Akhirnya sampailah kita ke urban legend yang berasal tidak lain tidak bukan dari Indonesia. Kisah ini menceritakan tentang seorang wanita bernama Maryam yang menghantui jambatan di Ancol. Orang sekitar percaya bahawa hantu inilah yang menjadi penyebab banyaknya kecelakaan yang terjadi di jambatan tersebut.
Maryam sendiri merupakan seorang pelayan di rumah seorang pedagang kaya. Pedagang kaya itu kemudian tertarik dengan kecantikan Maryam dan menawari Maryam untuk menjadi hambanya namun ditolak oleh Maryam. Maryam kemudian meinggalkan rumah pedagang kaya tersebut. Dalam perjalanannya Maryam bertemu lagi dengan seorang lelaki kaya yang tertarik dengannya, yang juga menawarinya beberapa keuntungan jika mahu hidup dengan orang kaya itu. Maryam kembali menolak tawaran tersebut dan dari sanalah mulanya kisah mengerikan "Si Manis Jambatan Ancol."
Setelah tawarannya ditolak oleh Maryam, orang kaya tersebut memperkosa dan membunuh Maryam. Mayat Maryam, kemudian dibuang ke sawah terdekat. Banyak orang percaya bahawa sosok Maryam masih menghantui jambatan tersebut dan sering menyebabkan kecelakaan di jambatan Ancol, mencari dan balas dendam kepada sosok kaum adam.