Ariel

591 39 5
                                    

Anakku Maggie suka sangat menonton movie dari Disney yang bertajuk "The Little Mermaid" sejak dia tahu movie tu adalah movie kegemaranku ketika kecil. Dia akan memujuk aku memasangkan cerita tersebut dan apabila aku memasangnya, dia akan menyanyi bersama dan turut sama menari mengikut irama lagu. Aku berani bersumpah yang dia tahu semua adegan dalam movie cartoon tersebut.

Dia begitu teruja tatkala aku memutuskan untuk menamakan adiknya sebagai "Ariel". Maggie akan selalu duduk bersama Ariel dan menonton movie tersebut bersama-sama. Aku juga pernah mendengar dia berbisik kepada Ariel menanyakan sesuatu. "Dimana ekor awak, Ariel? " Of course, Ariel membebel dan tak layan akan kakaknya itu kerana dia belum memahaminya.

Suatu hari, Aku sedang membaca surat khabar di dapur tatkala aku mendengar bunyi air di dalam bilik air. Aku hanya membuat tidak layan kerana mungkin Maggie membuat keputusan untuk mandi. Beberapa minit kemudian, aku mendengar Maggie menyanyikan lagu dari movie "The Little Mermaid" dan bunyi sesuatu dilemparkan masuk ke dalam air. Aku berlari masuk ke bilik air untuk melihat apa yang terjadi.

Ariel terapung di prmukaan air dan wajahnya menghadap ke dalam air. Maggie bertepuk tangan sambil ketawa.

"Go Ariel, go! Find Prince Erik and get married! "

----------------------------------------

OMG SORI GAIS LAME GILE TAK UPDATE. SO TODAY INGAT NAK UPDATE 2 LAGI POST. JANJI JANJI



Seram Tak? ✔Where stories live. Discover now