RE15

6.5K 161 0
                                    

'Kau sure tak nak ikut kitaorang lepak?' tanya Amirah selepas habis kelas.

'Ya. 100% sure' jawab Azeerah.

'Okay. Kau take care ye' kata Azim pula. Azeerah hanya tersenyum. Amirah dan Azim pun berlalu pergi.

'Dah jam 3:05 petang. Takkan tak sampai lagi!' bebel Azeerah. Dia duduk di hadapan kolej dengan perasaan yang sangat geram.

Ishhh! Mana mamat poyo ni?! Aku dah kata aku tak suka menunggu! Menyusahkan betullah!!

'Azeerah Batrisya Datuk Zaidi tak akan menunggu macam ni! I will not wait for people like this!'

Beberapa minit kemudian, kereta milik Faziy telah tiba.

'Alamak, habislah aku! Dia dah bagi pandangan maut dah tu' kata Faziy dalam kereta.

Azeerah masih duduk di kerusi. Tidak berganjak langsung walaupun Faziy sudah ada depan mata.

Faziy menurunkan cermin kereta. 'Hey Cik Azeerah. Tak nak balik ke?' tanyanya sambil senyum.

Azeerah memandang Faziy dengan perasaan yang marah. Azeerah berdiri.

'I already told you, I don't like to wait! Kenapa kau lambat?! Kau ingat aku ada masa ke nak tunggu kau?' katanya dan terus masuk dalam kereta.

Sepanjang perjalanan, mereka hanya diam. Faziy hanya melihat Azeerah yang masih lagi marah.

'Sorrylah, jalan sesak tadi. Awak tak boleh sabar ke?' kata Faziy.

Azeerah merenung tajam ke arahnya. Melihat Faziy beberapa saat, Azeerah teringat akan sesuatu.

'Oh, sekarang baru aku ingat! Kau lah mamat perasan bagus yang kat sebelah aku time kat traffic light tu kan? Tengok orang macam nak makan orang' kata Azeerah.

Faziy ketawa kecil. Dia masih ingat aku?

'Dah awak marah-marah macam tu, hairanlah saya jadinya. Dahlah memandu macam kena kejar hantu. Laju sangat' jawab Faziy sambil tergelak.

Azeerah mengalihkan pandangannya ke arah lain dengan segera.

_________________

Mereka tiba di rumah. Azeerah masih marah akan Faziy.

'Eh Azee, balik seorang? Faz mana?' tanya Datin Zuhaidah sebaik saja Azeerah masuk ke dalam rumah.

Azeerah bertambah marah apabila ibunya mencari Faziy sedangkan dia baru sahaja balik dari kolej.

'Ma, cubalah mama tanya Azee ni nak makan ke tak? Penat ke tak? Ini, tanya lelaki tu. Apalah mama ni' kata Azeerah.

'Azee, apa cakap macam tu. Tak baik tau' kata Datin Zuhaidah.

'Assalamualaikum' kata Faziy sebaik saja tiba di dalam rumah.

'Waalaikumusalam' jawab Datin Zuhaidah sambil tersenyum.

'Ha tu dia kesayangan mama dah datang. Bawalah dia makan, kesian dia. Dia penat tu. Kalau boleh, mama suapkan dia sekali, okay. Takpayahlah nak tanya makan Azee, penat Azee. You don't need to care about me. Siapalah Azee ni kan' sindir Azeerah dan terus naik ke bilik.

'Azee! Azee!' Datin Zuhaidah memanggil Azeerah namun Azeerah tidak mempedulikannya.

'Tengoklah tu Faz perangai dia. Tak berubah-ubah. Nasiblah umi dan abah Faz balik awal kalau tak, entah mana aunty nak letak muka ni kalau diorang nampak perangai Azee yang sebenar' kata Datin Zuhaidah kepada Faziy.

'Sebenarnya, umi dan abah dah tau dah. Masa aunty dan uncle ke Perlis hari tu, Azee selalu keluar malam. Tapi Faz tak tahu pula dia sebenarnya pergi ke kelab so Faz taklah cari dia. Sampailah semalam.  Kebetulan Faz kat dapur time tu. Faz tunggu, tunggu, tunggu dah jam 2 pagi. Itu yang Faz cari dia kat luar' jawab Faziy. Tenang saja dia berbicara. Siap boleh tersenyum lagi. Tapi, sebenarnya dia risau tentang Azeerah.

'Yeke?! Ya Allah, budak Azee ni. Terima kasihlah banyak-banyak ye Faz. Aunty dan uncle berharap sangat agar Faz boleh jadi suami dia. Boleh bimbing dia. Boleh didik dia dan yang paling penting, ajar dia apa makna cinta' kata Datin Zuhaidah.

Faziy hanya mendiamkan diri.




Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now