章 1

481 11 2
                                    

Terima Kasih, Abang

 rosarymic 


___________________


Adam :

Air mata Adam tak berhenti daripada mengalir, bagaikan sungai. Takkan berhenti, Di hadapannya, mayat adik perempuannya, Suhana tergantung elok pada salah satu bilah kipas. Tali gantung terikat ketat pada leher adiknya. Sebaik sahaja Adam membuka pintu, terus dia jatuhkan barang yang dipegangnya. Baru aje dia nak beri hadiah untuk hari jadi adiknya yang ke-15 tapi sekarang .. harapan itu dah berkecai. Suhana dah tiada. Mati, Tanpa sedar, Adam melutut sambil menutup matanya, yang sekarang merah berair.

Dia perlahan-lahan merangkak ke mayat adiknya. Tiba-tiba, dia ternampak sehelai kertas kecil di sebelah mayat adiknya. Apa ni? Dia berfikir sendiri. Kertas itu berwarna hitam tetapi ada sedikit titsan darah pada lipatan depannya. Dengan lafaz bismillah, Adam membuka lipatan dan mula membaca isi kertas itu.

Kepada abangku, Adam.

Abang, mungkin waktu abang baca nota kecil ini, Su dah mati. Su minta maaf Abang. Su tahu abang mesti kecewa dengan Su. Abang jangan risau. Su tahu abang apa hukumnya Su buat ini. Su tahu apa akan jadi pada Su nanti. Su dah tahu akhirat Su macam mana. Tapi abang, Su tak tahan .. Su letih sangat. Su tak boleh tahan lagi dengan dunia ini. Tiada siapa yang sayangkan Su kecuali abang tapi .. kadangkala Su pun tertanya sama ada Abang sayang Su atauoun tidak.

Abang,

Suhana tak layak duduk di bumi ni, bang. Semua orang tinggalkan Su. Su tak patut dilahirkan. Malah, Su rasa kelahiran Suhana sendiri ke dunia ini satu kesilapan yang maha dasyat. Su tak patut dilahirkan. Su patut mati aje waktu mak mengandungkan Suhana.

Abang yang tersayang,

Abang selalu kata pada Suhana, emak dan ayah tiada masalah dan apa Su beritahu abang perihal ayah mungkin sekali-sekala berlaku. Saat abang cakap macam tu, hati Su dah remuk. Kenapa abang tak percayakan, Su? Abang selalu takde di rumah madi abang tak tahu apa sebenarnya berlaku, bang. Muka 'baik' mak ayah waktu abang datang tu palsu. Emak dan ayah selalu gaduh dekat rumah. Setiap hari .. setiap jam mendengar jeritan, lolongan emak .. Su takut. Ayah memang dah melampau. 

Dia mula ganas. Dia dera emak. Setiap hari, dia pukul, sepak, lempang, menjerit, menempik, mencarut dekat mak. Mak pula, sebab dah tertekan dengan ayah mengeluarkan kemarahannya kepada Su. Mak mula memukul dan mengata Su ini menyusahkan, tak guna, sial, celaka .. Abang TAK TAHU kan? Dan abang selalu kata Su salah. Su tak tahan penyeksaan lagi. Dekat sekolah, kawan akan mencaci, memaki, memulaukan Su. Dekat rumah, kalau buat kesilapan kecil walau sekecil zarah sekali pun, mak dan ayah akan mula pukul dan dera Su. Selepas utu, mereka takkan berikan Su makan dengan alasan Su perlu diajar. Su menangis. Dah tak tahu berapa banyak air mata yang Su korbankan dengan penyeksaan demi penyeksaan yang menimpa.

Abang,

Suhana minta maaf sesangat. Su dah ulang banyk kali benda ini tetapi Su akan ulang sekali lagi,

'Suhana dah letih, bang,'

Su dah tak tahan dugaan hidup ini. Ada budak dekat sekolah kata Su patut bunuh diri. Well, sekarang Su tunaikan hajat dia. Suhana akan bunuh diri, habiskan hidup tak guna ini. Hidup Su ni sia-sia. Tapi satu aje Su nak abang buat. Kalau abang jumpa mayat Su, tolong uruskan dan kebumikan jenazah, Suhana ye? Su gembira sangat kalau abang yang uruskan. Dan abang, jangan risau. Semua ini bukan salah abang. Ini keputusan Su. Su sayangkan abang sesangat. Su mohon maaf kalau ada kesilapan kepada abang. Terima kasih abang sebab sentiasa berada di sisi Su sampailah Su mati. Assalamualaikum, sekian. Terima kasih.

Daripada adik mautmu,

Suhana

Adam merenyukkan kertas kecil itu dalam tangannya. Air matanya bertambah lebat. Kenapalah dulu aku tak percayakan, Suhana? Dia berfikir sendiri sebelum perlahan menarik nafas dan menjerit sekuat hatinya, mengeluarkan segala perasaan yang tersimpan. Kebanyakkannya adalah rasa bersalah dan sedih atas kematian adik kesayangannya. Dia sayang adiknya. Selepas habis mengeluarkan perasaannya, Adam meneliti mayat di depannya. Ada satu aje lagi perkara dia mesti buat iaitu, menguruskan jenazah Suhana seperti yang diminta adiknya. Adam bangun perlahan, menggenggam jari-jemarinya, menjadikan penumbuk.

Jangan risau Su, abang akan pastikan mayat Su cantik diurus.

CerpenWhere stories live. Discover now