RE79

4.6K 90 0
                                    

Selepas selesai menunaikan solat fardhu maghrib, mereka bercadang untuk ke rumah Mak Long namun Faziy membuat keputusan bahawa dia tidak akan ikut ke sana kerana dia ingin berehat. 'Betul ke ni Faz taknak ikut sekali ke rumah mak long?' tanya Haji Fauzi. Sudah banyak kali dia bertanya soalan yang sama kepada Faziy. 'Ya. Faz tak ikutlah. Biar Faz jaga rumah je' jawab Faziy. 'Ha iyalah. Abah pergi dulu. Umi dengan Azee dah tunggu dah tu. Assalamualaikum' kata Haji Fauzi dan terus berlalu pergi. 'Waalaikumusalam' jawab Faziy. Faziy mencapai bukunya lalu baring di atas katil. 'Lapar pula aku' kata Faziy. Dia bangun dari katil dan terus berlalu ke dapur. 'Nasib baiklah ada makanan lagi' katanya selepas membuka tudung saji di atas meja makan. Dia mencapai pinggan dan menjamu selera bersendirian. Setelah habis makan, dia mencuci piringnya dan terus ke ruang tamu untuk menonton televisyen. Tiba-tiba, seseorang mengetuk pintu rumahnya. 'Eh, takkan dah balik? Cepatnya' katanya perlahan. Dia membuka pintu. 'Eh, Nabila. Awak buat apa kat sini malam-malam?' tanya Faziy. Nabila tersenyum manis melihatnya. 'Umi takda kat rumah. Awak nak apa?' tanya Faziy. Nabila hanya diam dan tersenyum. Faziy semakin hairan. 'Baik awak balik. Tak manislah orang kampung nampak nanti. Umi dan abah takda, Azee pun takda kat sini' kata Faziy. 'Kenapa? Salahkah kalau saya nak jumpa awak? Kitakan kawan?' tanya Nabila. 'Tak salah cuma masa tak sesuai. Awak balik je lah. Bye, assalamualaikum' kata Faziy dan menutup pintu namun dihalang oleh Nabila. 'Awak ni dah kenapa, Nabila?' tanya Faziy. Nabila masuk ke dalam rumah dengan langkah yang perlahan namun dihalang oleh Faziy. 'Nabila, baik awak balik. Kat rumah ni takda orang. Tak baik apalagi kita dua ni bukan muhrim. Awak balik je lah. Esok, saya dengan Azee akan ke rumah awak' katanya. 'Asyik Azee Azee Azee! Takda nama lain ke?! Kau tahu tak lama aku tunggu kau?! Kenapa cinta aku kau takboleh nak hargai? Kenapa Azee? Kenapa perempuan tu?' tiba-tiba Nabila bengang. Faziy semakin pelik. 'Awak ni kenapa? Azee tu tunang saya. Ni, cincin ni, cincin tunang saya. Awak tak faham-faham lagike? Saya takboleh terima cinta awak, Nabila. Awak dan saya cuma kawan dan perasaan cinta tu tak akan wujud sama sekali. Saya minta maaf' kata Faziy. 'Aku cintakan kau lebih dari Azee cintakan kau, Ahmad Faziy! Apa kurangnya aku? Apa lebihnya dia? Aku bertudung, aku reti solat, aku reti mengaji, kenapa tak pilih aku? Azee tu, dahlah tak pakai tudung, tak reti solat, tak reti mengaji. Dia jahil! Dia tak tahu apa-apa tentang agama, Faziy!' kata Nabila. Faziy sangat terkejut dengan tindakan Nabila. 'Sudah! Cukup! Oleh kerana dia jahillah, aku akan jadi imam dalam hidup dia. Aku akan bimbing dia. Aku akan didik dia. Ya, memang dia tak bertudung, memang dia tak reti solat, memang Azee tak reti mengaji tapi dia tak pernah rendah-rendahkan seseorang! Dia langsung tak pernah riak, takbur macam kau! Sepatutnya kau malu dengan Azee sebab kau ni kononnya bertudung, jaga solat tapi hati kau busuk! Hati kau hitam! Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ni kat rumah selalu lawan cakap nenek? Tu, budak-budak kat hujung kampung, kau tolak sampai jatuh sebab dorang terlanggar kau masa kau berjalan sedangkan itu memang salah kau! Lepastu, kau pura-pura baik depan umi, kononnya kau bagi sedekah kat gerai Mak Su tapi dua hari kemudian kau minta Mak Su bayar balik duit kau, kan?! Sudahlah Nabila, aku dah tahulah perangai kau yang sebenar' Faziy mula hilang sabar. Nabila pula sudah mula menangis kerana malu dan sakit hati. Dia memukul Faziy bertubi-tubi sehingga membuatkan mereka berdua tertindih antara satu sama lain di atas sofa. Dalam masa yang sama, Haji Fauzi, Puan Zainab dan Azeerah tiba di rumah ketika itu. 'Astaghfirullahalazim, Faziy, Nabila, apa semua ni?!' tanya Haji Fauzi kesal. Azeerah juga ternampak akan mereka berdua. Betapa hancurnya hati Azeerah ketika itu apabila melihat Faziy dan Nabila. Nabila segera bangun sambil mengelap air matanya dan terus berlalu pergi meninggalkan mereka. 'Abah, Faz boleh jelaskan' kata Faziy sambil berjalan ke arah mereka bertiga namun belum sempat Faziy menjelaskan apa-apa, tangan Haji Fauzi telah singgah di pipinya. Satu tamparan kuat telah hinggap di pipi Faziy. Azeerah yang kecewa terus ke bilik sambil menangis teresak-esak.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now