Wow.
rosarymic
___________
"Jomlah, wei!"
"Taknak .. Ya Allah .."
"Ah .. jomlahhh."
"No!"
"And why? Care to tell me?"
"Ya Allah .. aku taknak tinggalkan mak dan a-"
"Diorang tu layak ke dipanggil mak ayah?! Hah?!"
Aku terdiam. Layak? Semestinya tak. Bukan setakat tak layak hari ni, tapi selama-lamanya tak layak!
Tapi .. walau apapun .. they're still our parents, right?
"Tak. Diorang tak layak dan tak pernah layak ..." Aku terhenti. Minda berputar mencari kata-kata seterusnya.
"Haaa, tu!"
"TAPI .." Mata aku membulat.
"They're still our parents, Rem. We can't just leave them.."
"SO?! Kau ingat aku kesah?! Lepas dah berapa tahun aku duduk kat rumah hantu tu .. dengan tengkingan .. pukul semua .. Aku tak tahan, wei! Aku seriously tak tahan! Kau tau tak ..." Rem memandangku. Mata basah, berair mata.
Aku terdiam. Tak berani nak cakap apa lagi.
"Tapi .. wei .. kau tau kan mak ayah sakit sekarang? Kenapa sekarang? Kenapa tak dulu, waktu diorang mabuk tu kita lari? Waktu diorang mula pukul tu? Kenapa SEKARANG?!"
Kali ni Rem membisu. Dia tak berani pandang aku, hanya pandang tempat lain lain dari aku. Aku mengeluh resah. Tak pernah seumur hidup aku keluar dari rumah neraka tu sejauh ni.
Selalunya raksasa-raksasa neraka tu bagi tapi .. sekarang hancur.
___________
"Hoi! Kau pikir kau nak pergi mana, ha bodoh?!" Aku dah biasa dah. Bodoh, banggang .. semua pernah. Jadi, aku jadi immune dan langsung tak hairan kata kesat beliau.
Beliau.
Bagi aku, tak layak langsung perkataan tu digunakan. Tapi bahasa melayu. Karangan pasal ibu bapa pun mesti guna beliau, baginda untuk kata hormat. Tapi bagi aku, diorang tak patut kena panggil macam tu.
Ada masanya aku nak je kata dekat cikgu, yang mak ayah aku tak layak dengan panggilan semulia beliau. Diorang bukannya mulia. Diorang tu raksasa,neraka.
"Woi, celaka! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Aku rasa nak gelak. Dan memang aku gelak pun. Lawak betul bagi aku dunia aku ni.
"Kau gelak pahal, jalang?! Lawak sangat ke apa yang aku cakap kat kau sekarang ni, ha?!!"
PANG!
Setampar dekat pipi. Tapi, aku takde reaksi ke apa. Dah terbiasa.
Dah terbiasa pergi sekolah pipi sentiasa merah, badan sakit berlebam, rambut bersepah digenggam, telinga pekak dijerit .. dah terbiasa.
YOU ARE READING
Cerpen
Short Story'Adik tak pernah rasa adik patut dilahirkan, abang. Kelahiran adik ni satu kesilapan besar.' 'Kau anak tak guna! Menyesal aku lahirkan kau!' Memaparkan beberapa buah cerpen pendek rekaanku. AMARAN/ WARNING : CERITA INI MENGANDUNGI KONSEP YANG G...