RE88

4.7K 87 0
                                    

Azeerah tersedar dari tidurnya. Dia melihat ke arah Faziy yang sedang menunaikan solat fardhu isyak. Dia memerhatikannya sambil menahan airmata daripada menitis. 'Waktu aku mula sayangkan kau, kau buat aku macam ni. Kenapa Faziy, kenapa? Aku baru je nak sayangkan kau, aku baru je nak cintakan kau, aku baru je nak cuba buka pintu hati aku untuk kau, tapi apa kau balas? Apa yang kau dah buat? Apa yang kau dah lakukan? Kau hancurkan semuanya, Faziy! Kau hancurkan semuanya!' bisik Azeerah dalam hati. Tiba-tiba, dia dapat merasakan, jari-jemari seseorang sedang mengelap airmatanya yang mengalir di pipi. Dia menoleh dan ternampak akan Faziy yang sedang senyum ke arahnya. Faziy duduk di atas kerusi. Dia menarik nafas panjang. 'Saya nak awak tahu, dalam hati saya, cuma ada awak seorang. Memang saya akui, kadang-kala ada masanya saya merasa seakan-akan tewas dengan keegoan yang ada dalam diri awak. Saya merasa saya sudah penat untuk runtuhkan egois awak. Tapi, mungkin kerana awak adalah perempuan pertama yang dapat mengetuk pintu hati saya, saya tak pernah putus asa untuk mencintai awak. Setiap kali saya rasa saya  mengalah, saya akan fikirkan tentang sungai. Sungai, walaupun ada batu besar yang menghalangnya dari mengalir tetapi air sungai tak akan berhenti untuk mengalir walaupun ianya terpaksa melalui ruang-ruang yang sempit untuk terus mengalir.  Azeerah Batrisya, atas nama Allah, saya cintakan awak dan saya nak awak jadi isteri saya yang sah' kata-kata Faziy membuatkan Azeerah sangat dihargai dan disayangi. Azeerah hanya tersenyum sambil mengelap airmata Faziy yang mengalir. 'Apa ni nangis-nangis? Tak macholah' kata Azeerah. Faziy tergelak kecil. 'Awaklah ni buat saya nangis' balas Faziy. Mereka berdua tergelak kecil. 'Thank you, Faziy. Aku minta maaf. Aku sepatutnya percayakan kau, bukannya Nabila. Sebenarnya, aku juga tak sabar nak jadi makmum kau' kata Azeerah. 'Err, Azee.. boleh saya minta satu permintaan?' tanya Faziy. 'Permintaan? Permintaan apa?' tanya Azeerah. 'Boleh tak mulai sekarang, awak takpayah nak beraku-aku, berkau-kau lagi? Tak manislah. Tapi, kalau awak perlukan masa, saya faham' jawab Faziy. Azeerah tergelak kecil. 'Okay. Faz...'  Azeerah tidak menghabikan ayatnya. 'Ya?' tanya Faziy. 'Saya nak tidur' sambung Azeerah. Faziy tersenyum lebar apabila Azeerah sudah mula menggelar dirinya saya. 'Okay, selamat malam, sayang' kata Faziy sambil menyelimutkan tubuh Azeerah. 'Goodnight too' jawab Azeerah lembut. Faziy baring di atas sofa. Setelah melihat Azeerah sudah pun melelapkan mata, barulah dia masuk tidur.

Runtuhkan Egoismu (COMPLETED!) ❤️🌼Where stories live. Discover now