Arabella

1.1K 53 4
                                        

Seorang gadis kecil bernama Lucy dihadiahkan dengan patung peninggalan arwah neneknya.Si gadis tidak menyukai patung tersebut kerana mata hitam milik patung tersebut seolah mengikut setiap langkah si gadis. Patung tersebut bernama Arabella, nama pemberian daripada neneknya.

Kerana takut, dia meletakkan Arabella di dalam almari kasut. Malam itu, ketika dia tidur ,dia terbangun mendengar ribut dari bawah tangga. Kemudian terdengar suara, "Lucy... Aku ada ditangga pertama." Lalu berhenti.

Lucy menjangkakan apa yang dihadapinya hanya mimpi setelah terbangun dari tidur. Namun jangkaannya sama sekali eleset. Pada malam berikutnya, di kembali terdengar ribut yang sama dan suara ," Lucy, aku ada di tangga ke lima!" Lalu berhenti.

Lucy yang ketakutan lalu meminta ibunya membuang patung tersebut, Arabella , namun mendapat tentangan daripada ibunya. Katanya  kerana itu adalah warisan daripada neneknya. Malam itu, di tidak dapat tidur kerana berasa tersangat takut. Lagi dia terdengar ribut dan suara "Lucy , aku ada ditangga teratas."

Lucy menutup kelopak matanya . Jantungnya berdegup dengan laju, Dai berasa takut yang amat sangat. Keadaan senyap seketika sebelum dia mendengar bunyi pintu biliknya berkeriut seolah-olah ia dibuka oleh seseorang. Dia membuka kelopak matanya dan kelihatan Arabella memegang pisau dan tersenyum sinis padanya. -THE END-

Seram Tak? ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang