The Ribbon (Amerika)

1.6K 101 5
                                    

Al kisah, ada seorang wanita yang sangat cantik dan sangat dikagumi oleh para lelaki yang hidup di daerah sekitar tempat tinggalnya. Namun ada yang aneh dengan gadis tu. Dia selalu saja memakai sebuah riben merah di lehernya. Entah kenapa gadis tu selalu pakai riben merah, tak ada yang tahu sebabnya. Gadis tu juga selalu menolak menceritakan sebabnya.

Hinggalah suatu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki dan lelaki tu membalas cintanya. Ada juga lelaki tu tanya, "Kenapa awak selalu pakai riben merah tu?" Gadis tu jawab, "Saya akan ceritakan pada awak lepas kita kahwin nanti. "

Beberapa bulan berlalu dan kedua pasangan itu kemudian bertunang dan akhirnya menikah. Namun setelah bernikah pun, gadis tu tetap mengingkari janjinya untuk menceritakan sebab kenapa dia selalu pakai riben merah di lehernya. Lelaki tu pula tak pernah mendesak isterinya untuk menceritakan sebab dia tak nak isterinya marah. Namun sifat ingin tahunya membuak-buak. Apatah lagi, dia lihat isterinya tu tak pernah sekalipun melepaskan riben merah tu, baik masa tidur, mahupun waktu mandi.

Hinggalah suatu saat, dia melihat isterinya sedang tertidur lena. Kerana terlalu ingin tahu, lelaki itu mendekati isterinya dan perlahan-lahan melonggarkan riben merah yang melilit di leher isterinya itu. Disebabkan isterinya masih tak sedar, lelaki itu pun melepaskan dan menarik riben merah tu dari leher isterinya.

Tiba-tiba...

"Kedebuk..."

Kepala isterinya terlepas dari lehernya dan terjatuh di atas lantai...


Moral of the story: Kalau wife atau gf atau tunang korang ada guna ribbon merah ikat kat leher, sila berhati-hati...



Seram Tak? ✔Where stories live. Discover now