RE26

6K 134 0
                                    

'Azee, nak ke mana tu?' tanya Datin Zuhaidah lembut pada pagi itu. 'Azee nak kolejlah. Takkan ke kelab malam pula pagi-pagi ni' jawab Azeerah. 'Faz hantarkan ye' kata Datin Zuhaidah. 'Takpayah, Azim dah tunggu Azee dah tu. Azee pergi dengan Azim, balik pun dengan dia' jawab Azeerah. 'Ahmad Faziy, I don't want to see your face in college' Azeerah memberi 'pesanan' untuk Faziy dan terus berlalu pergi. Datin Zuhaidah dan Faziy memandang antara satu sama lain. Faziy mengejar Azeerah. Dia menarik beg Azeerah. 'Kau nak apa?!' tanya Azeerah geram. Azim yang berada dalam kereta pelik melihat situasi itu. 'Siapa pula lelaki ni?' tanya Azim. 'Saya nak awak tahu yang saya ni bukan nak kikis harta awak macam yang awak cakap malam tu. Saya sendiri pun tak tahu yang orang tua kita nak jodohkan kita' kata Faziy. 'Jodohkan?' tanya Azim perlahan. Dia sangat terkejut. 'Eh, sudahlah! Kau ingat aku tak tahu ke game kau? Kat rumah kau takda cermin ke? Kalau ada, cuba kau tengok diri kau tu dan kau tengok aku ni. Kita macam langit dan bumi. Jangan mimpilah kau akan jadi suami aku! Sedarlah diri tu sikit! Kau tu anak bekas orang gaji aku je!' kata Azeerah dan terus berlalu pergi. Dia masuk ke dalam kereta Azim dan meninggalkan Faziy. 'Kenapa tu?' tanya Azim. 'Kau takpayah nak banyak tanya. Jalan cepat' jawab Azeerah. 'Kesianlah kat dia' kata Amirah pula. 'Sejak bila kau pekak ni, Azim! Aku kata jalan, jalan je lah!' tengking Azeerah. Azim pun terus memecut laju manakala Amirah hanya terdiam di kerusi belakang. Azeerah masih lagi dalam keadaan yang marah.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now