RE35

5.7K 136 0
                                    

Selesai sahaja menunaikan solat jenazah, mereka membawa jenazah Datuk Zaidi ke tanah perkuburan. Faziy dan Haji Fauzi juga membantu mengangkat keranda jenazah Datuk Zaidi. Setibanya di tanah perkuburan, mereka membacakan surah yaasin untuk arwah Datuk Zaidi. Beberapa minit kemudian, mereka menyiram air di atas tanah kubur Datuk Zaidi yang dimulakan oleh Datin Zuhaidah. Setelah selesai, orang ramai pun berlalu pergi termasuklah Datin Zuhaidah, Haji Fauzie dan Puan Zainab. Azeerah masih lagi berada di tepi kuburan Datuk Zaidi. Dia menangis teresak-esak. Faziy memakaikan Azeerah selendang putihnya yang  terjatuh ke bahu ditiup angin. Dia membuka songkoknya lalu duduk mencangkung di sebelah Azeerah. 'Dahlah tu, Azee. Allah lebih sayangkan papa awak. Kita takboleh ubah takdir. Kita takboleh nak lawan takdir. Life must go on. You have to face the fact. Mama awak perlukan awak. Awak kena kuat untuk dia' kata Faziy kepada Azeerah. Azeerah menoleh ke arah Faziy. Faziy mengelap air mata yang mengalir di pipi Azeerah. 'Mari, kita balik' katanya lagi lalu berdiri. Azeerah menoleh semula ke arah kubur Datuk Zaidi. 'Azee balik dulu, papa' katanya dan berlalu pergi bersama-sama dengan Faziy.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now