RE13

6.7K 180 0
                                    

Faziy melihat wajah orang tuanya yang sedang nyenyak tidur sambil tersenyum. Dia berhenti di lampu merah.

'Kau boleh sabar tak?! Jalan sesak ni!' tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan sedang marah di sebelahnya. Lampu isyarat sudah bertukar hijau. Perempuan itu memandang ke arah Faziy. Dia menjelingnya lalu terus memecut laju ke hadapan.

'Mak ai minah ni. Mentang-mentang kereta sport. Harap-haraplah aku tak dapat isteri macam tu' kata Faziy dan meneruskan perjalanannya ke rumah Datuk Zaidi dan Datin Zuhaidah. Setelah puas mencari rumah mereka, akhirnya mereka sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Datuk Zaidi dan Datin Zuhaidah kelihatan sangat gembira menyambut kedatangan mereka bertiga.

'Assalamuaikum datuk, datin. Apa khabar?' tanya Haji Fauzi. Mereka bersalam-salaman.

'Waalaikumusalam. Sihat je ni. Awak dengan Mak Nab apa khabar?' tanya Datuk Zaidi pula.

'Alhamdulillah, kitaorang sihat juga' balas Haji Fauzi.

Faziy yang sedang mengangkat beberapa beg datang ke arah mereka lalu bersalam dengan Datuk Zaidi dan Datin Zuhaidah.

'Faziy ke ni?' tanya Datuk Zaidi terkejut.

'Ahmad Faziy?' tanya Datin Zuhaidah lagi.

'Ya. Inilah dia Ahmad Faziy. Dia baru je habis belajar kat Sabah tu' jawab Puan Zainab.

'Ya Allah, dah besar dah! Handsome pula tu' kata Datuk Zaidi. Mereka tergelak.

Faziy hanya tersenyum kecil. Aku handsome ke? Hahahahaha

'Eh apa borak kat luar ni, jom kita masuk' jemput Datin Zuhaidah.

___________________

Setelah selesai makan tenghari, mereka menuju ke ruang tamu.

'Dulu Faz ni kecil lagi. Tengok sekarang ni, dah besar kan bang' kata Puan Zuhaidah.

Faziy hanya tersipu-sipu. Segan pula, sejak dari tadi asyik dia je yang jadi topik bualan.

'Dah besar pun tapi belum kahwin lagi. Jangan kata kahwin, kekasih pun takda lagi' kata Haji Fauzi.

Mereka semua terbahak.

'Eh datin, anak datin mana? Tak nampak pun dari tadi. Anak datin tu, lelaki ke perempuan? Tak sabar pula saya nak tengok' kata Puan Zainab. Matanya melilau ke sekeliling rumah yang agam itu.

'Err.. anak saya perempuan. Dia keluar kejap. Nanti dia balik la tu. Dia pun tak lama lagi nak habis belajar. Anak saya tu pun belum kahwin juga' jawab Datin Zuhaidah sambil tergelak kecil.

Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah. Faziy melihat kereta itu. Dia seakan-akan mengenali kereta sport tersebut.

Azeerah keluar dari kereta sambil melihat kereta milik Faziy.

'Eh, takkan lah dia ni? Aduh, matilah aku. Dalam banyak-banyak perempuan kat dunia ni, kenapalah dia juga yang terpilih? Agak-agak, dia masih cam ke muka aku ni?' bisik Faziy dalam hati. Dia mula macam cacing kepanasan.

Azeerah telah tiba di dalam rumah. Datin Zuhaidah memanggilnya. Azeerah juga tergamam melihat Faziy namun dia mengawal riak wajahnya. Dia bersalam-salaman dengan Puan Zainab dan Haji Fauzi lalu mengambil tempat.

'Mak Nab, bang Fauzi, inilah anak perempuan kami. Satu-satunya anak kami, Azeerah Batrisya. Panggil Azee je' Datin Zuhaidah memperkenalkan Azeerah kepada mereka.

'Dah besar dah' kata Haji Fauzi. Tersenyum dia melihat azeerah. Tak sangka. Cepat masa berlalu.

'Iyala. Cantik pula tu' kata Puan Zainab pula. Azeerah hanya tersenyum kecil namun matanya tidak lari dari melihat Faziy.

Faziy membuat muka selamba. Dia hanya bermain telefonnya.

Azeerah mendengus perlahan. Ee mamat ni! Kerek nak mampus. Kau fikir kau handsome sangat ke?! Poyo je.

________________

Malam itu, Azeerah keluar lagi. Perangai Azeerah masih tidak berubah. Dia keluar secara senyap-senyap.

'Awak nak ke mana tu?' tiba-tiba Faziy menegurnya. Kebetulan ketika itu Faziy sedang berada di dapur untuk minum.

'Kau tak payah nak sibuklah' jawab Azeerah. Dia kelam-kabut memakai heelsnya.

'Tak manis perempuan keluar lewat malam. Dah jam 10 dah ni' kata Faziy. Cawan yang berisi air diletakkan di atas meja lalu dia melangkah ke arah Azeerah.

'Eh, kejap. Kau nak sound aku macam ni, kau tu siapa? Suami aku? Kau jangan kacau akulah. Kau urus je lah hal kau!' Azeerah naik angin dan terus berlalu pergi namun Faziy menahannya.

Namun, Faziy terpegang tangan Azeerah. Niatnya untuk hanya sekadar memegang pergelangan Azeerah.

"Hey! Apa ni?!" Azeerah merenungnya tajam.

'Okay, I'm sorry. Saya tak sengaja' kata Faziy lalu melepaskan tangan Azeerah.

Azeerah terus berlalu pergi meninggalkan Faziy. Faziy mengeluh. Dia duduk di dapur seorang diri. Dia memikirkan sesuatu.

'Biar betul mereka nak kahwinkan aku dengan singa betina tu?' katanya perlahan.

Faziy telah terdengar akan perbualan Datuk Zaidi, Datin Zuhaidah, Haji Fauzi dan Puan Zainab semasa selesai menunaikan solat isyak tadi.

'Tapi kenapa aku? Aku kenal dia pun tak apalagi cinta? Habislah kau, Faziy' katanya lagi. 'Tapi kenapa bila aku pandang mata dia tadi aku rasa lain macam. Hati aku berdebar-debar' tanya Faziy. Dia melihat tangannya yang terpegang tangan Azeerah sebentar tadi.

Faziy menggeleng laju. Eihhh! Ini kerja gila!

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now