RE92

4.4K 74 0
                                    

Faziy menghantar Datin Zuhaida, Puan Zainab dan Haji Fauzi ke Butik Arwarda untuk mencuba baju yang akan dipakai ketika majlis perkahwinan nanti. Selepas itu, Faziy pergi ke Butik Love Wedding dimana Azeerah telahpun berada di dalam butik tersebut. Faziy dan Azeerah masing-masing sibuk sedang mencuba baju pengantin yang sudahpun diukur beberapa bulan yang lalu. Nampaknya, saiz badan mereka berdua tidaklah terlalu naik. Baju pengantin yang mereka pakai kelihatan sangat sesuai dengan potongan badan masing-masing. Azeerah dan Faziy kelihatan sangat sibuk membincangkan tentang hari perkahwinan mereka di sana. Mereka menempah dua pasang baju iaitu baju untuk nikah dan baju untuk bersanding. Tepat jam 2:00 petang, mereka keluar dari butik dengan perasaan yang sangat lega kerana tidak ada lagi urusan yang perlu difikirkan. Mereka singgah ke Butik Arwarda untuk menjemput Datin Zuhaidah, Puan Zainab dan Haji Fauzi. Nampaknya, mereka bertiga juga tidak mempunyai apa-apa masalah berkenaan dengan baju. Mereka singgah di restoran untuk makan tengahari. 'Alhamdulillah, dewan dah tempah, baju dah siap, catering pun dah tempah. Lega hati mama' Datin Zuhaidah memulakan bicara. 'Ya, saya pun lega juga. Jadi sekarang, kita hanya tinggal berdoa semoga majlis perkahwinan Azee dan Faz berjalan dengan lancar' kata Haji Fauzi pula. 'Umi pun rasa lega. Tak sangkakan, macam kejap je masa berlalu. Tup tup, lusa dah nak kahwin' kata Puan Zainab pula. Azeerah dan Faziy memandang antara satu sama lain sambil tersenyum malu. Tiba-tiba, Azeerah menyedari riak wajah ibunya mula berubah. Dia memegang tangan Datin Zuhaidah. 'Ma, are you okay?' tanyanya. 'Ya. I'm okay. Why?' nada suara Datin Zuhaidah agak terkejut apabila menjawab soalan Azeerah. 'Mama, please...' Azeerah cuba memaksa Datin Zuhaidah untuk memberitahu hal yang sebenar. 'Tak ada apa sayang. Mama okay. Don't worry okay' namun Datin Zuhaidah tetap menyembunyikan jawapan kepada soalan Azeerah. Mereka makan tengahari sambil berbual-bual. Setelah selesai menjamu selera, mereka pun balik ke rumah untuk berehat.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now