Hello Kitty

1.8K 101 16
                                    

Namun begitu tau tak korang yang sebenarnya Hello Kitty bukanlah seekor kucing? Selama ini kita mungkin telah 'ditipu'. Ia telah didedahkan di dalam artikel di dalam LATimes, oleh seorang ahli antropologi dari Universiti Hawaii, Christine R. Yano, kini sedang menyiapkan pameran Hello Kitty di Muzium Negara Jepun Amerika di Los Angeles. Hello Kitty yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-40 pada tahun ini, menjadi ikon kucing comel di seluruh dunia dan nampaknya ia sambutan terhadap aksesori dan barangan jenama Hello Kitty tidak akan pudar. Hello Kitty pada asalnya dicipta oleh pereka Sanrio Ikuko Shimizu pada tahun 1974. Shimizu meninggalkan syarikat kira-kira setahun kemudian. Pereka yang kedua, Setsuko Yonekubo, mengambil alih selama lima tahun berikutnya sehingga 1980 apabila tugas ini diserahkan kepada Yuko Yamaguchi, yang masih menjawatnya. Watak pada asalnya muncul sebagai barang tarikan bagi gadis muda. Apabila Yano menyediakan teks bertulis untuk pameran di Muzium Negara Jepun Amerika, dia berkata, dia menggambarkan Hello Kitty sebagai seekor kucing. Tetapi lain pula halnya apabila pihak Sanrio telah membuat pembetulan teksnya.

"Saya telah diperbetulkan – dengan sangat tegas," kata beliau. "Itu satu pembetulan yang dibuat untuk skrip saya yang bakal digunakan semasa pameran kelak. Hello Kitty bukan kucing. Dia seorang watak kartun. Dia adalah seorang gadis kecil. Dia adalah kawan. Tetapi dia bukan kucing. Dia tidak pernah digambarkan berjalan merangkak. dia berjalan dan duduk seperti makhluk berkaki dua. Dia mempunyai kucing kesayangan dan ia dipanggil Charmmy Kitty. " Kitty juga mempunyai seekor binatang peliharaan hamster dipanggil Sugar. Charmmy menyerupai Hello Kitty tetapi lebih bercirikan kucing. Charmmy Kitty diberikan kepada Hello Kitty oleh bapanya, George White, dan Sugar oleh teman lelakinya Dear Daniel. Kitty atau nama betulnya Kitty White mempunyai kakak kembar dan anak kepada George dan Mary White serta duduk di luar London. Kitty berbintang Scorpio dan sukakan pai epal. Ramai orang tidak tahu cerita ini dan mungkin ramai yang tidak peduli. Hello Kitty mula popular pada tahun 1970-an, apabila wanita Jepun pergi ke Britain dan menyukai Britain.



Seram Tak? ✔Where stories live. Discover now