RE98

4.6K 83 0
                                    

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Azeerah ternampak Azim yang sedang berdiri sendirian di simpang jalan. 'Azim ke tu?' tanyanya dalam hati. Mujurlah jalan itu jarang sekali orang lalu-lalang maka senanglah dia hendak berbincang dengan Azim. Azeerah turun dari kereta dengan perasaan yang tidak jelas. 'Azim?' sapa Azeerah dari belakang. 'Kau nak apa lagi?' tanya Azim tanpa menoleh ke belakang. Dia sudah kenal akan suara Azeerah. Azeerah menarik nafas panjang. 'Okaylah. Dah kebetulan kita jumpa kat sini, kita straight to the point je lah. Aku pun malas nak cakap panjang-panjang sebenarnya' kata Azeerah. Azim merenung Azeerah tajam. Bergegar pula Azeerah jadinya. Dia mengalihkan pandangannya sambil memeluk tubuh. 'Apa dah jadi dengan kau ni sebenarnya? You're drunk! You're smoking! Keluar dari kelab malam dengan entah mana perempuan. Kau ni kenapa?! Dah lupa halal haram?!' tanya Azeerah dengan nada suara yang agak tinggi. 'I had meet and she told me all about you when I am not here' tiba-tiba suara Azeerah kembali lembut. 'Apa?! Apa aku dah buat?! Eh, kau tak perlulah nak tunjuk kau tu caring sangat kat aku! Aku tahu, kau dengan Amirah sukakan tengok aku macam ni!? You're both the same! Tak guna! Arghhhh!!!' Azim menendang batu-batu kecil di tepi jalan dengan perasaan yang sangat marah. 'Kau memang nak tengok aku tersiksakan Azee?! Kau memang sengaja nak tengok aku menderitakan!? Aku dah lama cintakan kau, bodoh! 5 tahun Azee, 5 tahun aku sembunyikan perasaan aku! Ini yang aku dapat?! Kau pilih lelaki yang tak sampai sebulan pun kau kenal berbanding aku?! Kau memang tak guna! Aku benci kau, Azee! Aku benci kau!' Azim mula hilang kawalan. 'You should ask yourself, who really deserve to be called stupid! You should be aware that I will be a married woman and as a friend you should be happy about this! Bukannya nak mengamuk macam orang tak tentu arah, lelaki tak guna!' Azeerah juga semakin hilang tahap kesabarannya namun dalam masa yang sama airmatanya mula menitis. 'Azim, I have no siblings. Aku dahagakan kasih sayang seorang abang dan kakak. Sejak kau dan Amirah muncul dalam hidup aku, aku...I've got it. Aku anggap kau lebih dari seorang kawan, Azim. Aku dah anggap kau as my brother. Mungkin kau tak perasan ada kalanya sikap kau yang matang sudah cukup untuk menyukarkan aku untuk jauh dari kau cuma kau je yang tak perasan! Kau buta sebab cinta! Kau jadi macam ni sebab perasaan bodoh kau kat aku! Kita tak perlu bercinta untuk selalu bersatu. Sebagai abang saja, kau sudah ada tempat yang special kat hati aku, Azim. Tolonglah, janganlah jadi macam ni. Be the first kind Azim. Aku dan Amirah nakkan Azim kami yang dulu. Aku akan doakan agar kau jumpa dengan seorang perempuan yang lebih baik dari aku' Azeerah sudah memberi jawapan yang lebar dan penuh dengan mesej kesedaran kepada Azim. Dia mengelap airmatanya dan terus menuju ke arah kereta namun dia terhenti seketika lalu memandang ke arah Azim semula. 'Azim.. aku rindu abang aku yang dulu. Aku rindu Azim yang dulu. Kembalikan semula Azim aku yang dulu' katanya lalu masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju meninggalkan Azim yang masih lagi terkesima dengan kata-kata Azeerah sebentar tadi.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now