RE10

8.1K 190 0
                                    

'Assalamualaikum, umi, abah' seorang lelaki bersama dua buah beg roda memberi salam.

Puan Zainab dan Haji Fauzi tersenyum gembira menyambut kedatangannya.

'Ya Allah, anak umi! Rindunya umi dengan anak umi ni' kata Puan Zainab.

Ya! Itu dia, Ahmad Faziy. Anak kepada Haji Fauzi dan Puan Zainab. Dia baru sahaja habis belajar di Sabah.

'Apa khabar anak abah?' tanya Haji Fauzi.

'Alhamdulillah, Faz sihat je. Umi dan abah apa khabar?' tanyanya pula. Faziy mencium tangan kedua orang tuanya itu. Mereka masuk ke dalam rumah.

'Umi dan abah sihat je. 4 tahun Faz kat Sabah, alhamdulillah habis juga Faz belajar' kata Puan Zainab.

Faziy hanya tersenyum kecil. Alhamdulillah.. Ucapnya perlahan.

'Assalamualaikum' tiba-tiba kedengaran suara seorang perempuan memberi salam pula.

'Waalaikumusalam. Ehh, Nabila. Masuklah. Ni ha, Faz baru je sampai. Marilah, borak-borak dulu' jemput Puan Zainab.

'Ha, korang borak-boraklah dulu, abah nak ke kebun kejap' kata Haji Fauzi dan terus berlalu pergi.

'Ni, nenek ada bagi lauk sikit' kata Nabila.

'Hm sedapnya bau. Ha, Nabila duduk dulu makcik nak salin lauk ni' kata Puan Zainab dan terus melangkah ke dapur.

Nabila yang manis bertudung duduk. Dia tersenyum kekok melihat Faziy. Ya Allah.. Asal aku berdebar pula bila nampak Faziy ni?

_______________


'Wah! Dulu Faz datang sayur-sayur ni masih lagi kecil-kecil. Sekarang dah tumbuh. Fresh pula tu' kata Faziy.

Petang itu, Faziy mengikut Haji Fauzi ke kebun. Haji Fauzi hanya tersenyum.

'Abang, Faz!' Puan Zainab memanggil mereka. Dia membawa makanan untuk suami dan anak lelakinya itu. Mereka berdua meluru ke arah Puan Zainab. Mereka menjamu selera bersama.

'Amboi, jauh termenung. Fikir apa tu?' tanya Haji Fauzi kepada Puan Zainab.

'Taklah. Tiba-tiba, saya teringat akan Datuk Zaidi dan Datin Zuhaidah. Kalau tak sebab diaorang, mugkin kita takkan dapat kehidupan macam ni' jawab Puan Zainab.

'Iya tak iya juga. Lama kita tak dengar khabar tentang mereka. Entah sihat ke tak diaorang kat KL tu. Datuk dan Datin dah banyak buat baik kat kita. Hanya Allah je yang boleh balas jasa mereka' kata Haji Fauzi.

'Kenapa kita tak ke sana je? Rindu pula saya dengan Datin Zuhaidah tu. Lagipun, saya nak juga saya tengok anak dia. Alaa, maklumlah, masa kita berhenti kerja tu, Datin baru mengandung 6 bulan. Kalau tak silap, anak datin tu perempuan tapi saya tak tahu pula nama dia' kata Puan Zainab lagi.

'Insyaallah. Nanti kita ke sana. Iya, betul juga cakap awak. Eh entah-entah, dah sebaya kot dengan Faz. Mesti cantikkan orangnya. Dah cantik, mesti perangai dia pun baik je' kata Haji Fauzi dengan yakin.

Puan Zainab mengangguk setuju. Kalau dah orang tua baik, mestilah anak dia pun baik.

"Manalah tahu, kita boleh jodohkan Faziy dengan dia" tiba-tiba idea nakal muncul di minda Puan Zainab.

"Ish, umi ni! Ke situ pulak. Jumpa pun tak pernah.."

"Eh, itulah namanya jodoh.."

Faziy hanya tergelak kecil. Dia tidak menghiraukan gurauan ibu bapanya itu. Langsung tak terfikir pun ke arah itu.



Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now