Seorang lelaki datang ke sebuah hotel. Ketika check in, receptionist awal2 dah pesan, "Tolong jangan masuk ke bilik yang takde nombor yer."
Lelaki tu mengangguk dan segera mencari biliknya yang bernombor 10. Masa tulah, dia ternampak satu bilik yg tidak bernombor. Atas sifat ingin tahu, dia mengintip melalui lubang kunci untuk melihat apa isinya.
Dalam bilik tu, dia cuma nampak seorang wanita tua berwajah pucat sedang duduk di tengah bilik. Anehnya, seluruh kulit tubuh wanita tu berwarna putih, tidak seperti kulit manusia kebanyakan.
Tiba-tiba saja wanita itu menoleh dan menatap ke arah lelaki yg sedang mengintip. Kerana ketakutan, lelaki itu pun segera lari ke biliknya. Malam tu dia tak dapat tidur. Dia masih berfikir kenapa receptionist tu memberi amaran supaya menjauhi bilik yg tak bernombor tu. Dan kenapa pula bilik tu tidak diberi nombor?
Kerana nak tau sangat, dia pun bangun dari tempat tidur, mengendap-ngendap di lorong hotel, dan mengintip bilik tak bernombor tu sekali lagi, melalui lubang kunci. Namun yang dia nampak, hanyalah warna merah.
Lelaki tu berfikir, mungkin perempuan tua tu dah tau yg dia dok mengintai, jadi perempuan tua tu dah bubuh kain merah utk tutup lubang kunci tadi. Dia fikir, macam tu la.
Keesokan harinya masa check out, lelaki tu pun tanya kat receptionist, pasal bilik yg takde nombor tu. Receptionist tu pun bercerita dengan wajah sedih.
"Dulu ada sepasang suami isteri yang tinggal dlm bilik tu. Suatu hari, diorang gaduh dan suami tu membunuh isterinya. Sejak kejadian tu, kami tak berani sewakan bilik tu, jadi kami tanggalkan nombor bilik dan kami biarkannya kosong."
Lelaki tu mulai melangkah pergi sambil ketawa. Dia sama sekali tak percaya dengan cerita hantu. Yang dia lihat semalam jelas-jelas manusia dan bukannya hantu.
"Oh ya..." Receptionist tu menyambung bicara ketika lelaki tu dah hampir sampai di pintu. "Wanita tu tak macam manusia biasa. Dia ada masalah genetik, sampai seluruh kulit tubuhnya putih."
Sampai di situ, langkah lelaki itu terhenti.
"Dan matanya merah." Receptionist itu mengakhiri ceritanya.
Moral of the story: Kalau korang menginap kat mana2 hotel, dengar apa receptionist tu kata. Jangan memandai2 nak mengintip bilik yg takde nombor...