RE62

4.9K 102 0
                                    

Awal pagi itu, kedengaran suara seseorang sedang mengaji. Azeerah perlahan-lahan membuka pintu biliknya. Dia mendengar dengan teliti dari mana arah alunan suara yang sangat merdu itu datang. Baru sahaja dia sedang menikmati suara merdu itu, tiba-tiba suara tersebut lenyap. Kelihatan Faziy sedang mengemas sejadahnya. Apabila mengetahui Faziy akan keluar dari bilik, Azeerah tergesa-gesa masuk ke dalam biliknya semula. Dia duduk di atas katil sambil memegang dadanya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering dan dalam masa yang sama, kedengaran bunyi tapak kaki berjalan ke arah biliknya. Azeerah segera baring semula dan menarik semula selimutnya lalu berpura-pura tidur. 'Kau nak apa lagi?' kedengaran suara Faziy sedang mengangkat panggilan. Azeerah mencuri-curi dengar perbualan mereka sambil menutup mata. 'Azee takda. Dia masih tidur' kata Faziy lagi. Oleh kerana tidak mahu mengganggu Azeeraht tidur, Faziy keluar dengan telefon bimbit Azeeeah. Dia turun ke bawah. Azeerah bangun dari katilnya dan mendengar perbualan Faziy melalui tingkap. 'Eh Azim, kau dengar sini baik-baik! Aku dengan Azee dah tunang. Azee is mine! Ya, aku tahu aku belum memiliki hati dia sepenuhnya tapi aku tak akan putus asa tambah-tambah lagi kalah dengan jenis lelaki macam kau! Eh Azim, kau jangan ingat aku tak kenal kau. Aku kenal kaulah! Aku masih kenal kau!' Faziy mula meninggikan suaranya. Azeerah berasa hairan. 'Faziy kenal Azim? Kenapa Faziy cakap macam tu kat Azim? Siapa Azim dalam hidup Faziy?' tanya Azeerah dalam hati. Faziy memutuskan talian dan terus naik ke rumah. Azeerah kembali ke tempat tidurnya.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now