RE61

5.1K 89 0
                                    

Mereka telah tiba di rumah Pak Usop. Mereka bersalam-salaman. Azeerah mengikut Puan Zainab manakala Faziy pula bersama Haji Fauzi. 'Ini ke tunang Faz? Cantiknya. Hari tu dapat tengok dari jauh je' kata nenek. Azeerah hanya tersenyum sambil melihat ke arah Nabila. 'Terima kasih puan' jawab Azeerah sopan. 'Ish, takpayah nak panggil puan. Orang kat sini panggil nenek. Faz tu pun panggil nenek juga sejak dari kecil. Azee pun panggillah nenek juga ye' kata nenek. Azeerah hanya tersenyum. 'Eh, Mak Nab, kenapa tak makan lagi? Ajaklah bakal menantu awak tu makan' Mak Sal isteri kepada Pak Usop menjemput mereka makan. Mereka pun segera mengambil piring. Terdapat pelbagai jenis makanan di depan mata. Nampaknya, Azeerah sangat berselera makan malam itu walaupun itu adalah kali pertama dia menjamu selera lauk-pauk tersebut. Nabila ternampak akan Faziy di ruang tamu utama namun Faziy tidak memandangnya malah mata Faziy hanya tertumpu kepada Azeerah yang ketika itu sedang berbual-bual mesra dengan orang kampung. Nabila memandang Faziy dan Azeerah silih berganti dengan perasaan yang sangat cemburu.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now