Pnam Phrakanong

1.3K 73 5
                                    

Salah satu negara di Asia yang paling banyak menyimpan legenda menyeramkan adalah Thailand. Jika kamu peminat film asal negara ini, tentunya kamu sudah mengenali kisah Mae Nak Phra Khanong bukan? Yup, cerita menyeramkan ini selalu berjaya buat bulu roma kita berdiri. Buat yang belum tahu kisahnya, jangan risau. Jom, semak kisahnya berikut ini.

Konon, di tahun 1850-an hiduplah seorang wanita bernama Nak yang telah menikah dengan seorang lelaki bernama Tid Mak. Kisah cinta pasangan ini begitu romantis, hingga kemudian wanita itu berbadan dua. Namun, keadaan di Thailand saat itu memang sedang bergulumang dengan perang, sehingga Tid Mak harus menerima tugas sebagai askar untuk melindungi negaranya. Di masa kehamilannya, Nak akhirnya ditinggalkan oleh sang suami untuk berjuang di medan perang.

Telah lama Tid Mak tak kunjung pulang, akhirnya Nak pun melahirkan anaknya. Namun, hal ini sungguh pelik, tak ada satu orang pun yang menemaninya ketika proses persalinan. Kerana mengalami pendarahan yang sangat parah, Nak pun meninggal bersama bayinya. Sejak saat itulah, masyarakat percaya bahawa Nak menjadi hantu paling menakutkan di Thailand. Namun, kejadian menyeramkan tak berhenti sampai di sini.

Saat pulang dari tugas panjangnya di medan perang, Tid Mak kembali ke rumahnya dan menemui Sang isteri dan anak mereka. Dia tidak mengetahui bahawa dua orang yang sangat bererti di hidupnya itu sudah tiada. Berulang kali penduduk kampung ingin memberi tahu dan memperingatkannya, namun hantu Nak selalu berhasil membunuh siapa-siapa saja yang mencuba memberitahu suaminya.


Seram Tak? ✔Where stories live. Discover now