kau ni?' tanya Azeerah. 'Boyfriend kau kan? Alhamdulillah, cair juga hati kau. Eh maksud aku, runtuh juga ego dalam hati kau tu' jawab Cici sambil terbahak. Azeerah dan Faziy memandang antara satu sama lain. 'Siapa nama awak?' tanya Cici lembut. 'Ahmad Faziy' jawab Faziy sambil tersenyum. 'Ahmad Faziy. Hm.. sedap nama tu. Babe, aku ingat kau dengan Azim rupa-rupanya orang lain. Pandai kau simpan rahsia ye' kata Cici sambil mencuit lengan Azeerah. 'Okaylah. I have to go now. Jangan lupa tau datang wedding aku. Faziy, datang tau. Datang dengan Azee ni. Lepas tu, aku pula pergi wedding korang. Faziy, jangan tunggu lama-lama tau' kata Cici lagi sambil terbahak. Azeerah sempat memukul Cici sebelum dia berlalu pergi. Azeerah dan Faziy memandang antara satu sama lain. 'What? Dah, awak jangan nak mengada-ngada. Banyak lagi barang nak kena beli ni. Awak ikut je saya belakang. Jangan nak jalan tepi saya' kata Azeerah. 'Azee?' Faziy memanggil Azeerah. 'Apa lagi?' tanya Azeerah. 'Awak dah tak panggil saya macam selalu. Awak dah bersaya berawak. Kan manis macam tu' jawab Faziy. Azeerah terdiam. 'Alamak! Iyeke aku bersaya berawak dengan dia?' bisik Azeerah dalam hati. 'Err.. telur kat area sana kot. Jom kita ke sana' Azeerah terus berlalu pergi tanpa memberi sebarang maklum balas terhadap kata-kata Faziy sebentar tadi. Faziy menolak troli sambil tersenyum. 'Malulah tu..' katanya sambil melihat Azeerah yang jauh di hadapan.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now