#25 - Arwah

52 3 0
                                    

"Farah Hani Erina, sila ke hadapan!" Si gadis bertudung ungu itu tunduk, menyorok mukanya daripada pandangan orang lain. Dia penat, lagi-lagi dengan tragedi yang dialaminya.

Kakinya lambat melangkah ke hadapan, masih tertunduk di hadapan semua pelajar dan guru di perhimpunan tersebut.

Cikgu disiplin, Encik Raqi memandangnya tajam. Matanya tiada belas kasihan.

"Kenapa kamu tak hadir selama seminggu?! Kami dah hantar surat kepada ibu bapa kamu tapi tidak mendapat sebarang respon! Ape yang jadi sebenarnya ni? Ke kamu jumpa surat dan sorokkan surat tu daripada mereka? Hah? Cakap!"

Si gadis itu tetap mendiam tapi kakinya bergerak ke begnya dan dia mengeluarkan satu fail berwarna putih, yang mempunya sijil yang dia sebolehnya taknak ada tapi ada juga. Dia menghulurkan fail tersebut kepada En. Raqi, yang keliru tapi tetap mengambil fail itu.

"Apa ni?" Beliau bertanya.

Namun, memandangkan si gadis itu membisu aje, beliau menggeleng-gelengkan kepala dan membuka fail tersebut.

Apabila beliau membaca sijil-sijil yang di dalam fail tersebut, mukanya terus berkerut dan matanya membulat.

Sijil Kematian Mohd Roslan Bin Kamal
Sijil Kematian Yulia Binti Abdul Halib

Dua sijil kematian dan sijil tersebut bukan milik sebarang orang tetapi ibu bapa kepada si gadis ungu tersebut, yang tetap membisu dan tertunduk.

"Allah ..." Beliau mengucap, terus menutup fail itu dan mengepit pada ketiaknya, sejerus memandang si gadis tersebut.

"Kenapa kamu tak bagitahu yang mak ayah kamu meninggal dunia?" Terus para hadirin di situ mengucap, simpati dengan kehilangan gadis tersebut.

"..."

Farah membisu. Dia tengah menahan. Menahan dirinya daripada menumpahkan air mata sesal sedihnya.

Sejak apa yang terjadi, dia terus membisu, tidak bercakap dengan sesiapa pun, walaupun tukang mandi jenazah ibu bapanya.

Dia, kalau nak berterma kasih, akan menulis nota kecil dan memberikannya kepada orang berkenaan. Itulah yang terjadi sejak kematian insan tersayangnya.

"Farah ..." Encik Raqi memanggil lembut, kemarahan yang berobor-obor tadi terus hilang lepas dah tauu apa terjadi kepada pelajar tersebut.

Namun, gadis itu tetap membisu dan hanya menggelengkan kepala, enggan untuk bercakap dan guru disiplinnya patut putus asa aje daripada terus memaksanya untui berbicara.

Encik Raqi mengeluh lalu mengangguk, cuba memahami situasi anak muridnya.

"Takpelah, pergi duduk." Farah hanya mengangguk, bisu daripada berkata dan duduk diam.

● ● ●

7 Tahun Kemudian

"Saya dulu waktu sekolah .. lepas mak ayah meninggal .. saya .. bisu." Si gadis itu menerang, memandang para pelajar yang diam, mendengar dengan teliti ceramahnya. Dia tersenyum.

"Bayangkanlah. Waktu terakhir awak semua dengan mak ayah awak diluangkan dengan menjerit, melalak dekat diorang.. mesti awak semua rase menyesalkan?" Ada yang mengangguk. Si gadis bertudung hitam mengeluh, senyuman lembutnya tetap di bibirnya.

"Jadi sebab tulah, saya nak pesan.. Kepada sesiapa yang ade ibu ayah lagi.. Tolonglah hargai diorang, selagi diorang ade.. Jangan jadi macam saya.."

"Saya ni, bernasib baiklah ade si dia yang berjaya tunjukkan kepada saya yang .. walaupun kita dah rasa semuanya dah hancur, takde harapan, ingat .. yang selagi kita bernafas nilah, harapan masih bercahaya. Jadi .. sekian daripada saya, wabilauhitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu."

CerpenWhere stories live. Discover now