Dendam Terindah
rosarymic
____________
Air mata tak berhenti menumpah. Cepat-cepat Izah mengambil pisau kecil yang berada di dalam poketnya. Izah menggulungkan lengan bajunya. Parutan daripada luka yang lama dah kering. Perlahan, Izah membuat satu lagi garisan panjang dari lengan sampai ke tapak tangan.
Titisan darah menitik laju dari luka baru itu. Izah tersenyum. Biarlah sakit luar, janji dalam ni dapat menghilang.
Bang! Bang!
Pintu Izah tiba-tiba dihempas jatuh. Di muka pintu, Pak Daun berdiri memandang muka Izah dengan bengis. Tiada langsung kasih sayang pada mukanya. Namun, belum sempat Izah buat apa-apa, Pak Daud terus menghentakkan kaki ke Izah dan mencengkam di leher. Izah tercengang.
"Kau buat ape ni ha, betina?! Kau tahu tak berapa banyak duit aku bazirkan kat kau?! Pastu apa yang aku dapat? Anak pompuan tak guna dan bodoh!!" Pak Daud jerit tepat pada telinga Izah.
Pada masa yang sama, cengkamannya makin mengetat. Izah terdiam, cuba untuk menahan nafasnya. Mindanya mula meliar mengingatkan setiap seksaan yang dialaminya.
"Ay-"
Pangg!
"Kau siapa nak panggil aku ayah?! Aku bukannya ayah kau! Aku takde anak tak guna macam kau!!"
Pak Daud dengan ganasnya, mencengkam rambut Izah dan menarik-narik rambutnya, menggugurkan rambutnya sekali gus.
"Pakcik!! Tolong jangan! Sakit!! Ya Allah!"
Pak Daud, yang masih tak puas hati mengkam rambitnya dan menghentak kuat kepala Izah ke dinding. Izah mengerang kesakitan, menggigit bibirnya. Air matanya merah berair, bercampur dengan darah dari kepalanya.
Tapi itu masih dikira ringan bagi Izah. 'Hukuman' paling berat dan paling menyeksakan adalah waktu Izah berumur 7 tahun. Izah masih ingat lagi macam benda tu baru aje berlaku.
Waktu tu, Izah dipukul, disebat, ditendang, disepak sampai berluka darah. Lepas itu, Pak Daud mengambil sebotol air dan garam dan mencurah taburkan atas badan Izah. Izah menjerit terlolong-lolong menahan kesakitan. Setiap sendinya bagai mencair dengan campuran itu. Sampai sekarang masih segar dalam ingatkan Izah.
Izah dah tak dapat bernafas. Tapi masa itu juga, Pak Daud melepaskan cengkaman mautnya. Pak Daud kemudian tersenyum jahat melihat Izah di lantai, tercungap-cungap menggapai udara.
Izah tiba-tiba terasa suatu bende pecah dalam dirinya. Badannya memanas. Mindanya mengingatkan setiap saat, detik hidup sengsaranya. Perlahan-lahan, marah dan benci menguasai dunianya. Matanya memandang Pak Daud tajam. Pak Jahanam tu sekarang tengah gelak, terhibur melihat Izah penuh derita.
Cukup .. Aku dah tak tahan dah! Suara dalam dirinya menjerit kepadanya.
Tanpa Pak Daud sedar, Izah mengeluarkan pisau kecil dari poket dadanya. Izah tanpa lengah bangun dan menerjah Pak Daud. Pak Daud jatuh pada belakangnya. Si Jahanam tu mengerang kesakitan.
Hah. Baru sikit dah sakit. Itu bukan sakit kau buat aku, jahanam. Hati Izah berbisik.
Izah pantas memberikan tendangan berpadu tepat pada perutnya dan satu tumbukan tepat pada pipinya.
Selepas dah pastikan Pak Daud tak bolwh bangun, Izah memdekatinya dan duduk di atas perutnya. Pak Daud memandang Izah dengan gerun. Jeritan dan rayuan keluar dari mulut Pak Daud.
Dengan pisau tergenggam pada tangan, Izah menghayun pisau ke bawah dan menikam tepat pada sasarannya. Jantung Pak Daud. Pak Jahanam tu menjerit sebelum semuanya senyap. Akhirnya. Pak Daud si Jahanam dah mati.
Izah tersenyum sedih. Dia menarik keluar pisau dari dada Pak Daud sebelum membenam pisau itu ke dadanya sendiri.
Akhirnya .. Kebebasan .. Mati.
Nafasnya tersekat-sekat. Matanya yang bersinar mula hilang sinarnya. Bibirnya berwarna biru.
Hah .. Macam ni mati rupanya ..
Badannya sejuk sebelum semuanya gelap.
Dunia Jahanam, I'm out.
YOU ARE READING
Cerpen
Short Story'Adik tak pernah rasa adik patut dilahirkan, abang. Kelahiran adik ni satu kesilapan besar.' 'Kau anak tak guna! Menyesal aku lahirkan kau!' Memaparkan beberapa buah cerpen pendek rekaanku. AMARAN/ WARNING : CERITA INI MENGANDUNGI KONSEP YANG G...