RE100

5K 79 0
                                    

Hari yang dinanti-nantikan telahpun tiba. Pagi itu, Faziy bersiap-siap di rumah kawannya, Fahrin. Dia dibantu oleh kawan-kawannya dari Sabah. 'Macam aku endak percaya lagi bah kau mahu kahwin, Faz. Apapun, aku sebagai kawan baik kau akan doakan yang terbaik untuk kau dan Azee' betapa pekatnya loghat Sabah Fahrin, kawan rapat Faziy semasa masih belajar di Sabah. 'Thanks bro. Terima kasihlah sebab sanggup terbang dari Sabah tu ke sini' jawab Faziy sambil memakai jam tangannya. Fahrin hanya tersenyum. 'Huhh, berdebarnya aku' kata Faziy. Fahrin terbahak. 'Apa bah kau ni, Faz? Kau buat presentation depan ramai orang endak pula kau nervous. Ni, kau cuma perlu cakap beberapa ayat seja pun, nervousla pula' katanya. Faziy juga tergelak. 'Kau ni lah, Fahrin. Tak sah kalau tak buat lawak' kata Faziy. 'Macamlah kau endak kenal aku. Aku ni bukan apa, aku mahu kasi hilang nervousmu tu. Nanti kalau kau endak lancar mau lafaz nikah nanti, aku juga yang malu. Keluarga kau juga yang malu' kata Fahrin. 'Ah! Takkanlah aku nak tergagap pula nanti. Aku dah berlatih lafaz 3 malam tau. Kalau aku gagap nanti, ha, kau hempuklah kepala aku ni kat dinding' balas Faziy. Mereka berdua terbahak. 'Apala kau ni Faz. Kalau betul-betul kau gagap nanti haaa habislah kepala kau' kata Izzat pula. 'Dia tak akan buat sebab aku tahu dia sayang aku' kata Faziy. 'Eh, sudahlah kau!' kata Fahrin. Suasana bilik itu sangat riuh dengan gurau-senda, gelak-tawa mereka.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now