The Legend Of Makcik Karipap
Jelmaan Makcik karipap dah menjadi "pop culture" kepada masyarakat di Malaysia. Lagi-lagi hantu ni memang terkenal di kalangan pelajar-pelajar berasrama penuh. Selain itu juga, Jelmaan ini juga wujud di beberapa kawasan perumahan.
Kawasan Perumahan Baru
Hantu Makcik Karipap atau juga dikenali hantu makcik jual kuih, akan menjelma dengan membawa bakul kuih ala-ala menjual kuih zaman 80an.... dengan berjalan menjual dari rumah ke rumah... terdapat cerita yang diadaptasi kedalam drama melayu pada 90an... aish... tak ingat nama... dimana Makcik Karipap ni menjual kuih kepada student universiti yang baru menetap di satu kawasan perumahan yang baru dan agak sunyi. Makcik Karipap ini menjelma pada siang hari... datang menjual kepada salah seorang pelajar. Pelajar ini yang tidak tergamak membeli kuih yang dijual... Pelajar ini menceritakan hal ini kepada rakan dia... siap recommend lagi kata kuih makcik nie sedap...
Maka tunggulah si rakan ni akan makcik karipap.... tunggu beberapa hari... tapi tak datang pon... mai la satu malam yang sunyi... muncul makcik nie dengan membawa kuih dijual pada pukul 12 mlm... beli la depa nie segala kuih... depa pun makan... selepas dah makan.... selang beberapa minit... didapati baki kuih tuh ada ulat....
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (dan tempat belajar berasrama penuh)
Kawasan yang agak terkenal dengan peristiwa makcik karipap pada 00an... benda nie berlaku kepada sesiapa sahaja yang "bertuah" tak tidur malam... study sampai lewat malam... makcik nie juga pandai memilih pelajar yang tinggal di tingkat atas... bangunlah pelajar yang dalam keadaan mengantuk dan mata terkebil-kebil mengulang kaji pelajaran... dengan keadaan hayal... makcik ni muncul... dan mengetuk tingkap bilik...
Ditanya makcik nie... "Nak nak belik kuih?"... maka dengan hati yang tidak kesampaian dicapai duit dan diberi kepada makcik oleh pelajar nie... dan dapatlah dia sebiji dua karipap... selepas makcik tuh pi... dia pun buka la bungkusan tuh... didapati.... kuih tadi adalah kuih basi yang berulat...
Bukti Kewujudan
Memang tiada bukti sahih kewujudan makcik karipap... ada yang bagi tau makcik nie sebenarnya meninggal dunia... pekerjaan dia ialah menjual kuih untuk menyara hidup... Masih belum ada bukti gambar atau video yang boleh membuktikan kewujudan makcik karipap nie.... Cuma yang hanya kita dengar hanyalah cerita boneka masyarakat... mungkin untuk hanya menakut-nakutkan kita oleh senior atau pun masyarakat kepada golongan muda....