RE109

4.1K 51 1
                                    

Pagi itu, Azeerah pergi ke kedai seorang diri. Tanpa dia sedari, seseorang lelaki mengekori keretanya dari belakang. Azeerah singgah di sebuah gerai pisang goreng di tepi jalan. Dia memberhentikan keretanya lalu turun dari kereta. 'Assalamualaikum makcik, bagi saya pisang goreng harga 5 ringgit, ye' katanya. 'Waalaikumusalam. Baiklah, kejap ye. Tengah goreng ni, kejap lagi siaplah. Anak duduklah dulu kat sana' jawab seorang wanita yang memakai apron itu. 'Takpa makcik, saya boleh tunggu' kata Azeerah pula. Makcik itu hanya tersenyum. Tiba-tiba, sebuah van hitam datang dengan beberapa orang lelaki yang bertopeng dan berbaju hitam. 'Diam! Diam! Jangan bergerak!' kata salah seorang dari mereka. Azeerah segera ke belakang makcik itu. Makcik itu cuba melindungi Azeerah. 'Kau nak apa? Jangan apa-apakan kami!' kata makcik itu. 'Hei orang tua! Kau jangan nak bising! Sekarang aku nak kau bagi perempuan kat belakang kau tu, cepat!' kata lelaki itu lagi sambil mengacukan pistol ke arah mereka berdua. Azeerah sangat takut. Dia tidak mampu menghubungi sesiapa kerana telefon bimbitnya tinggal di kereta. 'Apa kau nak?! Aku tak kenal siapa kamu semua! Pergi! Jangan kacau kami!' Azeerah mula bersuara. 'Hei perempuan! Kau jangan buat aku hilang sabar. Hei orang tua, baik kau bagi perempuan tu kalau tak aku akan bakar gerai kau yang buruk ni! Kau nak?!' suara lelaki itu semakin tinggi. Tiba-tiba, seorang lelaki menarik tangan Azeerah namun makcik itu cuba menahannya. 'Arrghh! Lepas! Lepas! Lepaskan aku, tak guna!' ronta Azeerah. 'Makcik, makcik! Tolong saya! Makcik, tolong saya!' kata Azeerah namun makcik itu tidak mampu berbuat apa-apa kerana pistol berada di kepalanya. Makcik itu menangis kerana dia gagal mempertahankan Azeerah. Azeerah dibawa masuk ke dalam van hitam itu lalu mereka meninggalkan kawasan gerai yang bagaikan dilanda ribut itu. Makcik itu segera ke kereta Azeerah dan dia mencari telefon bimbit Azeerah untuk menghubungi polis dan juga keluarga Azeerah.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now