"Rahman kau tau tak, nenek aku cakap kalau kita menipu akan ada makhluk yang menyerupai syaitan akan datang dan jahit mulut kita."Kata Syaz
"Ohh yeke. Tipulah. Mana ada."Kata Rahman. Mukanya pucat .
"Betullah Rahman, nenek aku tak pandai menipu tau." Kata Syaz bersungguh-sungguhan.
--------------------------------
"Tolong-tolong! Adik saya hilang! " Rahman tercungap-cungap menarik nafas. Orang kampung yang sedang melepak di kedai kopi milik Pak Itam itu semuanya berdiri. Mereka memberi ruang kepada Rahman untuk menarik nafas dan bertenang dahulu.
"Kenapa ni Rahman?"Tanya Penghulu Kampung, Pak Seman yang baru sampai. Dia mulanya hanya ke mari kerana mahu membeli barang dapur di kedai runcit yang berada bersebelahan dengan warung Pak Itam.
"Adik saya si Dahlia tu. Dari kelmarin lagi tak balik. Katanya kelmarin mahu tidur di rumah kawannya. Tapi bila saya pergi rumah kawannya, kawan dia si Aira tu kata takde pulak dia datang tidur. Dulu Si Dahlia tu pernah cerita kat aku, dia cakap ada Istana dalam hutan tu. Dia teringin sangat nak masuk. Saya takut Pak Seman. Adik saya tu perempuan." Rahman nampaknya sangat risau akan adiknya.
"Kasim! Kerah semua penduduk kampuang. Kita gerak pukul 8.00 karang. Bersiap-siap cepat! "
"Rahman pergilah balik dulu ke rumah!"
"Baiklah Pak Seman." Rahman berjalan dengan rasa yang amat , apa ye amat berpuas hati?
------------------------------------
Dia terduduk di atas sofa. Cangkul yang aku guna untuk menanam tadi dah selamat aku buang ke dalam sungai. Aku tersenyum puas hati. Lepas ni aku boleh hidup dengan senang. MUAHAHA
-the end-