RE97

4.5K 80 0
                                    

'Woi' sapa Azeerah sambil menepuk bahu Amirah dari arah belakang. 'Ish kau ni! Terkejut aku' kata Amirah sambil mengusap dadanya. Azeerah tergelak kecil lalu duduk di kerusi kosong berhadapan dengan Amirah. Amirah melihat semula ke arah Azeerah datang. 'Takpayah risaulah, Faz tak ikut. Dia ada kat rumah tengah tidur' Azeerah seakan-akan tahu motif Amirah memandang ke sana. Amirah tergelak kecil. 'Kau datang seorang juga ke?' tanya Azeerah pula. Amirah mengangguk. 'Eh, apa dia perkara penting yang kau nak bagitahu aku sangat tu?' tanya Azeerah. 'Yes! Aduh, aku pula yang lupa! Kejap' kata Amirah sambil menepuk dahinya perlahan. Dia mencari telefon bimbit di dalam beg tangannya. 'Bagitahu aku, yang ini bukan Azim, please' katanya sambil menunjukkan gambar yang diambil melalui kamera telefon bimbitnya kepada Azeerah. Hampir tersedak Azeerah dibuatnya. Gambar itu, kelihatan Azim sedang keluar dari kelab malam sambil memeluk seorang perempuan dan jelas sekali dia sedang khayal kerana di tangan kanannya dia sedang memegang sebotol arak. 'Astaghfirullahalazim' keluh Azeerah sambil menutup mulutnya sebagai tanda tidak boleh mempercayai apa yang telah dia lihat. 'Kan? Gambar ni Azhar tangkap dua malam yang lepas masa dia on the way balik ke rumah' kata Amirah. 'Kenapa dia macam ni? Sebelum ni, sentuh rokok pun tak' tanya Azeerah sambil memberi semula telefon bimbit Amirah kepadanya. Amirah terdiam sejenak. Begitu juga dengan Azeerah. 'Aku rasa aku tahu kenapa dia jadi macam ni' tiba-tiba ada sesuatu terlintas difikiran Amirah. 'What? What? What? What is it?' tanya Azeerah. 'Sabarlah. Ish kau ni' kata Amirah. Azeerah tergelak kecil. 'Aku rasa dia jadi macam ni sebab kau tolak cinta dia. Dia stress' jawapan Amirah membuatkan Azeerah berhenti dari ketawa. 'Apa kau cakap ni?' Azeerah pura-pura tidak tahu. Amirah menceritakan semuanya kepada Azeerah. 'Dia buat macam tu?! Takkanlah sampai macam tu sekali Azim. Ya Allah, dia tak macam Azim yang kita kenal dulu' kata Azeerah setelah mendengar cerita dari Amirah tentang Azim. Amirah terdiam. Mereka berdua sangat kecewa dengan kelakuan Azim.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now